Monday, September 12, 2011

Rendang Hati




Setiap tahun,hari raya pertama wajib ke rumah nenek dahulu selepas solat sunat hari raya.hari raya nenek masak banyak makanan yang sedap-sedap nenek saya sangat pandai memasak.dan menu pilihan saya mestilah lontong air tangan dari nenek.tapi menu istimewa pada hari itu ialah rendang hati.saya tak suka rendang hati dan saya memang tak suka makan hati,rasanya aneh dan sangat jelik.nenek sayangkan saya tapi nenek tak pandai nak tunjukkan kasih sayang yang sebenar.nenek datang dekat pada saya lalu memberi semangkuk penuh hati rendang untuk saya makan seorang.nenek minta saya buka mulut dan nenek menyuapkan sesudu demi sesudu rendang hati ke dalam mulut saya.



1 sudu

2 sudu

3 sudu

4 sudu

5 sudu


dan saya jadi semakin muak,tapi nenek tetap terus menyuapkan saya rendang hati yang teruk itu.saya tak mahu dan cuba menolak,tapi nenek tetap terus memaksa hingga saya sukar untuk bernafas kerana rendang hati yang sudah menutupi sepenuhnya rongga mulut saya.saya sangat marah,lalu saya menolak keras tangan nenek lalu nenek jatuh terduduk.saya meluru ke arah dapur dan mengambil sekuali penuh rendang hati yang nenek masak tadi.mulut nenek saya picit hingga ternganga dan saya tuangkan kesemua rendang hati itu ke dalam mulut nenek.selagi ada ruang saya sumbat.terbeliak mata nenek paksa telan rendang hati...sedap ya,nenek?


sedap tak?

sedap tak?

sedap tak?

sedap tak?

sedap tak?

saya tanya banyak kali nenek tak jawab nenek diam tak bergerak macam tadi.saya sedih nenek tak suka rendang hati yang saya suapkan.sampai hati,nenek dah tak sayangkan saya lagi.kenapa nenek berhenti makan,makanlah lagi saya sedih ni.kalau nenek diam saja,nanti siapa yang nak masakkan rendang hati ni lagi untuk saya?









setiap tahun makan hati
aku tak suka makan hati tak sedap
tapi kenapa ini yang nenek bagi pada aku?
sakit hati?



21 comments:

jiranmafiarussia said...

aku ingatkan td kau tukarkan ayat kat link comment, '0 comments' jadi '1 sudu' kehkeh


bersabarlah. sementara nenek masih ada. nnt dah tiada, rendang hati tu jugak yg kau rindu nnt. :)

ORLANDO AHMAD said...

gua minat kepala kambing, hati gua tak layan

JIJI YU said...

hurm..nenek nak menumpang kasih menghabiskan sisa hidup

missSenget said...

nenek rasa kau kene ikut cara dia..dia orang lama..

penjajah minda said...

nenek kau bagi makan hati ke 'hati'?

bighagenjo said...

haha,
saiko dowh~

Bidadari Syurga said...

hurmm... bila kamu diam mana nenek tahu kamu tak suka...? nenek ingat bila kamu diam dan terima suapan nenek.//.. kamu suka... tu yg tiap tahun nenek buat tu...

Bidadari Syurga said...

jgn ganas sgt tahu... cian nenek... :P

hanaahmad said...

aku pun memang tak boleh masuk dengan HATI ni. sakit hati dan lidah kalau makan. tak sedap! haha

~* chirpy_chummy *~ said...

haha..

sama dgn jiranmafiarussia, igtkan dah tukar '0 comments' kepada '1sudu'. adoiyaii..


hati x elok mkn slalu nenek!

Titisan Hujan said...

untung la kamu ada nenek
aku dh jd cucu ytim piatu tau

Asrul "iLham" Sany said...

"Biasalah, orang tua. Layankan saja," kata Ashraf yang baru menerima beberapa sms dari ayahanda yang tercinta.

delarocha said...

mau nye tak tercekik nenek ko?

Faaein Talip Roy said...

cubalah saja faham nenekmu itu.. jangan lawan dengan kekerasan nanti kau juga sakit..

suara jahat + usang said...
This comment has been removed by the author.
suara jahat + usang said...

kau tidak pernah memaafkan nenek kau bukan kerna itu kau benci akan semua segala tentangnya


kau jangan jadi seperti dia,andai kau menolak jujurnya kau lebih teruk darinya terima dan sabar

kau harus tabah buktkan kau takkan muak dan biarkan dia penat dan jemu pasti dia berhenti sendiri


harusnya kau yang patut 'habiskan rendang hati itu' biar dia tahu kau lagi tabah

PENCONTENG said...

aku kagum dengan kamu. cuba mengambil hati biarpun hanya lima suap :)

^baju kurung^ said...

yep. hati mmg xsedap. tp,apa slahnya brkorban sikit utk nenek yg mgkin xtau kamu bnci hati :)

HEROICzero said...

hahaha gila creepy !


sedap lah hati . tp cpt muak .

Ayu Azuri said...
This comment has been removed by the author.
Ayu Azuri said...

haha . kau boleh join aku buat
macam ni tiap tahun . tapi kau buat
untuk nenek kau , aku buat untuk
bapak aku . amacam ? haha