Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Wednesday, October 20, 2021

Lara Hati

Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku basah ingin merasai kesejukan yang menyelimuti seluruh Alam.

Dah lama aku tak ke laman gelap ini. Kali terakhir pertengahan tahun lepas. Iya benar ini tempat aku meluah rasa saat hati sedang berdua lara. Aku sedang bersedia! Kedinginan ini membuat kan aku terasa sayu pilu. 

Hujan dan kenangan aku rindu... Benarkah aku rindu atau aku keliru? Pernah dulu aku bencikan hujan kerana banyak memori luka berlaku ketika turunnya hujan. Entahlah Mungkin aku yang terlalu ikutkan rasa. Jiwa memberi tak aku benar-benar resah. Ya Tuhan.... Dugaan apakah lagi yang akan kau berikan?




Monday, March 2, 2020

Janggal

Kau perasan tak, kita dah tak macam dulu-dulu? Rasa janggal sangat rasa asing. Kau perasan tak? Atau kau sedar tapi kau ignore kau denial.Sejak kau sibuk dengan business & politik, kita dah jarang bercakap. Maksud aku, kita hanya bercakap untuk perkara penting saja.Kadang-kadang aku Cuba memancing bicara Cuba berlawak jenaka, tapi kau sambut hambar.
Sedih aku. 
Kadang-kadang saja aku cerita telatah lucu anak-anak aku ketawa, tapi bila aku pandang pada kau.... Tak ada respond. Oh, aku cakap sorang-sorang rupanya.Jujurnya aku kecil hati tapi aku diam kan tak cakap apa-apa.Cepat-cepat aku tukar topik buat-buat Tanya pasal kerja kau Tanya pasal isu semasa. Panjang lebar kau menjawab menghurai.
Aku rasa sekarang 
Aku lebih banyak "mendengar" 
Daripada "didengar"
.
.
.
"sunyi". 







Friday, December 9, 2011

Airmata : 18 Hari Lagi



"I betul-batul sayangkan U,bilalah I dapat kahwin dengan U?"

"kita tahu,kita tak di terima,kan?

"kalau satu masa nanti U tiba-tiba tak ada,maknanya I fahamlah."

"kalau U dah ready nanti,U bagitaulah pada I okey?"

" I tau semua yang terbuku kat hati U,kan? U ada simpan apa-apa dari I?

"I dah sedia semuanya hati,mata,otak,semuanya.U jangan risau okey"










Dan saat itu aku pandang wajahnya
matanya bergenang berat
laju saja air jernih mengalir menuruni pipinya
dan aku sendiri juga merasa sebak
saat kata-kata itu di lafazkan oleh dia...

Wednesday, September 21, 2011

Kehormatan Yang Hilang

Sentap.....
biar pun hati sekeras kerikil
jiwa sekukuh waja
ada masanya retak juga
ada ketikanya cair juga

tapi tetap berpegang pada
api lawan api marak
mana biasa untuk bersama
lalu aku memilih untuk
menjadi air yang dingin




mata merenung seketika pada skrin telefon tangan terdapat 18 misscall dan 3 pesanan ringkas.tekan butang open,semua dari nombor dan nama yang sama.buka salah satu dari pesanan ringkas...baca senafas tangan menggigil menggenggam telefon menahan rasa.ada pedih di hujung hati paling dalam.pejam mata dan tarik nafas sedalamnya...baca semula dan genang.dongak ke langit,masih ego untuk membiarkan mutiara jernih berderai.


"bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! aku nak pergi pukul 5 la bodoh.apa pasal kau ni bodoh sangat hah! bodoh!"



apa rasanya jika seseorang
yang kau sayang yang kau kasih
berkata begini pada kau?

apa rasanya jika seseorang
dari darah daging dan seketurunan
cakap begini pada kau?

apa rasanya jika seseorang
yang kau hadap penuh sabar
memaki mahun begini pada kau?

apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya hormat kau
tapi mengeji kau?

apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya mengenang jasa kau
tapi langsung tidak pernah berterima kasih pada kau?

apa rasanya jika seseorang
yang kau lebihkan segalanya dari diri kau
tega buatkan kau rasa seperti mahu lari?











kau rasa sakit hati?
kecewa? dan sedih?

tahu tak,dalam pada rasa sayang
aku juga
menyimpan benci.
dalam pada rasa kasih,
aku juga
menyimpan dendam
DAN kelemahan aku adalah
bila tiap kali
aku memikirkan
kau adalah adik kandung aku.....