Wednesday, October 20, 2021
Lara Hati
Monday, February 24, 2020
Koyak Rabak
Friday, December 11, 2015
K.E.M.B.A.L.I
Wednesday, October 31, 2012
Mangsa Korban
Dalam beberapa bulan aku menyepikan diri dari ruang sempit ini,ada banyak perkara yang aku simpan pendam sendiri-sendiri.Konflik dan dilema datang silih berganti buatkan aku rasa sangat tertekan dan penat nak teruskan kehidupan yang seterusnya.Apa pilihan yang aku ada? menjadi derhaka semata mahu menggembirakan hati sendiri atau memilih senyuman mak demi untuk mendapat keberkatan dalam hidup?
Aku watak utama dalam cerita ini,mangsa korban paling tragis paling menyedihkan! Aku tidak tahu berapa banyak dosa yang telah malaikat Atid rekodkan buat aku setiap kali aku membantah kata-kata mak.Dan paling aku cuba elakkan ialah bila membuat perbincangan dengan tunang.Karena setiap kalinya pasti akan terjadinya perbalahan,dan akan berakhir dengan keegoan masing-masing yang di pertahankan.Biasanya,aku yang akan tamatkan panggilan dengan menekan butang merah pada telefon tangan tanpa sebarang kata-kata terakhir.
1.Korban Wang
Demi cita-cita,aku sanggup bersusah payah siang malam hinggakan waktu cuti Am pun aku sanggup kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan pada hujung bulan.Di saat rakan-rakan sebaya sudah pun tamat belajar,tapi aku masih lagi di tahap bertatih.Jangan kata segulung kertas diploma,sijil tahap terakhir pun masih belum sempat aku tamatkan.Takdir aku tidak sama seperti sesetengah orang lain,aku memilih untuk menanggung sendiri kehidupan dan pelajaran aku.Dan aku hanya akan kembali menyambung pengajian sebaik saja wang sudah mencukupi.
2.Korban Masa
Banyak masa yang aku buang untuk perkara-perkara yang tidak di sukai aku sendiri.Aku tak punya waktu untuk diri sendiri dan kadang kala aku sendiri tidak sedar dan tidak mengingati masa dan hari-hari yang telah aku lalui.Ini kerana aku merasakan yang setiap hari adalah sama,rutin dan tempat yang sama.Pemandangan aku terhad hanya di tempat kerja atau mungkin di rumah.
3.Korban Hati
Memilih untuk menghancurkan hati sendiri demi senyuman orang lain.Ini benar-benar sakit hingga sampai ke satu tahap aku mengalami kemurungan.Rasa sengsara dan menderita sampaikan aku sendiri seperti sudah putus harapan.Tak ada sesiapa yang mahu memahami apa lagi menghargai setiap perkara yang aku lakukan untuk kepentingan mereka.Aku terfikir,kalau aku mampu mahu saja aku lari dari daerah ini pergi jauh tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan hati.Apa lagi nak di kenangkan jika semuanya hanya akan terus buatkan aku sakit sendiri?
Saturday, July 28, 2012
Kutu Di Sebalik Rambut
keadaan yang sedia ada,
jadi tolong jangan di tambah lagi
beban di hati aku...
Wednesday, February 22, 2012
Tak Peduli : 17 Hari Lagi
Aku anggapkan kosong
Alunan merdu yang berlagu
Aku biarkan pencong
Semuanya kosong.
Hari semakin suntuk
Tak kurang dari dua minggu lagi
Keyakinan hati tak ada lagi
Semua persiapan aku pandang sepi.
- Kenduri -
Keluarga dan saudara mara terdekat telah di maklumkan.Masing-masing mahu turun padang untuk melancarkan perjalanan majlis akan datang nanti.Aku yang tiada hati hanya turutkan macam manusia bodoh! Aku tak peduli sekeliling cukup sekadar majlis paling ringkas bersarung cincin.Tak perlu kenduri besar-besar.Tapi apa yang aku lihat tidak seperti yang aku inginkan.Pakcik L dan auntie siap mahu menyewa khemah karena hajat mak dan ayah mahu buat kenduri tahlil pada masa yang sama.
- Rombongan -
Sudah aku bilang berkali-kali pada bakal tunang,cukup sekadar datang keluarga terdekat,Aku hanya mahukan majlis yang serba ringkas.Hanya bersarung cincin itu sudah mencukupi tidak perlu hantaran yang banyak mengikut adat yang bukan-bukan.Tapi katanya yang akan datang mungkin dalam 7,8 buah kereta bersama 10 dulang hantar.Ini gila memang gila hanya untuk sebuah majlis pertunangan.Aku bukannya puteri gunung ledang!
