Showing posts with label Cikgu Haji. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Haji. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Kiriman Buat Penghuni Syurga : Surat








Selamat Hari Jadi Sayang...







Assalamualaikum.....
Yang diingati masyhur tersayang,moga sentiasa berada di dalam lindungan Tuhan,ya itu sudah pasti.Kan itu juga salah satu daripada perjanjian kamu dengan Tuhan.Ini merupakan tahun kesembilan kelahiran kamu dan juga merupakan tahun kesembilan pemergian kamu.Sudah pastinya saat ini kamu sepatutnya membesar sebagai kanak-kanak yang pintar dan aktif.Tapi sayang,kakak tak berkesempatan langsung nak lihat kamu membesar di depan mata.Tapi tak mengapa,kakak redha Tuhan ambil kamu dalam usia sekecil itu,mungkin itu yang terbaik buat kamu.Supaya kamu tidak membesar dalam suasana di benci oleh keturunan cikgu haji.Ya,arwah atuk kita yang dihormati dan disegani oleh semua orang di sini.


Sayang masyhur...
tahukah kamu kakak selalu rindu dan ingat sama kamu...dan seperti selalu diari biru dan foto kamu kakak bawa ke mana saja.Ada masa tertentu kakak menangis bila terkenangkan semua hal yang berkaitan dengan kamu.Ya,terutamanya bila tiap kali kakak pulang dari sekolah,pasti kakak akan cari kamu dulu.Dukung dan bawa kamu dalam bilik dan kita sama-sama akan tertidur sampai mak datang gerakkan.Bau kamu...bau bedak bayi yang sampai sekarang kakak tak pernah lupa.Dan sejak itu,kakak lebih suka pakai bedak bayi,mahu selalu rasa yang kamu begitu dekat,biar pun tanpa jasad.


Sayang masyhur...
Untuk pengetahuan kamu,kita bakal menambah ahli baru dalam keluarga.Kamu bakal mendapat seorang lagi abang.Bakal suami kakak dan bakal abang ipar kamu...Kakak baru bertunangan dengan dia bulan mac lepas,harap kamu menerimanya dengan ikhlas biar pun kakak sendiri sebenarnya tidak pasti.Doakan kakak ya,sayang...Tapi kakak tetap yakin,yang dia adalah seorang lelaki baik yang kakak pernah kenal.Mungkin juga adalah yang terbaik di antara mereka yang lain.Mungkin kakak bakal mengakhiri zaman solo pada awal tahun depan,insyaallah...


Sayang masyhur...
kakak taqwa bakal menamatkan semester akhirnya pada bulan depan,dan kini sedang berperang dengan peperiksaan akhir.Doakan kejayaan untuk dia ya,karena kakak menaruh harapan yang tinggi pada dia sebagai orang pertama yang berjaya menamatkan ijazah pertamanya.Kamu tahu,kakak taqwa orangnya pintar setiap semester tidak pernah mengecewakan dan selalunya dalam senarai dekan.Dia juga sudah menghantar permohonan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.Kakak harap permohonannya di terima,sebolehnya kakak mahu dia terus belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi.


Sayang masyhur...
Bercerita tentang abang mulia,kakak tak tahu harus berbuat apa lagi untuk bantu dia.Kalau sebelum ini dia mendapat tawaran politeknik kuantan,jurusan diploma teknologi makanan.Tetapi kerana tidak minat,dia lalu berhenti dan memohon jurusan diploma kulinari.Tapi tawaran yang di terimanya adalah diploma kejuruteraan,dia terlalu kecewa dan membuat keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM subjek bahasa inggeris pada hujung tahun ini.Kamu jangan risau,biar pun abang mulia tidak bekerja di luar,tetapi dia punya bakat dalam masakkan.Dan dari bakat itu dia mengambil tempahan sebagai pembekal makanan beku secara kecil kecilan.Kamu tahu,abang mulia dan kakak taqwa merupakan orang yang paling rajin ke dapur.Doakan cita-cita abang mulia untuk menjadi seorang tukang masak profesional,tercapai.


