Pernah pada suatu hari aku bilang pada Dia,yang madu itu ada dua jenis.Pertama - madu yang manis dan Kedua - madu yang pahit.Jadi,yang mana satu akan jadi pilihan untuk kamu? Dia diam berwajah tenang,dan ketenangan itu benar-benar membunuh aku pada waktu itu.
Aku paling tidak suka bila di paksa untuk membuat pilihan,sedangkan sudah nyata di situ hakikat sebenar aku memang tak punyan pilihan.Ini benar-benar buatkan aku rasa terseksa derita emosi hati.Begitu juga perjanjian dengan Tuhan,adakah kau tahu sebab mengapa kau di benarkan hidup di dunia ini? sedangkan kau sendiri lupa,apa dia perjanjian yang telah kau buat dengan Tuhan sebelum kelahiran dulu.
Dan sengaja aku ingin mendera psikologinya dengan memberi pilihan yang begitu.Seperti mana dulu aku pernah merasa sakitnya hati,dan aku mahu dia juga merasa perasaan yang sama seperti aku...adil,bukan?
Madu yang manis madu yang pahit
mana satu pilihan kamu?