Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Friday, April 15, 2016

STJ






SPY.....

Ada spy ada stalker katanya...
Kau ingat aku peduli sangat pasal tu?
Tak puashati sangat,meh sini datang depan aku.
Takat kau cakap belakang sumpah seranah aku
Langsung tak meninggalkan kesan.

TAKUT.....

Kau takut sebenarnya kehilangan dia
Tapi kerana ego,kau campakkan semua salah tu
Pada orang lain yang tak bersalah
Cermin diri kau dulu sebelum salahkan orang lain
Salah tu sebenarnya mungkin ada pada kau
Boleh jadi juga salah tu pada dia sendiri
Dan bukannya datang dari pihak ke-3

JEMU.....

Mungkin sudah masanya untuk aku 
Berasa jemu terhadap kau
Jemu dengan karenah dan cara kau 
Aku mungkin patut rasa bosan
sebab di jalanan ni aku rasa semuanya kosong
Walaupun kau ada di samping aku.....























Friday, January 6, 2012

ON OFF


Kau fikir penghujung 2011 adalah penamat bagi segalanya.Kau fikir semua benda kau boleh selesaikan sebelum masuknya tahun 2012.Tapi sebenarnya tak,kau gagal lagi lagi dan lagi.Kau dah nampak jalan tapi tiba-tiba kau boleh tukar haluan yang terang-terang dah memang salah.Now kau sendiri buntu tak tahu nak buat apa dah.Semua dah di aturkan tunggu masa je dan kau duduk membilang hari-hari yang kau harap akan berhenti berputar.


*tak boleh nak feeling sangat lagu ni betul-betul mengganggu


Stupid mistake again...
ha.ha.ha.ha bijak-bijak kau,kadang-kadang datang juga bodohnya.Kau rasa macam nak bunuh diri kan? Tapi kau sendiri penakut,nak lukakan jari sendiri pun tak sanggup,inikan nak bunuh diri? lupakan! Rasa macam penat dan terbeban,tapi masalah tu kau sendiri yang carikan? sekarang kau hadaplah sampai muak.Terasa macam nak minta cuti sebulan kat bos then pergi bercuti ke tempat sejuk macam cameron highland,fraser hill,bukit tinggi,bukit larut dan mana-mana tempat sejuk.Then tidur saja sepanjang masa tanpa perlu keluar,bermimpi sampai tak mahu jumpa realiti.

Kau tahu tak,penyakit kau ni dah parah dah tak boleh nak di selamatkan.Kau nampak ada peluang tu,kenapa kau biarkan? Tak sampai hati? berat hati? kau mengaku hati kering jiwa tak ada rasa.Tapi bila kau pandang muka dia,kau jadi tak sampai hati kau jadi kesian kau jadi sedih.Sebabnya kau dah mula ada sesuatu pada dia walaupun sebelum ni kau bermati-mati nak nafikan.heh! kelakarlah kau ni...

Dah...tak payah nak annoying sangatlah.Ada waktunya hati kau perlu bertindak kejam,bukan bermakna kau kena cincang dia lepas tu perah jus limau sampai dia dah tak terdaya nak hidup.Tak perlu buat macam tu sekali.Diplomasilah...Bukan ke kau dah cukup pro dalam bab psikologi ni? Pesal kau jadi lembik tiba-tiba ni?







Dalam tak sedar
sudah semakin jauh aku berlari
sampaikan aku tak perasan
banyak hal yang aku dah
tak pedulikan.....


Tuesday, April 5, 2011

Moody



Aku
kalau hilang mood
semua benda aku nak abaikan
tak perlu susah payah call aku berkali-kali
sebab aku dah siap silent hp tak mahu diganggu

Aku
akan cepat naik marah
bila ada orang buat aku rasa menyampah
tanya soalan bodoh-bodoh
nak busybody kan hal aku

Aku
cukup tak suka berurusan dengan orang
yang selalu nak sarat beratkan kepala aku
elok-elok aku dah berbaik hati
langsung jadi pemaki yang tak berbudi
bosan!




biar orang kata aku loser
tapi jangan sampai pijak kepala
itu durjana namanya.tahu!