Sayang masyhur...
Kakak terakhir kamu,cerdik...Ya,sesuai nama itu buat dia.Seorang yang pandai berdikari dan mudah menyesuaikan diri.Seingat kakak,belum pernah kakak menguruskan sesutau perkara buat dia.Melainkan tahun lepas,semasa dia sedang sibuk dengan PMR.Kakak cerdik orangnya mudah naik marah,tetapi istimewanya dia mudah sejuk tanpa perlu di pujuk.Tidak seperti kakak taqwa dan abang mulia yang rajuknya makan berhari-hari lamanya.Ya,mungkin saja...karena mereka lebih lama di manjakan hinggakan kadang kalanya mereka terlupa yang mereka masih punya seorang adik bongsu.Dalam kakak tak sedar,sebenarnya kakak cerdik sudah berusia remaja,tahun depannya bakal mengambil SPM,tetapi kakak masih melayannya seperti dia masih lagi kanak-kanak.


Sayang masyhur...
Yang terakhirnya buat mak dan ayah...Kamu tahu yang mak dan ayah sangat sayangkan kamu.Dan mereka selalu saja mendoakan kesejahteraan buat kamu.Kalau dulu,tak ada sesiapa pun yang berani sebut tentang kamu.Tapi sekarang keadaan sudah bertambah baik ada masanya cerita tentang kamu di sebut-sebut untuk di kenang.Mak sudah tidak mudah sebak lagi macam dulu...Dan ayah kita bakal menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.Ayah bercadang mahu menguruskan tanah ladang yang terbiar.Baik juga kurang-kurang hasilnya boleh dijadikan pendapatan dan mungkin untuk di nikmati sendiri.


Sayang masyhur...
Kakak janji pada kamu,akan terus menjaga keluarga kita akan bahagiakan mereka.Kakak tak akan biarkan sesiapa cuba nak menghina keluarga kita pandang rendah pada keluarga kita.Sungguh keluarga kita bukan orang berada,tetapi kakak senang begini semua merasa bahagia bersama.Dan kakak rasa kamu pun tahu bagaimana layanan nenek dengan keluarga kita.Kakak dah biasa sejak kecil lagi hingga kini pun nenek masih lagi mahu atur semua perjalanan hidup anak cucunya.Hinggakan soal jodoh kakak taqwa pun dia mahu ikut campur.Tak mengapa sayang ini janji kakak,dan kakak tak akan biarkan nenek atur segala mengikut kemahuan dia.


Sayang masyhur...
Sampai di sini saja karangan panjang ini buat kamu.Insyaallah jika berkesempatan lagi,kakak pasti akan mengutuskan kiriman surat buat kamu lagi.Ya,selagi kakak masih punya waktu masih punya nyawa dan terus meminjam udara Tuhan.Doakan yang baik-baik buat kami,moga nanti kita akan berkumpul sebagai keluarga yang sempurna satu masa nanti.Janji ya,kamu akan tunggu.














Dikirim dari dunia  derita.....
17 june 2012
selamat ulang tahun sayang...





Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi : Surat



Selamat Hari Jadi...
Moga Panjang Umur,Murah Rezeki
Dan Hidup Lebih Diberkati Allah Hendaknya
Ameen...



Buat Masyhur tersayang :-

Assalamualaikum.....
Sayang,sihat? harap begitulah moga hidup kamu selalu di limpahi rahmat dari yang ESA.lama sudah tidak bertemu hati semakin rindu saban hari saban waktu sayang.ini hari lahir kamu yang ke-8 , sejak dulu tidak pernah punya peluang untuk meraikannya bersama keluarga.bagaimana agaknya kehidupanmu di sana sayang? sudah tentu kamu bahagia malah lebih bahagia kerana dapat merasa nikmat tinggal di dunia syurga.bertapa bertuahnya kamu sayang tak perlu bersusah dalam mengharungi hidup di dunia palsu yang di penuhi dengan parasit dan hipokrasi manusia berhati bangkai.