- Persalinan -
Kurung moden merah cili yang di belikan tempohari,tudung aku pakai saja yang sedia ada serta selendang yang akan dijahit sendiri serba ringkas.Komen dari kakak sepupu,supaya aku membeli hiasan kepala yang punya batu berkilauan.Tapi aku bilang mahu yang ringkas-ringkas saja.Cekak manik yang aku bikin sendiri itu sudah memadai,tak perlu kerongsang batu yang memberatkan kepala.
- Hantaran Balasan -
Masih belum siap apa-apa dari pihak aku.Mak sudah berkali-kali mengingatkan tapi aku abaikan seperti tidak ada sebarang majlis akan berlaku.Untuk menyedapkan hati mak,aku sekadar jawab,akan diuruskan selepas aku bergaji bulan nanti.Entah kenapa aku langsung tak fikir mahu membeli apa-apa untuk hantaran balasan nanti.Lagi pula,aku tak pernah minta hantaran daripada pihak bakal tunang.
- Gambar Kenangan -
Aku tak fikir mahu bergambar kenangan,tetapi bakal tunang serahkan tugas ini pada aku mencari jurugambar untuk majlis pertunangan nanti.Persoalannya siapa yang akan mengambil gambar majlis pertunangan itu nanti?
adakah ini benar-benar satu
keputusan muktamad?
Thursday, February 2, 2012
Tulus Dari Hati : Surat
Buat awak yang diingati disana...Saya buntu untuk memulakan mukadimah surat ini.Harus bagaimana memulakannya sedangkan hati saya masih sakit.Maaf...saya sudah cuba sedaya yang mampu tetapi tidak berhasil.Saya sudah mula putus harapan dan saya juga pernah cuba untuk menyatakannya secara berhadapan dengan awak.Tapi saya tak mampu saya penakut tak ada keberanian untuk jujur dengan awak.Setiap kali saya lihat senyum awak kebaikkan awak,saya jadi tidak sampai hati untuk membunuh semua perasaan senang dalam hati awak.
Maaf saya ini sangat mengecewakan awak.Secara jujurnya saya benar sayang pada awak,tapi awak sendiri tahu keluarga saya tidak senang dengan awak mereka langsung tidak membuka ruang untuk menerima awak.Saya sudah penat untuk pertahankan semua ni.Saya jadi serba salah untuk berada di pihak awak atau keluarga saya.Pilihan ini sangat berat buat saya dan saya tidak mampu nak berada di pihak awak,kerana mereka lebih berhak ke atas saya.
Maaf...saya tak berniat nak lukakan hati awak,saya juga rasa sakit bertahan untuk semua ini.Saya masih sayangkan awak tapi semua ini langsung tidak berpihak pada kita.Harus apa lagi yang saya perlu buat untuk mengubah semua ni? saya tak mampu semakin hari semakin sesak saya dah terlalu penat memendam rasa.Tolong jangan bencikan saya,simpan atau lupakan saja semua kenangan kita jika ianya menyakitkan awak.
Saya fikir saya cukup kuat untuk terus bertahan,tapi tak sangka hari ini saya mengalah juga saya menangis juga akhirnya.Semua ini tak seperti yang saya inginkan,saya terfikir andai Tuhan temukan saya dan awak lebih awal,mungkinkah akan ada happy ending untuk kisah kita? Masih adakah harapan untuk saya ubah keadaannya? Kalaulah masa boleh di putar kebelakang,saya harap saya boleh ubah semua mengikut kehendak saya.
tolong jaga diri,hidup baik baik
saya doakan kebahagiaan untuk
awak satu masa nanti.
pasti!
daripada : seseorang yang menyayangi awak
Friday, November 4, 2011
Terkesan
"Maaf, awak terlalu baik untuk saya."
Itu saja?
Tidakkah ada berjuta lagi alasan untuk sebuah perpisahan yang lebih aman.
Hanya memetik baris kata cliché seperti itu sebenarnya tidak pernah memberi ketenteraman walaupun segambut masa.
Semua, pasti ada kata yang lebih realiti dari yang biasa terucap lidah.
"Bukan. Bukan itu. Aku tak tahu apa lagi yang lebih baik dari itu. Aku tak mahu ada hati dia yang terluka lagi."
Dan bicara tanpa penuh jelas begini boleh henti sakit dia begitu saja kah?
Tidakkah nanti lebih keliru dan hidup penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Dan aku yakin, jiwa yang tenggelam dengan teka teki hidup selalunya lemas dan lewat mencari sinar baru.
Maka berterus-teranglah.
Biar jelas terang kenapa perlu lantera malam yang satu itu kamu hanyutkan cahayanya. Paling tidak, mimpinya nanti pasti datang yang baik-baik, dan bukan hanya berteman tiris jernih di matanya tak sudah-sudah.
Jujurlah; kalaupun kamu salah.
Berkatalah walau pahit. Kerana hidup ini penuh bittersweet; manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.
