Showing posts with label Cincin. Show all posts
Showing posts with label Cincin. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Terikat

Sudah hampir 2 minggu aku kini rasmi menjadi tunangan orang.Tak dapat aku lupakan saatnya majlis itu berlangsung,saatnya bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis.Dan saatnya bekas kekasih menahan sebak hati terluka melihat kekasihnya kini menjadi tunangan orang.Segalanya berjalan lancar seperti yang telah di rancang keluarga.Dan kejutan buat aku adalah sebuah majlis pertunangan yang di buat secara besar besaran bagi aku.Sungguh besarnya penerimaan pihak keluarga aku mahu menyambut orang jauh.

3 Hari sebelum.....
Aku sibuk mengikut mak ke sana ke sini mencari segala kelengkapan untuk hantaran balasan buat pihak lelaki.Segala hiasan dan gubahan hantaran adalah dari hasil kerja tangan aku sendiri.Sungguh hati ini tak keruan,tetapi demi mahu menjaga hati-hati orang yang berharap,aku redha dan cuba membuatnye seikhlas mungkin biar pun tika itu aku sendiri berasa amat tertekan.

2 Hari sebelum.....
Seluruh keluarga di sebelah ayah sudah mula sibuk berkampung di rumah aku sejak pagi.Rumah di kemaskan,dan acara memasak sudah pun di mulakan.Aku tidak di galakkan melakukan kerja yang berat-berat.Bahagian tugas aku,lebih banyak berada di dalam bilik menghias bilik juga menyiapkan hantaran.Aku letih dan rasa agak tertekan hinggakan tekanan darah aku turun dan membuatkan aku menjadi lemah dan pening.

1 Hari sebelum.....
Semua persiapan telah pun siap sempurna.Tinggal menghitung saat keesokkan harinya tiba.Petang itu,aku bercadang mahu bertemu dia.Ya aku kira ini adalah yang terakhir kalinya andai selepas diikat nanti tiada pertemuan lagi,kiranya ini menjadi kenangan terakhir buat aku dan dia.Biarpun mak melarang aku keluar,aku tetap berkeras juga.

Dia cuba berlagak tenang di hadapan aku cuba hiburkan hati aku cuba untuk buat aku senyum dan ketawa dengan jenaka.Tapi aku tak mampu menipu rasa hati sedih,kecewa semuanya bercampur menjadi satu.Sesekali mata bergenangan tak mampu di tahan,aku biarkan.Dia berpesan supaya aku merias diri dengan indah.Tutup segala sembab mata dan kelesuan wajah,pamerkan senyuman dan sorokkan kesedihan.Itu hari bahagia dan aku harus gembira,dia janji akan hadir utnuk pastikan aku tidak bersedih.

Telah Tiba.....
Aku mempersiapkan diri seorang diri tanpa bantuan sesiapa.Aku juga tidak perlukan khidmat juru solek untuk merias wajah.Bermula dari merias wajah,hingga ke hiasan tudung dan kepala aku lakukannya sendiri.Lagi pula aku tidak suka wajah aku di solek dengan solekkan tebal,hanya sekadar majlis pertunangan,merias wajah seringkas mungkin .Dan sedikit kemahiran merias wajah itu sudah memadai.

Dia hadir bersama 2 teman baiknya dan aku faham mereka sekadar peneman juga pemberi kekuatan buat dia untuk menjadi kuat saat melihat aku di tunangkan dengan orang lain.Aku bisa menjadi tenang saat melihat dia hadir dan memberi kekuatan buat aku untuk redha.Rombongan tiba di sambut dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.Itu hujan rahmat,bahang panas di rumah beransur menjadi sejuk.Dan urusan peminangan berjalan dengan lancarnya saat cincin di sarungkan ke jari manis aku tika itu.






Tempoh satu tahun terikat
ini hanya pertunangan
dalam satu tahun banyak yang akan berubah
samada aku atau dia dan juga dia....





Friday, November 11, 2011

Sepatutnya


11.11.11
satu angka yang cantik
ini hari di mana tarikh yang
tidak pernah lupus sejak
beberapa tahun ini

ya,aku kenang dia aku kenang dia
seseorang yang berada jauh di sana
telah genab kini menjadi seorang dewasa
dan 11.11.11 sepatutnya terlakar
satu kisah permulaan ikatan dan perjanjian



11.11.11
hari jumaat hari yang baik
aku mengharapkan hari ini hujan
paling tidak gerimis
biar lemas membungkus diri yang kedinginan


"kita bertunang pada 11.11.11 sama dengan tarikh kelahiran"


diam,diam,diam
tiada kata sepi tanpa bicara
sepatutnya hari ini aku sudah menjadi
tunangan orang dan terhias jari
dengan cincin pertunangan


"boleh kita tangguh hingga ke awal tahun hadapan?"











Ini entah kali yang keberapa
aku meminta penangguhan
dan dia hanya mengalah dan turutkan...