sayang masyhur...

tahukah kamu bertapa keluarga teramat rindukan kamu sayang sejak kamu mula menjauh lagi sayang.terutama sekali mak...biarpun pada luarnya mak nampak tenang tapi dalam hatinya sangat-sangat merinduimu.kadang kala ada saja kenangan tentang kamu yang mak ceritakan.kalau dulu,mak tak mampu nak tengok gambar kamu pasti akan ada sebak.tapi sekarang mak cuba juga cari kekuatan mungkin mak sudah redha dan terima hakikat.ayah pula...memang rasa serba salah sangat pada mulanya dan alhamdulillah ayah sudah pulih semula.dan kewajipan kakak adalah buat mak,ayah dan keluarga kita gembira dan bahagia.


sayang masyhur...
cahaya masyhur itu nama yang kakak pilih untuk kamu dulu dengan harapan kamu akan sentiasa dihargai selalu.biarpun dimana kekurangan kamu,keluarga kita tetap terima kamu sebagai insan yang sempurna,malah lebih sempurna lagi dimata hati kami sayang.tak kira berapa besar pun penghinaan orang terhadap kamu,kita tetap akan pertahankan.jangan risau ya,sayang...kakak tahu keluarga nenek tak sukakan kamu malah memandang kamu dengan pandangan yang amat berbeza.seingat kakak,nenek tak pernah sentuh kamu apalagi mahu dukung dan peluk cium kamu.tapi mujur...hanya ucu saja yang memahami yang menerima kamu sebahagian dari keluarga cikgu haji.


sayang masyhur...

kakak rindu...rindu sangat-sangat pada kamu genab umur kamu 8tahun sebaya dengan anak ibu dan mak andak.darjah 2 mereka dah ke sekolah pun sayang...hajat kakak tak kesampaian tak sempat kakak nak sekolahkan kamu tengok kamu dalam unifrom putih biru.tak dapat tengok kamu berlari-lari riang bila kakak datang ambil kamu.kakak teringin sangat sayang...bila kakak tengok budak yang sebaya kamu,hati kakak jadi sayu dan rindu.kakak rindu nak peluk cium kamu macam dulu nak ajar kamu ketawa dan senyum.walaupun susah,lama-lama kamu jadi pandai bila kita sama-sama ketawa.

sayang masyhur...

kakak ingat lagi bila kali terakhir kita jumpa dulu...masa tu kakak ada program kat sekolah dan pada masa yang sama kamu akan jalani pembedahan ,akak rasa berat hati nak pergi.tapi mak ayah beri keyakinan yang semuanya akan selamat dan kakak mengharapkan hadiah pada ulang tahun kelahiran kakak nanti,adalah senyuman kamu.tapi kakak kecewa...kamu pergi tinggalkan kakak dengan janji yang belum terlaksana.kepulangan kakak kamu sambut dengan senyuman kaku yang pucat membiru.kakak sentuh pipi gebu kamu sejuk kamu bisu.dan kakak meraung di situ sayang...terketar seluruh badan kakak masa tu bagaikan lumpuh.


sayang masyhur...

sejak kamu pergi,kakak bagaikan hilang semangat susah kakak nak terima hakikat ini.kakak kesal sangat-sangat sebab tak dapat habiskan masa sepenuhnya dengan kamu.sedangkan di masa lapangnya kakak banyak buang waktu untuk hal-hal yang tidak ada kepentingannya.sungguh kakak kesal tak dapat nak maafkan diri sendiri rasa bersalah sangat takut kamu benci dan marah pada kakak.selimut biru kamu masih kakak simpan bila rindu kakak cium dan dakap macam kakak dakap kamu dulu sayang.jangan benci dan marah pada kakak ya,sayang.


sayang masyhur...