Dan itu tentu lebih baik dari bermanis-manis penuh sayup setiap detik yang muncul dan tiba-tiba sakit menyerang dan hayat kita putus; tanpa sempat sedar kenapa dan apa.
Boleh begitu?
- AJ NISMIHAN -
dari teratak sahabat lama
dan iya,entry ini lebih menikam
hingga ke hulu hati aku sendiri
kerana ia lebih merujuk ke arah aku
selepas perbincangan menerusi email
aku yang buntu tika itu meminta
pandangan dari AJ.
terima kasih sahabat untuk tulisan ini.
Monday, October 31, 2011
Sebulan Pertama
Dan tempoh satu bulan itu pun berakhir dengan jayanya tanpa ada sebarang rasa yang mengganggu jiwa.walaupun ada sesekali hampir saja perancangan ini gagal,tapi aku cepat bertindak menutup segala keraguan yang ada kalanya langsung tidak masuk akal.mungkin bersandarkan kepercayaan itu segalanya yang di atur berjalan lancar.hati aku sedikit tenang tidak seperti dulu dimana kegagalan lalu berpunca dari hati dan minda yang tidak bersatu.
Untuk bulan yang seterusnya,aku rasa lebih yakin untuk memulakan perancangan yang kedua.masa semakin suntuk dan aku sendiri tidak punya banyak waktu untuk menagguh-nangguh lagi.meski pun kesilapan dulu sering kali menghantui hidup aku,tapi aku akan tetap bertabah hati.misi kedua bulan November ini boleh di kira sudah hampir ke puncaknya.tetapi ada satu masalah yang membelenggu,bagaimana aku mahu memulakannya? Dan aku perlu memikirkan alasan yang munasabah untuk menguatkan lagi jalan cerita ini.
Misi kedua bulan kedua
Aku harap segalanya bisa di atur dengan teliti
Supaya nanti tidak akan ada yang sakit hati…
Friday, October 7, 2011
Dua Harapan
"nanti hujung tahun kita datang rumah dia jumpa mak ayah dia ye"
"agaknya bila kita boleh kahwin dengan dia?"
dua harapan dua permintaan tapi,
yang mana satu bisa kau tunaikan?
Thursday, September 29, 2011
Agenda : Permulaan
Wednesday, September 21, 2011
Kehormatan Yang Hilang
biar pun hati sekeras kerikil
jiwa sekukuh waja
ada masanya retak juga
ada ketikanya cair juga
tapi tetap berpegang pada
api lawan api marak
mana biasa untuk bersama
lalu aku memilih untuk
menjadi air yang dingin
mata merenung seketika pada skrin telefon tangan terdapat 18 misscall dan 3 pesanan ringkas.tekan butang open,semua dari nombor dan nama yang sama.buka salah satu dari pesanan ringkas...baca senafas tangan menggigil menggenggam telefon menahan rasa.ada pedih di hujung hati paling dalam.pejam mata dan tarik nafas sedalamnya...baca semula dan genang.dongak ke langit,masih ego untuk membiarkan mutiara jernih berderai.
"bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! aku nak pergi pukul 5 la bodoh.apa pasal kau ni bodoh sangat hah! bodoh!"
yang kau sayang yang kau kasih
berkata begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
dari darah daging dan seketurunan
cakap begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau hadap penuh sabar
memaki mahun begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya hormat kau
tapi mengeji kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya mengenang jasa kau
tapi langsung tidak pernah berterima kasih pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau lebihkan segalanya dari diri kau
tega buatkan kau rasa seperti mahu lari?
kecewa? dan sedih?
tahu tak,dalam pada rasa sayang
aku juga menyimpan benci.
dalam pada rasa kasih,
aku juga menyimpan dendam
DAN kelemahan aku adalah
bila tiap kali aku memikirkan
kau adalah adik kandung aku.....
Monday, September 12, 2011
Rendang Hati
Setiap tahun,hari raya pertama wajib ke rumah nenek dahulu selepas solat sunat hari raya.hari raya nenek masak banyak makanan yang sedap-sedap nenek saya sangat pandai memasak.dan menu pilihan saya mestilah lontong air tangan dari nenek.tapi menu istimewa pada hari itu ialah rendang hati.saya tak suka rendang hati dan saya memang tak suka makan hati,rasanya aneh dan sangat jelik.nenek sayangkan saya tapi nenek tak pandai nak tunjukkan kasih sayang yang sebenar.nenek datang dekat pada saya lalu memberi semangkuk penuh hati rendang untuk saya makan seorang.nenek minta saya buka mulut dan nenek menyuapkan sesudu demi sesudu rendang hati ke dalam mulut saya.
1 sudu
4 sudu
sakit hati?
