Showing posts with label K. Show all posts
Showing posts with label K. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Janji - 2 -

Persinggahan...
kau datang kala memerlukan
saat kau senang aku di lupakan
segala janji kau abaikan.


Telefon tangan berbunyi lagi,sengaja tidak aku jawab.aku tahu K tetap tidak berputus harap,dia yakin benar aku akan menjawab.sudah penat,dihantarnya pula pesanan ringkas terus menerus merayu aku supaya menjawab panggilan.katanya penting mahu bicara sama aku,bagi aku,tidak ada kepentingannya lagi.semua sudah jelas sudah tamat sejak dia mengabaikan aku tempoh hari.K mengalah dan menghantar ayat pancing ini...


"saya rindu kan awak.saya minta maaf kalau
ada buat salah.bagi peluang pada saya"


"kalau"? apa maksud dia "kalau"? seakan kesalahan yang tidak di sengajakan.aku benar-benar berjauh hati dengan K.sampai hati dia khianati aku,sedangkan aku di sini setia menunggu.dan alasan yang tidak boleh di terima adalah dengan mengatakan bahawasanya aku ini seakan tidak serius dengan hubungan yang terjalin.ini gara-gara ketika K bertanyakan perihal nikah sama aku,dan aku menjawab belum bersedia dan mahu mengejar cita-cita aku dulu.maka dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan orang lain,tanpa sebab?

dan K memberi jaminan akan datang melamar aku itu janji K pada aku.ini bermakna aku dan isterinya akan bermadu.K mahu aku bermadu dengan isterinya,sedangkan usia perkahwinan mereka baru setahun jagung beserta seorang anak yang masih terlalu kecil.ini benar-benar gila,masakan aku sanggup mengecewakan hati orang lain demi bahagia sendiri.dan aku pasti hidup aku tidak akan tenang atas kesedihan orang lain.






Pergilah lupakan aku tinggalkan aku
hapuskanlah semua kenangan yang dulu
takdir aku bukan untukmu.....


Sunday, January 15, 2012

Janji - 1 -



Madu...
manis di bibir pahit di hati
perkongsian hati antara dua
dalam redha pasti ada cemburu


Sejak akhir-akhir ini kerap kali K menghubungi aku di telefon tangan tidak kurang pesanan ringkas yang di kirimnya.aku sendiri sudah mulai bosan membaca tiap patah madah dan janji manisnya yang berjanji akan mengotakan janji yang dulu.bagi aku,janji yang dulu hanya sekadar omogan kosong dari seseorang yang tak punya hala tuju.ya,tika itu aku dan dia masih menuntut.masa berlalu begitu pantas dan akhirnya aku lebih dulu pengabiskan pengajian sedangkan K masih lagi ada satu semester yang perlu di kejarkan.

sebaik habis pengajian aku sudah mula bekerja dan K masih lagi dalam pembelajaran.aku sibuk dengah urusan sendiri hinggakan tak sedar K akhirnya telah pun menamatkan pengajiannya untuk akhir semester itu.sebelum pulang ke kampung halaman,sempat kami bertemu untuk buat terakhir kalinya.aku dan K bertukar hadiah tanda kenang kenangan di kala jauh.
beberapa bulan selepas itu K semakin mendiamkan diri.tapi aku tidak terasa hati kerana aku sendiri terlalu sibuk dengan urusan peribadi.hinggalah pada suatu hari.....


- Di hari konvokesyen -

"kau tahu, K sudah berkahwin?"

"kahwin? aku tak tahu..."

"selepas beberapa bulan tamat pengajian,K sudah bernikah"

"tak kan lah...dia sudah janji akan tunggu aku"

"kita lihat nanti,dia akan tegur kau atau tidak"


K hanya memandang aku dari jauh tidak mahu mendekat apa lagi membalas semua pesanan ringkas yang aku hantar kepadanya.hati aku sebal pedih,di hari aku mengharapkan dapat berkongsi kejayaan ini dengan dia.tapi dia sendiri telah mengguris hati aku pada hari tersebut.dan sejak hari itu aku mula menjauh tidak lagi mengharap pada dia.hinggalah dia akhirnya kembali mencari aku......







- JANJI 1-