selama beberapa tahun tanpa kamu,kakak cuba belajar untuk terima hakikat ini terima ketentuan ini.ini takdir buat kita hanya dapat bersama untuk sementara...mungkin ini jugalah yang terbaik buat kamu.supaya kamu tak menderita sepanjang hayat hidup di kelilingi parasit dan juga manusia pemakan bangkai.mungkin TUHAN tak mahu lihat kamu derita berseorangan bila masa kakak dan keluarga pergi dulu sebelum kamu.khuatir kamu tak mampu berdiri sendiri takut nanti akan ada yang cuba menganiaya kamu tanpa sedar.maka kakak redhakan pemergian kamu,kerana kakak yakin kamu di sana akan di beri jaminan hidup bahagia.


sayang masyhur...
adakah peluang untuk kakak jumpa kamu selain daripada mak dan ayah? kakak berharap sangat kamu beri peluang itu...tolong beritahu pada TUHAN,izinkan kakak bertemu dengan kamu bersama mak dan ayah juga kakak-kakak dan abang kamu.kakak tahu di sana tempat yang abadi tempat yang aman tanpa nafas hasad dengki.janji dengan kakak ya sayang,kamu akan tunggu kami ke sana bertemu dengan kamu...kakak janji akan sayangkan kamu sampai nadi kakak terhenti sampai kakak dihidupkan kembali di tempat abadi itu....





cahaya masyhur
17 june 2003
selamat ulang tahun sayang...

Saturday, June 4, 2011

Panggilan Pagi



Awal pagi itu dapat pesanan ringkas dari taqwa di telefon tangan.Hairan kerana jarang sekali taqwa bangun seawal pagi ini semata-mata untuk menghantar pesanan ringkas pada aku.Taqwa mengadu,yang ibu berkali-kali menghubunginya dan ibu juga menghantar pesanan ringkas kepadanya.Taqwa resah dan serba salah untuk membalas pesanan itu,lalu bertanya pendapat pada aku.


"Ibu mesej dan call.tapi aku tak jawab.tak balas lagi mesej dia.
aku nak balas apa ni? ish apa dia nak,nak ajak kenduri ke..
apa nak balas ni,aku belum cari hadiah kahwin bahyah lagi ni."


Lalu aku minta taqwa menghantar pesanan itu kepada aku.dari penilaian aku ibu sudah tentu ada sesutau berkenaan dengan nenek.samada ibu mahu datang ke rumah untuk menziarah atau mungkin juga ibu mahu taqwa datang ke rumah nenek.jarang sekali ibu menghantar pesanan ringkas kepada taqwa,melainkan jika ada sesuatu yang berkait dengan nenek.aku hanya mengagak berdasarkan apa yang aku rasa dan cara mereka memandang keluarga kami.

ya,taqwa lebih di beri perhatian berbanding yang lain kerana mereka beranggapan taqwa punya masa depan yang cerah.Dan mereka bangga kerana taqwa akan terus mengharumkan nama baik keluarga arwah cikgu haji.dan ini seringkali menjadi beban dan tekanan buat taqwa untuk terus mengekalkan prestasi terbaiknya di universiti dengan taraf "dekan".ada kala aku simpati dengan taqwa dia tidak mampu untuk membantah kerana mengenangkan budi yang di tabur mereka pada taqwa dulu...




aku bukan angkuh sombong
bukan juga si kera sumbang
cumanya aku tidak mahu menjadi
boneka juga patung yang di arahkan
aku tidak mahu termakan budi
kelak nanti memakan diri.

Thursday, May 5, 2011

Terkongkong


Tahu apa makna rasa terkongkong bila segala gerak geri kau diperhatikan.segala perlakuan kau dirakamkan dan di catat.ke sana ke mari kau di lihat dan di kenal orang.tak perlu terlalu menonjolkan diri orang akan tahu juga hatta kau cuba sembunyi pun.

