Monday, July 11, 2011

Bersih Yang Dikotori

Tekad mempertahankan hak
berani menentang pendusta
julang panji kecintaan
bersatu hati untuk keamanan

kuning sana merah sini
majoriti malayu sejati
oh,bangsa masih buta hati
bertelagah sesama sendiri
tak nampak ada yang senyum nampak gigi?

melayu bego lupa diri
yang kau tentang kaum sendiri
yang kau perangi dari keturunan sendiri
teriaklah launglah sekuat hati
kau hanya pertahankan parti
tapi tidak pada agama rasmi!


dari kejauhan aku hanya duduk memerhati lihat anak bangsa sendiri sanggup jadi balaci.bodoh! apa nak jadi pada anak melayu masa kini,sibuk pertahankan parti sedangkan agama sendiri tidak pula sanggup kau bermati-mati.tahu,kenapa agama dan kaum lain mula mahukan hak dan keistimewaan yang sama rata seperti orang melayu islam malaysia?

islam kata judi,arak,riba,dan maksiat adalah dosa besar yang di haramkan.tapi masih ada melayu islam menghalalkan arak.judi dan riba jadi mainan masa lapang dan maksiat dijadikan amalan harian.shit! kau nak pertahankan apa sedangkan kau sendiri tak hormati agama dan kaum kau sendiri?

aku tak sebelahkan sesiapa,tapi aku nampak di sebalik niat yang mulanya suci itu,ada terpalit sedikit cela yang membinasakan.mahu salahkan siapa? rakyat? wahai pemimpin,cuba kaji semula jika tidak kerana kealpaan kau,mereka tidak akan jadi singa yang memakan tuan.






politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya pengecut
politikus malaysia
pemimpin pemimpinnya gila kuasa
politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya gila nama
politikus malaysia
pemimpin-pemimpinnya goyang kaki saja.


9 comments:

missSenget said...

kau ada di mana tika itu?

JIJI YU said...

huk aloh..haq dan bathil takkan bersatu

penaberkala said...

mereka bangkit agar yg berada di kerusi empuk itu tersedar dari lenanya

kadang2, kita perlu kaji semua
kita sekarang dalam keadaan tersepit
kerana banyak sangat benda yang menghimpit
sampai fakta pun mampu diputarbelit
tak kira sebesar mana otak kita punya ukur lilit

dulu aku lena diulit
tapi kini, aku celik sedikit

Capri said...

A nice one.. :-)

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK said...

poltik yg kotor umpama lampin pakai buang, ditukar ganti dengan satu alasan yg sama, tapi itu yang di gila...

- - said...

both party ada yang betul and salah;
setiap niat yang baik itu, harus mereka sertakan dengan agenda.

pengetahuan kita cetek tentang apa yang sebenarnya jadi di atas sana;

tinggal perhati aja.

monologtinism said...

tak ada yang sempurna
masing-masing ada kelemahannya

bikin sukar dibual bicara
buat anak muda

ambil kesempatan.
memperkecilkan.
penipuan.
kemengarutan.
agenda tersendiri.

ahh.entahlah

Faaein Talip Roy said...

sebab itu agama islam dan politik jangan dipisahkan..



p/s: aku beli dekat melaka.. ko turun lah melaka.. dekat tesco dekat dengan melaka sentral.. aku tengok banyak gila buku hlovate.. bernafsu sungguh aku membelinya.. hahaha..

YuYun@HanleeYun a.k.a KuLaT_NaKaL said...

aku setuju dengan buah fikiranmu itu...politik itu sendiri kotor, mana mungkin ingin dibersihkan??