Showing posts with label cinta kedua. Show all posts
Showing posts with label cinta kedua. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Khabar Dari Jauh


2hari lepas W tiba-tiba menghantar mesej melalui FB katanya sekadar bertanya khabar dan perbualan itu langsung di lanjutkan hingga ke telefon tangan.Hanya mesej saja.kata W sudah terlalu lama tidak mendengar pengkhabaran aku sejak dia berkahwin dengan gadis pilihannya tahun lalu.aku tidak faham apa maksud dia kembali mencari aku hanya sekadar bertanya khabar atau apa? masakan seorang yang sudah berumahtangga masih mahu berbalas mesej dengan bekas kekasih lama hingga lewat malam?

aku cuba untuk bersangka baik tidak memikirkan yang tidak-tidak.tapi sangkaan itu meleset bila W meminta gambar terbaru aku.tapi aku beri alasan lihat saja gambar profile di FB.dia masih tidak berpuashati katanya aku memperibadikan gambar-gambar tersebut dan gambar pada profile pula tidak kelihatan dengan jelas.entah apa mahunya yang sebenar malas aku mahu panjangkan bicara.teringat kata-kata W sebelum berkahwin tahun lalu...

"kita clash dulu hanya atas angin,sebab tu still lagi ambil berat"





W bakal menimang
cahayamata pertama
pada bulan september ini...

Sunday, November 14, 2010

Selamat Buat Kamu

semalam asyik menangis hati merajuk tak terpujuk.tinggal sendiri sunyi buatkan rasa itu seperti menikam-nikam kat hati.nak tidur malam pun berlinangan airmata sampai hidung tersumbat susah nak bernafas.tidur pun tak lena bangun pagi mandi dan terus buka akaun facebook.entah kenapa jari terklick pada akaun seseorang klick gambar dan.......
.
.
.
.
.
tak tahu nak teruskan macam mana nak tulis apa hati rasa sebal sangat sakit dan perit.itu kan cuma gambar perkahwinan saja.tapi lelaki yang sedang tersenyum bahagia di sisi perempuan cantik itu amat aku kenal...selepas 2minggu perkahwinan W baru aku tahu.3 bulan lepas aku hanya tahu dia sudah bertunang tapi tak tahu bila akan langsungkan majlis.kalau aku tak buka facebook semalam,pasti hingga kini aku tak tahu yang W sudah pun menjadi seorang suami.sedih? sedih juga walaupun aku pernah bersama dia untuk tempoh 1tahun saja,kenagan tu tetap ada.tapi tetap tak boleh lawan kesedihan aku bersama I selama hampir 5tahun itu.
.
.
.
maafkan saya W mungkin agak terlewat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru.tapi saya tetap akan mendoakan yang baik-baik untuk awak.selamat pengantin baru,moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.jaga isteri awak baik-baik dan jadilah suami yang beriman dalam memimpin keluagra awak kelak...ameen.
.
.
.