Hidup seorang aku tak seindah yang orang lain lihat dari kanta mata luaran.tahu tak,dengan membawa nama keluarga ini aku rasa bagaikan satu beban.ya,ini beban buat aku bila ke sana ke mari kau akan di kenali orang.pergi ke pasar,bengkel kereta,driver bas mahupun konduktor bas,pakcik tukang sapu,pegawai bank dan semualah yang ada di daerah ini.aku bosan bila ada yang bertanya tentang latar belakang keluarga dan nama keluarga aku.aku tak pandai menipu,hanya angguk dan senyum jawapan terbaik.

iras wajah seperti anak bongsu cikgu haji.masakan aku boleh menafikan jika sudah terang-terang begitu.anak bongsu cikgu haji adalah adik kepada ayah iaitu ucu aku.ya,sana sini orang bercerita tentang kebaikkan arwah cikgu haji semasa hayatnya.sana sini orang bercerita tentang hidup seseorang yang disegani yang diamnya di masjid lunak suaranya memperdengarkan ayat suci itu.semua tahu siapa dia cikgu haji semua tahu siapa dia anak cucu cikgu haji.dan aku selalu rasa tersepit bila berhadapan dengan situasi begini,rimas.

tahu kenapa aku tidak pernah merasa bangga menjadi sebahagian dalam keluarga ini? kerana aku tidak seperti mereka yang lain yang lebih berjaya dan mendengar kata nenek.aku seorang pembangkang tidak suka diuruskan.dan sebab itu sering aku dipinggirkan aku tidak mahu terlalu termakan budi.aku sudah penat menjadi boneka.kenapa segala urusan hidup perlu datangnya dari nenek? soal kerjaya,hidup dan jodoh juga perlukan izin dari nenek? aku sudah bosan hidup dengan membawa nama ini aku ingin bebas! kalaulah arwah atuk masih hidup lagi,rasanya tak perlu aku rasa tersepit begini...







dulu kerjaya dan sekarang jodoh
semua diuruskan semua ditentukan
kenapa aku perlu jadi bodoh
dengan mengikut telunjuk orang?
*sigh

Friday, October 29, 2010

Ayah

Lupakan tentang aku sejenak mahu cerita tentang ayah.ayah yang aku kagumi yang banyak berkorban untuk kami selama ni.sanggup bersusah untuk kami berlapar kerana kami bersengkang mata untuk penuhi kehendak kami...eh,kehendak adik-adik.

.

ayah lahir pada 23 julai 1956 layah lahir lebih dulu sebelum malaysia merdeka.sedar tak sedar usia ayah semakin meningkat dan tahun depan ayah akan tamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.sebenarnya ayah punya peluang lagi 1tahun untuk sambung kerja tu,tapi kudrat ayah semakin kecil ayah tak mampu.lebih-lebih lagi tugas yang di berikan pada tahun depan lebih berat lagi.tak faham aku,ayah yang setua ini di berikan kerja yang berat sangat tak bertimbangrasa!

.

kata ayah selepas ni dia nak usahakan tanah terbiar kat dusun mahu bercucuk tanam katanya.kesian ayah,adik-adik semua masih belajar sudah tentu agak sukar kehidupan kami selepas ini.dan sedah tentu khidmat aku akan lebih diperlukan untuk membantu.ayah tak sekuat dulu aku tahu ayah sakit sebenarnya tapi ayah berdegil tidak mahu membuat rawatan.beberapa tahun yang lalu,ayah mengadu sakit pada bahagian perut kerana tidak tahan ayah memandu sendiri ke klinik.mak suruh minta bantuan untuk jiran hantarkan,tapi ayah berkeras mahu memandu sendiri tak mahu susahkan jiran pada lewat malam itu.

.

doktor suspek ayah ada batu karang dan minta ayah dapatkan rawatan susulan di hospital,tapi ayah tak pernah ke hospital.katanya sudah tidak sakit lagi...aku risau sangat.harapnya tuhan sembuhkan penyakit ayah aku takut sangat kalau apa-apa terjadi pada ayah.