Thursday, August 11, 2011
Pertempuran Jiwa
Rasa apa ini
berdenyut bagaikan bernyawa
berdetak seakan bersuara
rasa apa ini
paling dalam tapi sakit
paling jauh tapi pedih
hati mudah terguris
saat sepi begini
hati mudah tersentuh
bisa di pujuk
hati yang rawan
kala luka yang lalu
berdarah semula
bukan ini impinya
tapi itulah yang di terima
di setiap langkah perjalanannya
duhai hati tabahlah
duhai hati kuatlah
anggap ini permulaan
anggap ini pengenalan
akan lebih hebat
daripada apa yang kau lihat
sekarang
persiapkan diri mu
persiapkan kelengkapan mu
supaya nanti kau bisa berdiri megah
untuk satu kemenangan.
kuatkanlah hati ku,tabahkanlah jiwaku
untuk menerima ujian yang seterusnya
daripadaMU.
Friday, August 5, 2011
Cinta Kekasih Gelap
ku mencintaimu lebih dari apa pun
meski pun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hati ku
meskipun engkau hanya kekasih gelap ku...
kau jatuh cinta dengan dia
kau lebih sayangi dia hargai dia
tapi sayang bila rasa cinta itu
hanya sekadar rahsia berdua
kau tak mampu laungkan kepada dunia
tak mampu berjalan bangga sebelahnya
kerana kau juga sudah berpunya
kerana kau mahu jaga hati lain juga
sakit,sakit,sakit
tapi kau tahankan
teringin meluah cinta
tapi kau pendam dalam paksa
tapi sampai bila?
sedangkan hati meronta-ronta
buat taruhan
untuk pilih "dia" atau "dia"
tak perlu pilih,lari saja.
Tuesday, June 7, 2011
Harga
1.Semalam taqwa dan mak ke rumah nenek,ya menunaikan hajat nenek yang diutuskan melalui ibu tempoh hari.sebaik taqwa dan mak pulang,mak menyampaikan beberapa pesanan dan bicara nenek pada aku.adik sepupu aku yang sebaya taqwa anak kepada pak uda bakal bertunang tak lama lagi.giliran aku bila? sedangkan aku selaku cucu sulung cikgu haji masih lagi tidak mengikat tali pertunangan apa lagi tali pernikahan.malahan,sama sekali tidak pernah aku di lihat berpacaran mesra dengan seseorang.
2.nenek meminta taqwa mencari pekerjaan lain buat aku melalui internet.kata nenek lagi cucu saudaranya sudah pun memiliki sebuah kereta.giliran aku bila pula? sinis aku menerima kata-kata itu seperti satu penghinaan.perlahan tapi tegas aku katakan pada mak.
"Mak,kalau nenek tanya bila orang mahu punya kereta.katakan saja pada nenek orang tak perlukan kereta buat masa ini.sedangkan orang bekerja dan tinggal berdekatan tak perlu kenderaan.lagi pula mahu pulang ke kampung dengan bas sudah memadai.tak perlu pening memikirkan bayaran ansuran kereta tambah pula untuk bayaran servisnya serta harga minyak yang semakin naik kini."
"Sesiapa pun di kalangan sepupu-sepupu muda yang ingin bertunang atau berkahwin sebelum orang,silakan saja,tidak ada larangan atau sekatan.tapi jangan ditanya giliran orang,sebab masa itu belum tiba"
"Kenapa harus orang bertukar kerja? majikan sudah cukup baik dengan beri jaminan KWSP dan SOKSO untuk setiap pekerjanya.dan gaji juga sudah dinaikkan seperti yang nenek harapkan satu masa dulu.jadi apa lagi mahu nenek,sampaikan di suruhnya taqwa mencari kerja lain melalui internet buat orang? kalau benar orang mahu,sudah lama orang mencarinya 3tahun dulu tak perlu pertolongan sesiapa.nenek beranggapan orang yang tidak belajar di universiti itu juga buta IT? sudah,jangan di desak lagi,kalau nenek mahu nenek sajalah pergi kerja."
aku benar-benar amat berkecil hati
meski pun tujuan nenek itu baik
tapi aku cukup tidak setuju
begitu nenek seringkali mahu mengatur
masa depan anak cucunya
sedangkan aku sudah punya
rencana lain dan selalu juga
nenek memandang rendah
kepada sesiapa yang
tidak mahu menurut katanya.....
Wednesday, May 25, 2011
Cari
Sunday, May 1, 2011
Gersang
dan apa yang kau lihat?
erat dan aku mula kelemasan.
mata dan bibirku.
dan jejari mu mula menjelajah hingga ke tengah dada.
dengan kejam jejarimu mula menembusi hingga kehati.
kau rentap keluar secara paksa.
jatuh tertiarap sebaik pelukkan dilepaskan.
aku kau pandang tanpa belas tangisan tidak dihirau.
kau kejam kau jahat