Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Kehilangan



Dia...
seorang sahabat yang baik pada aku dan pada masa yang sama bagaikan seorang abang buat aku.Aku kenal dia sejak 2009 sejak aku pertama kali menulis di blogspot.Ya...satu laman blog lama yang bagaikan sudah hampir mati,yang menanti saat untuk dikuburkan.Dari laman blog berpindah kepada email kerana dia fikir mahu menamatkan penulisan di laman itu.Dan dari situ aku mula rapat dengan dia hingga kerap kali berpesanan ringkas dan berbual di talian.

Berkongsi rasa bertukar cerita tapi bersandarkan pada kepercayaan antara sahabat dan tidak pernah terlintas untuk membenih sebarang perasaan yang luarbiasa.Seperti mana aku sayang dia,sama juga dia sayang pada aku.Tapi semua itu tidak lama dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan motosikal...


19 june 2013

"Assalamualaikum...wan,ko sihat ke? aku terfikir kalau sebelum aku pindah,aku teringin mahu naik broga sama kau...boleh tak?"

"Waalaikumusalam...kau bagitahu nanti.ramai ke?"

"Tak pun...dalam 5 orang macam tu."

"Okey boleh la...ramai-ramai aku tak nak."

"Aku pun...ramai -ramai nanti buat sakit kepala je."

"Okey...cik abang kau tak ajak sekali?"

"Ah! dia mana minat semua ni."

"Ha...yelah.apa-apa bagitahu aku ye adik manis."

"Baik!"





24 june 2013
Dan itu merupakan pesanan ringkas
yang terakhir antara aku dan dia
aku mendapat tahu pemergian dia
setelah empat hari dia pergi
dan perasaan gelisah aku terjawab
bila dia langsung tidak membalas 
pesanan ringkas dan telefon dari aku lagi...

wan 2009 - 21 june 2013
AL-FATIHAH