Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Malam Minggu KLCC




malam minggu di dataran KLCC
berpusu sana sini manusia-manusia
berpacaran,berseorangan juga beramai
tak kurang juga pelawat dari negara asing
hitam putih,tinggi rendah,serata negara

malam minggu di dataran KLCC
kilauan lampu memancarkan seri
menambahkan kekaguman mereka yang
menatap gahnya dua menara yang menjadi
kebanggaan negara



malam minggu di dataran KLCC
di tengah keramaian
di depan landskap air pancut pelbagai
langit indah dengan taburan bintang
dan bulan suram di sebalik awan

buka cerita lama bab yang pertama
luah kata luah rasa lalu ketawa
tatap matanya dalam amat
lihat ada cahaya dia gembira
tapi,senyum dia buat kau sengsara


lembaran baru bab kedua
dia cerita lagi dan kau dengar lagi
ada mendung di balik senyum dia
tapi endingnya tetap buat dia ketawa
dan hati kau jadi lara

bab ketiga.....
reminder telefon tangan tarikh itu
dia senyum senang bahagia
kau pandang dia dan tunduk
hati kau parah.


semangkuk aiskrim perisa
coklat vanila dan gajus
buatan nestle
kongsi dua