Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, March 1, 2020

Bertanding : Politik

Sebelum ni perbincangan 2 hala telah pun dibuat. Dan kita berdua telah setuju awak tak akan terlibat lagi dalam dunia politik. Tapi tak sampai 3 bulan pun... Tiba-tiba awak nak bertanding untuk jawatan peringkat DUN. Sejujurnya saya sangat tidak bersetuju apa lagi nak rasa bangga. Saya diam Cuba rahsiakan dari semua orang terutama kawan-kawan & keluarga. Tapi isu besar mana boleh tutup, kan. Seorang - seorang bertanya pada saya....

" Dia bertanding untuk jawatan.......?"

Berkata tidak adalah mustahil... Sebab poster wajah awak sudah tersebar. Bila saya persoalkan, awak hanya jawab...

" Dato' yang minta saya bertanding dia berharap saya dapat jawatan tu."

Permintaan Dato'? Bagaimana dengan permintaan saya? Dari awal, sebelum PRU 14 lagi saya sudah pesan, selangkah awak masuk ke dunia politik susah untuk awak berpatah balik. Dunia politik sangat kejam, bila awak terlibat dengannya, banyak perkara yang awak terpaksa korbankan.Dan salah satu dari nya adalah...

"Masa!"


Adalah sangat tidak adil bila hak kau terpaksa dikongsi dengan orang ramai... 😣



Sunday, May 27, 2012

3.0






Mengapa sesama kita harus bertelagah?
mengapa sesama kita adakan pertumpahan darah?
mengapa sesama kita harus marah-marah?
apa masih belum cukup aman?
tidak cukup di dataran,bersambung pula
hingga ketalian.

Haruskah di adakan pertandingan siapa kuat?
mahu menentukan siapa hebat?
lalu,apa pula yang akan terjadi kepada rakyat?
nasib mereka hidup mereka tetap melarat.
mana dia janji akan adanya perubahan?

Tak kira siapa dan pihak mana pun akan menang,
keadaan hidup di negara masih tetap sama,
yang miskin hidup tak terbela,
anak muda terus hanyut dan lupa,
yang kaya terus memakan riba,
harga barangan tetap naik juga,
rasuah terus saja berleluasa!
inikah yang di namakan keadilan?






Sedih melihat rakyat tidak lagi
bersatu hati kini.
paling menyedihkan bila
agama di politikkan oleh sesetengah
pihak,hanya kerana nama dan pangkat.









Friday, January 27, 2012

Perbalahan Sejagat

Bising-bising bingit
disana sini berbalah
berebutkan yang tak seberapa
dia dapat kau tidak
dan kau marah

marah-marah api bara
masih bertelagah mahukan hak
kau manusia penyangak
tak sedar diri tamak!


Dengar-dengar dapat wang rm500 bantuan rakyat...aku lihat rakyat berpusu memenuhi ruang legar bank menunggu giliran.Banyak yang aku fikir dari pemerhatian terhadap manusia-manusia ini.Ada rasa sedikit terganggu mengapa perlunya wang itu di beri? maksud aku apa perlunya mereka yang punya kewangan yang kukuh dan berkemampuan mendapatkannya? sedangkan di luar sana lebih banyak gologan fakir,orang kurang upaya,anak yatim,warga tua yang di pinggirkan lebih memerlukan,berbanding mereka yang aku lihat rata-ratanya masih punya kudrat.Malah ada diantaranya memiliki sebuah rumah dua tingkat dan memiliki dua buah kereta buatan luar negara.

Satu pelaburan dan pembaziran yang amat besar.Seharusnya di selidik dahulu pendapatan dan datang sendiri lihat bagaimana taraf hidupnya.Bukan sewenang-wenangnya memberi dengan mudah begitu,atas alasan kerana mereka datang memohon dan telah mengisi borang dan itu di kira telah menepati syarat.Sungguh aku kesal kerana terlalu banyak gologan yang hidup melarat tapi di pinggirkan.Dan ada kalanya aku sendiri sedih hingga aku tak mampu untuk berpaling melihat bertapa sengsaranya hidup mereka di atas neraka dunia ini.






Ayah berpesan.....
jika punya kudrat punya kemampuan

cukup sifat anggota badan dan sihat akal fikiran
berusaha dan tawakkal mencari rezeki halal

jangan jadi parasit yang
hanya tahu
menumpang di kesenangan orang lain
meminta-minta seakan tiada upaya,

kelak nanti Tuhan tarik semula
pinjaman
dan nikmat kesempurnaan anggota badan,
kala itu mahu menyesal sudah tiada gunanya.....