Sunday, March 27, 2011

Mensia-siakan Usia


Umur kau genab dan bertambah untuk tahun ini
lalu malam itu kau duduk mendagu dongak ke langit gelap
tengok bulan tengok bintang buat kiraan satu-satu
sampai ke angka itu,kau berhenti dan mengeluh...

dalam tempoh nafas itu,berapa kebaikkan yang telah kau lakukan?
seberapa bahagia kau lalui hari-hari?
berapa kali kau fikir tentang kegembiraan?
adakah ini kehidupan yang kau impikan?

kau menjawab semua persoalan dengan satu jawapan iaitu,





T.I.D.A.K!




Tuhan,kenapa susah untuk merasa apa itu bahagia yang sebenar-benarnya bahagia? bagaimana mahu menjadi seorang yang baik? aku tidak cukup baik untuk menjadi seorang insan.tidak cukup baik untuk jadi yang terbaik.tidak cukup baik untuk menikmati hari dengan senyuman.aku mahu jadi baik mahu jadi yang terbaik.tapi kenapa aku seringkali tewas?
Tuhan,adakah aku ini tidak layak untuk di sayangi?
tolong selamatkan aku,aku takut teramat takut...



Saturday, March 5, 2011

Tak Pernah Serik



Hari tu nampak macam ada bayang-bayang keinsafan
siap menangis sedu sedan basah pipi hidung tersumbat
kononnya semua sudah sampai ke penamat.
tapi sekarang...

kau ulangi lagi kesilapan itu
kau ulangi lagi kebodohan itu
kau sebenarnya tak pernah serik kan?

hari tu kononnya kau dah bertekat habis habisan
tak mahu lagi berpatah balik
kutip semua sisa yang berciciran
tapi sekarang,kau sendiri jilat balik jijik ludah sendiri

tunggu apa lagi?

Wednesday, February 23, 2011

Mula!

sekejap ada
sekejap tak ada
sekejap ada
sekejap tak ada
sekejap ada?
.
.
.
macam iklan biskut pulak heh!
lama kot tak monolog kat sini.yelah sekarang lebih berani meluahkan
rasa di sebelah sana.jadi disini hanya tempat untuk bersembunyi
sorok dari keramaian sebelah sana.
.
.
.
syhhh...
jangan sampai ada yang tahu sudah.
kenapa?
sebab disini lebih jujur dan lebih terbuka.
banyak hal telah berlaku dalam bulan febuari ni.drama swasta masih tetap berjalan dengan
lancar.malah,semakin banyak penambahan siri dan episod.
nasib baik watak tidak bertambah,kalau tidak haru juga.
.
.
.
lepas ni harus lebih berhati-hati menyusun strategi
musuh tidak boleh dijangka siapa-siapa
boleh jadi teman sekatil juga punya komplot untuk menjatuhkan diri
jadi AWASLAH!
.
.
.
masih bosan dengan kehidupan sendiri...

Saturday, December 11, 2010

Seseorang Yang Selalu Dipinggirkan

Saya seorang anak yang seringkali di pinggirkan dan juga agak terpinggir.tak di peduli samada keperluan dan juga kehendak.tidak di ambil tahu segala kesusahan hidupnya.saya bagaikan hidup sebatang kara biar pun hakikatnya saya punya keluagra yang agak bahagia...ya bahagia bagi mereka,tapi tidak pada saya.selama hayat ini,saya seringkali tidak merasa bahagia dan saya juga tidak tahu apa itu bahagia.dan di sebabkan itu saya sering kali membuat pengertian sendiri tentang makna bahagia.dan sebab itu juga saya lebih banyak menghabiskan masa di luar mencari bahagia juga ingin merasa gembira dengan cara sendiri.
.
saya akui saya seringkali melakukan kesilapan berulang dalam sedar dan juga tidak sedar.kesilapan yang di sengajakan dan juga yang tidak di sengajakan.semua yang saya buat adalah untuk menarik perhatian.saya satu-satunya anak paling menyedihkan yang paling tidak berjaya dan yang paling selalu di susahkan.hidup saya tak segembira yang di lihat secara zahir hakikat sebenarnya saya selalu merasa sakit.merelakan diri di bodohkan di susahkan dan juga di sakitkan.saya selalu di bandingkan dengan adik-adik lain kerana kegagalan saya dalam hidup.tapi tidak ada yang pernah menghargai betapa kegagalan saya adalah pengorbanan yang saya lakukan untuk mereka.
.
hati saya seringkali terluka tiap kali pulang ke rumah,saya mengharapakan yang saya boleh menenagkan fikiran yang melepaskan rindu terpendam buat yang tersayang.tapi saya akhirnya kecewa kerana tidak ada siapa pun yang peduli keinginan hati saya.saya ketandusan kasih sayang...saya teringin dilayan seperti adik-adik lain tapi itu hanya mimpi yang tak seindah realiti.saya sering di marahi jika melakukan sedikit kesilapan sedangkan adik-adik lain melakukan kesalahan sebesar gajah pun,masih boleh di tutup.saya merasa ketidak adilan di sini...
.
saya teringin mahu lari...lari sejauh yang mungkin supaya tidak ada sesiapa yang kenali saya tidak ada sesiapa yang boleh cari saya lagi.saya mahu menjauh tinggalkan semua yang tidak pernah menghargai kewujudan saya.dan malam ini saya teringin mahu bercakap dengan seseorang mahu pinjam telinga dan mata dari seseorang supaya ada yang mendengar saya melihat saya berada di sisi saya tika ini.hati saya benar-benar merasa sepi sekali dan hati saya sedang menangis tika tulisan ini di taip oleh saya...
.
.
.saya teringin benar di sayangi
dimanja di belai di peluk dengan
penuh kasih
teringin mencari bahu untuk
melepaskan segala keluh kesah
yang melanda hati...

