Thursday, September 29, 2011

Agenda : Permulaan




Seperti yang di rencanakan sejak sebulan lepas,aku harap kali ini membuahkan hasil yang lumayan.dan paling penting ialah kekuatan minda dan hati perlu bersatu supaya tidak bercanggah dan berantakkan seperti yang sudah-sudah.kegagalan lalu,menjadi pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dalam menyusun strategi.selama beberapa bulan lalu,semua punca kegagalan lalu telah aku kaji dan kenal pasti.ya,kelemahannya adalah "hati" kerana hati gagal untuk bekerjasama dengan minda,maka segala yang telah diatur dengan baik pada mulanya hancur.

Kala itu aku hampir berjaya melepasi zon pertama iaitu benteng pertahanan,tapi entah mengapa saat lawan mula mahu menyerah kalah,aku sendiri datang kembali menyerah diri.begitu lemah hati aku kala itu.aku tidak cukup kejam untuk menundukkan lawan malah aku terlalu mudah berasa simpati dengan tangisan.dan untuk yang kedua kali,aku berharap aku sudah cukup kebal untuk menangkis sebarang serangan.fokus utama kali ini adalah mainan psikologi.








Tuhan,
kali ini aku berharap dan berserah padamu
kali ini aku mengharapkan bantuanmu
dan untuk kali ini juga aku harap kau
beri kekuatan padaku
jika benar masih ada ruang syurga untuk aku
kau tunjukkanlah aku jalannya...


16 comments:

penjajah minda said...

cayok2~

HEROICzero said...

hati dan minda , seharus ada titik temu . jangan lupa yang itu .

pisau belati said...

sayang,
kamu benar-benar melakukannya?
apa kamu ini sudah nekad?
mampu nanti mahu menanggung akibatnya? kamu juga yang akan terluka nanti sayang...aku harap kamu membatalkan hasrat ini.sungguh aku sayang kamu tak mahu lihat kau menangis lagi sayang.

tolong,fikirkannya lagi sekali tak mahu nanti kamu yang akan menyesal di kemudian hari.

JIJI YU said...

bila ko dah nekad..minta petunjuk langkah setesunya

Nadia said...

semoga Tuhan bersamamu

monologtinism said...

amin.
bukan untuk kali ini saja.
tapi untuk setiap detik nafas tercipta

delarocha said...

hati kena keras. jangan jadi hati tisu. cepat sangat mengalahnya

ch!natsu said...

insyaAllah.. kuatkan diri.. haish terasa entry ini sgt kena ngan keadaan skang..

missSenget said...

ko jangan mudah terpedaya dengan pengaruh luar..

betul2..hati sndiri mmg penting..


aku selalu kalah dengan hati sndiri.. T__T

(the naked writer) said...

lebihkan minda 80 hati 20

Bidadari Syurga said...

sayang... Ya Malik selalu ada di depan bila jasad kamu cuba mengerang ke batil... dan jgn pernah berhenti untuk rasa sisi pandang kamu berat ke arah mana....

p/s: usaha tanpa henti harap2 DIA nampak kamu adalah istiqamah yang paling indah....

^baju kurung^ said...

good luck! jgn mnyerah, nk kata ikut kata hati pn xboleh.. juz follow the flow, n mintak guidance from Dia.

intan.maisarah said...

"hati gagal untuk bekerjasama dengan minda,maka segala yang telah diatur dengan baik pada mulanya hancur."


teruskan berusaha dan melangkah kawan..

:)

PENCONTENG said...

faiza azzamta fatawakkal alAllah.

rujuk surah ali imran.

Ayu Azuri said...

hei kawan ! guna kan mainan psikologi dan tektik indah yang telah kau mahir untuk melawan musuhmu. kuatkan semangatmu menentang serangan lawan . pelajari semangat hutan harajuku supaya kau tak goyah . semoga kau terus kuat mencorak warna-warna indah dalam hidupmu . aku doa yang terbaik untuk kau .

Siti Mashitah Saidin said...

amin. aku doakan yg baik2 sahaja untuk kamu,