Seperti yang di rencanakan sejak sebulan lepas,aku harap kali ini membuahkan hasil yang lumayan.dan paling penting ialah kekuatan minda dan hati perlu bersatu supaya tidak bercanggah dan berantakkan seperti yang sudah-sudah.kegagalan lalu,menjadi pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dalam menyusun strategi.selama beberapa bulan lalu,semua punca kegagalan lalu telah aku kaji dan kenal pasti.ya,kelemahannya adalah "hati" kerana hati gagal untuk bekerjasama dengan minda,maka segala yang telah diatur dengan baik pada mulanya hancur.
Kala itu aku hampir berjaya melepasi zon pertama iaitu benteng pertahanan,tapi entah mengapa saat lawan mula mahu menyerah kalah,aku sendiri datang kembali menyerah diri.begitu lemah hati aku kala itu.aku tidak cukup kejam untuk menundukkan lawan malah aku terlalu mudah berasa simpati dengan tangisan.dan untuk yang kedua kali,aku berharap aku sudah cukup kebal untuk menangkis sebarang serangan.fokus utama kali ini adalah mainan psikologi.
Tuhan,
kali ini aku berharap dan berserah padamu
kali ini aku mengharapkan bantuanmu
dan untuk kali ini juga aku harap kau
beri kekuatan padaku
jika benar masih ada ruang syurga untuk aku
kau tunjukkanlah aku jalannya...