Friday, December 10, 2010

Perkara Bodoh

Memang betullah kata Pisau Belati,melakukan kesilapan yang sama berulang merupakan perkara yang bodoh.tahniah buat diri sendiri kerana berjaya memperbodohkan diri sendiri.lepas tu baru nak tersedar,eh kenapa aku ulang lagi benda bodoh ni? lepas tu abaikan malas nak ingat balik mulanya berniat macam nak insaf.tapi terlupa dan terus bodohkan diri untuk ulang lagi pekara bodoh macam tu.bangun pagi teruskan rutin seperti biasa seperti tidak bersalah,padahal nanti bila satu masa kau sepi sendiri,barulah nak terkenangkan dosa-dosa silam yang pernah kau buat dulu.aniaya diri sendiri barangkali...
.
oh,berita baik semalam aku sudah tidak berairmata lagi walaupun rasa down masih lagi membalut diri degil tak nak lepaskan aku.nak juga memeluk erat sampai aku sendiri lemas dan sesak nafas.memang sengaja nak buat diri aku merana berkurun-kurun...............*ayat tergantung tak tahu nak sambung apa.
.
aku terkejut tadi langsung pucat satu badan masa tengah tulis blog ni tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat stor.habis semua memori hilang tak berjejak aku beranikan diri cuba intai di sebalik pintu,rupanya ada seekor kucing panjat atas almari dan menjatuhkan sebuah kotak kosong.dan sebab itu juga ayat di perenggan kedua diatas tergantung begitu saja.tak apa ini hanya sekadar monolog dalaman orang tak tahu.kalau tahu syhh...kita diam-diam saja rahsia sampai bila-bila nanti riuh rendah kat sini kecoh satu kampung aku tak suka itu.kecoh kat sana tak apa tapi kat sini jangan sesekali nanti aku kerat lidah sorang-sorang.
.
esok raya aidil adha...eh betul ke? entah aku sendiri terlupa mungkin sebab aku hanya cuti untuk satu hari.raya sehari dan esoknya kerja seperti biasa tak rasa macam hari raya pun.tapi bagus juga tak perlu aku terlalu lama bercuti di kampung.ada juga alasan untuk aku melarikan diri dari sanak saudara yang ramai tu.eh,tiba-tiba rasa sebak...teringat pada gambar perkahwinan W hari tu.yelah rumah aku dan W tak jauh nak masuk ke taman perumahan aku,perlu melalui kawasan rumah W.aku berharap sangat aku tidak terserempak dengan W nanti.kasih masih bersisa? keliru...selepas berpisah dengan I selama beberapa tahun,aku cuba menyemai cinta bersama W.tapi bertahan untuk 1tahun saja kerana bayang I selalu datang mengganggu macam hantu.

.

.

.

.

.

2010 aku banyak buat perkara bodoh
jadi aku berharap sangat dapat mati
dengan tenang jika sudah sampai ajal nanti
eh,kenapa aku rasa macam tak ada kaitan?