Sunday, October 16, 2011

Hidup

Ramai orang bising-bising bajet 2012
apa kata perdana mentari?
dan aku fokus tentang pelanjutan usia pekerja
hingga 60tahun? 60 tahun?
dahi berkerut gila apa ini!

aku tidak mengerti
dasar kajian apa yang mereka lakukan
meningkatan taraf ekonomi barangkali
atau benarnya hanya untuk kegunaan sendiri
60tahun aku fikir itu usia lemah

persetankan tentang fikir aku
cuma lihat saja untuk jangka waktu panjangnya
orang-orang muda seperti kita kebanyakkan menganggur
karena tidak ada jawatan kosong untuk khidmat MUDA
bagaimana kualiti kerja si atuk dan si opah?

jenayah,maksiat,keruntuhan akhlak,kemunduran ekonomi
ini mainan hidup memanipulasikan dunia untuk kepentingan?
ini musibah celaka apa rasionalnya khidmat si atuk dan si opah?
terketar berjalan dengan tongkat bermasalah kesihatan
pengidap kelupaan?

kudrat orang muda semakin terhakis di mamah usia
menanti senja baru dapat mula bekerja
mahu mengumpul dana dan harta di usia 30-an?
taraf ekonomi tika itu bagaimana?
muda kita sudah habis bazir waktu menanti dan mencari

diandaikan memulakan hidup itu di usia 30-an
simpanan masa depan bagaimana?
penganggur muda semakin ramai
belajar pandai tinggi ke puncak
tapi sayang.....








fikir aku jika si atuk dan si opah
dilanjutkan perkhidmatan

kita yang muda menganggur mencari
kekosongan
jawatan di penuhkan
si atuk dan si opah

menunggu usia mereka 60tahun

sementara kita juga semakin menua
dan simpanan masa depan baru nak bermula

sedangkan keluarga harus di sara...


Monday, July 11, 2011

Bersih Yang Dikotori

Tekad mempertahankan hak
berani menentang pendusta
julang panji kecintaan
bersatu hati untuk keamanan

kuning sana merah sini
majoriti malayu sejati
oh,bangsa masih buta hati
bertelagah sesama sendiri
tak nampak ada yang senyum nampak gigi?

melayu bego lupa diri
yang kau tentang kaum sendiri
yang kau perangi dari keturunan sendiri
teriaklah launglah sekuat hati
kau hanya pertahankan parti
tapi tidak pada agama rasmi!


dari kejauhan aku hanya duduk memerhati lihat anak bangsa sendiri sanggup jadi balaci.bodoh! apa nak jadi pada anak melayu masa kini,sibuk pertahankan parti sedangkan agama sendiri tidak pula sanggup kau bermati-mati.tahu,kenapa agama dan kaum lain mula mahukan hak dan keistimewaan yang sama rata seperti orang melayu islam malaysia?

islam kata judi,arak,riba,dan maksiat adalah dosa besar yang di haramkan.tapi masih ada melayu islam menghalalkan arak.judi dan riba jadi mainan masa lapang dan maksiat dijadikan amalan harian.shit! kau nak pertahankan apa sedangkan kau sendiri tak hormati agama dan kaum kau sendiri?

aku tak sebelahkan sesiapa,tapi aku nampak di sebalik niat yang mulanya suci itu,ada terpalit sedikit cela yang membinasakan.mahu salahkan siapa? rakyat? wahai pemimpin,cuba kaji semula jika tidak kerana kealpaan kau,mereka tidak akan jadi singa yang memakan tuan.






politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya pengecut
politikus malaysia
pemimpin pemimpinnya gila kuasa
politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya gila nama
politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya goyang kaki saja.


Wednesday, May 4, 2011

POLITIKUS

scandal sana
video senggama sini
tipu sana
sumpah palsu sini
rasuah sana
riba sini
janji sana
hipokrit sini
sana duit haram
sini pegangan sesat
sana kata janji
sini beri mimpi
seterusnya yang bodoh itu
rakyat
yang ditindas itu
rakyat
yang menjadi balaci itu
rakyat
yang menjadi anjing itu
rakyat
yang tergadai itu
rakyat
si kaki angkuh ketawa
menghambakan rakyat
si kaki angkuh bangga
memijak rakyat
si kaki angkuh kaya raya
makan duit rakyat
si kaki angkuh berkuasa
monopoli rakyat



manusia jadi buta hati dan bodoh
bila gilakan kuasa
manusia sanggup jadi pembunuh
kerana mahu kuasa
manusia sanggup jadi hina
kerana pengaruh kuasa.












- AKU -
dendam kesumat itu tidak pernah padam
tidak pernah!