Thursday, October 28, 2010

Ketagih Yang Tidak Mudarat

ketagih ye aku memang ketagih dengan benda ini sungguh aku tak tipu.lihat saja sehari berapa kali terbit? psiko lebih kan ni kalah tuan rumah.jangan akhir bulan naik bayaran sewa sudah.terlalu banyak meluah pun bahaya juga bimbang nanti semua terbongkar tak ada yang dapat di tutup lagi.sangat menakutkan diri sendiri, tapi tak apa aku percaya dan yakin dengan bersungguh.

.

.

.

.

.

terlalu jujur akan membebankan,benarkah?

.

.

Thursday, October 21, 2010

Jangan Buat Bodoh

Jangan buat-buat bodoh dengan aku aku amat benci orang yang sebegini.kalau kau rasa kau tak rela tak berkeinginan mengapa kau ikut serta? kau tahu,sedikit peluh kau langsung tak tercurah di sini.kau seronok melihat hasil kerja orang lain dan kau langsung tidak punya rasa bersalah dan malu pada mereka yang berpenat lelah menghasilkan sesuatu untuk kumpulan.tapi kau buat apa? kau membuta sampai kesudah sedang orang lain berpenat lelah bersengkang mata demi tanggungjawab dan amanah.
.
dan ada pula di kalangan kau membuat lucu dengan soalan bodoh yang hanya mendatangkan kemarahan aku pada malam itu.kau tahu,pada fikir aku gologan seperti kau ini sebenarnya hanya bertaraf barangan buruk yang tidak berguna.elok saja kau di buang daripada terus di simpan tanpa menfaat hanya menyesakkan ruang saja.aku benci gologan sepeti kau yang hanya berlagak pandai seperti tin kosong berkarat yang bising amat bunyinya tapi isinya kosong tiada makna.tolong bersikap seperti seorang yang berakal kalau kau tidak mahu terus menerus di pandang enteng oleh sesetengah pihak yang sudah puas memerhati.









hayat aku untuk beberapa tahun ini

sering di kelilingi dengan orang-orang yang

hanya tahu mencekik dari belakang

kita tak nampak siapa yang ada di belakang

tahu-tahu saja dia membunuh kita

tanpa sebarang amaran!

Thursday, September 30, 2010

Perasaan Itu

Apa adanya tentang perasaan tentang rahsia hati yang bersimpul mati.diikat ketat tak bisa di leraikan melainkan dengan memotongnya.senyum sebagai tanda apa? senyum tak ikhlas hanya sekadar mengaburi pandangan.sorok rasa tutup kesedihan dan pendam sendiri-sendiri.ada sebak mahu di hemburkan tapi di sini bukan tenpatnya.sembunyi lagi dengan ketawa gembira seakan tak ada langsung keresahan di dada.ah,aku kan pelakon hebat siapa dapat meneka? siapa dapat membongkar?
.
rasa itu perit sakit sekali aku ingin menangis terasa sebak berat mahu pinjam bahu seseorang.bila aku sepi begini rasa itu bagaikan menikam-nikam hampir mati aku kesesakkan.tidur malam tak nyenyak fikiran terganggu dengan dengan beban.bila saat mahu terlelap,panggilan tugasan memaksa aku bangkit untuk teruskan rutin harian.diam dan pendam lagi sakit berat aku teringin mahu menangis teringin mahu berteriak.semakin lama aku pendam semakin bertambah berat.aku dah penat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada sesiapa sudi pinjamkan bahu untuk saya tumpang barang sebentar?

.
.

Thursday, August 26, 2010

Monolog Dalaman

Monolog dalaman adalah kata-kata yang sering berbisik di dalam hati.adalah lebih jujur dan hanya aku sendiri yang mentafsirnya.oleh kerana aku seorang yang lebih banyak memerhati daripada berkata-kata,maka aku seringkali bermonolog dengan diri sendiri.aku beromongan dengan hati dan mentafsirkannya dengan akal.dan dari situ aku cuba belajar sesuatu mengenai kehidupan dan segala yang berada di sekeliling.
..
aku seorang yang mahukan kebebasan untuk meluahkan sesuatu di sini.biarpun aku lebih banyak berdiam diri tetapi aku boleh menjadi seorang yang agresif apabila terasa di ancam.jadi biarkan aku disini untuk terus meluahkan sesuatu dari sudut sebelah sini.terima kasih kepada Pisau Belati atas ruangan ini.