.

aku bukanlah seorang yang rapat dengan ayah,tapi aku boleh membaca hati ayah dan memahami ayah,sungguh ini bukan riak.dalam adik beradik,aku memang tidak rapat dengan ayah berbanding taqwa dan cerdik.aku jarang bercakap dengan ayah apalagi bergurau senda.aku hanya bercakap dengan ayah bila perlu hanya perkara-perkara penting saja.lagi pula aku jarang dapat berjumpa dengan ayah.ayah jarang balik rumah sebab kerja dan aku hanya dapat jumpa ayah pada hari minggu saja itu pun jika aku pulang ke rumah kerana cuti.

.

ayah jenis selalu berlembut hati tidak pula terlalu garang pada kami dan teramat jarang mahu marah.seingat aku,kali terakhir ayah memegang rotan adalah tika umur aku 10tahun.dan aku adalah anak yang sering mendapat hadiah dari rotan ayah.pukulan ayah tak kuat,langsung tidak pernah tinggalkan kesan birat.seakan tidak memukul,hanya sekadar menyentuh maksud aku lebih kepada gertak,tapi tetap terkesan kat hati aku.aku tahu ayah tidak mahu menyakiti apalagi mencederakan dan itu adalah cara ayah mengajar.kata mak,ayah sangat sayangkan anak-anaknya dan selalu melebihkan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri.mahu memukul tidak sampai hati.

.

ayah rajin ke masjid bila ada kesempatan dan selalu pula mengaji Al-quran.dalam kereta ayah,tak pernah aku dengar ayah memasang radio.yang ada hanyalah dendangan ayat-ayat suci al-quran.itu yang menjadi peneman di kala ayah memandu,tak kisah seberapa jauh pun perjalanan hanya ayat Al-Quran yang akan kedengaran di dalam kereta.dirumah sewa,ayah jarang berada di rumah ayah akan ke masjid setiap hari bila habis waktu kerja.ayah belajar mengaji,bukan bermakna ayah tidak tahu mengaji.tapi kata ayah,mahu mendalami ilmu agama,harus punya banyak guru dan rujukkan.memang benarlah iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.sungguhpun ayah orang masjid,tapi tidak aku.aku ada kalanya lalai juga ibadah pun masih banyak yang perlu di perbaiki.

.

ayah aku ayah terbaik pada hati aku,bertanggungjawab dan penyayang.ayah boleh memasak dan selalu memasak nasi goreng belacan kegemaran mulia.paling sedap sambal goreng belacan ayah.tak mengapa tak ada lauk lain,sambal goreng tu pun dah cukup buatkan kami tambah nasi berkali-kali.kuih ketayap buatan ayah lemak manis dan cantik rupa,sampaikan cikgu sekolah tadika tu selalu tempah sampai beratus biji untuk majlis.ayah rajin tolong mak kat dapur,sungguhpun ayah bekerja di luar ayah tetap rajin tolong mak kat dapur.ayah suka bekebun,kat belakang rumah macam-macam jenis pokok di tanam ayah.dan selalunya pokok yang ayah tanam memang menjadi dan jarang sekali ada yang mati.

.

ayah tak pernah mahu mengongkong hidup kami ayah berikan kebebasan kepada kami secara mutlak.ayah beri kebebasan untuk kami memilih hidup asalkan tidak menyusahkan diri.sebab itu aku berasa agak senang dapat melakukan apa saja pekara yang aku sukai terutama berkaitan dengan sekolah.kata mak,semasa zaman sekolah ayah,hidupnya terbatas oleh nenek segala aktiviti di pantau.nenek tidak suka ayah aktif dalam olahraga dan badan berunifrom,sampaikan soal kerja dan jodoh pun nenek yang mahu tentukan.ayah pernah rasa begitu dan ayah tidak mahu anak-anaknya rasa sama seperti ayah dulu.ayah hanya mahu lihat kami gembira dan senang hati.

.

aku sangat hargai jasa ayah tapi aku sedih setiap kali pandang wajah tua ayah.ayah semakin tua dan kudratnya semakin berkurangan.dan aku sebagai anak yang tak berguna ni,apalah ada untuk membalas.pelajaran tak tinggi kerja pula ala kadar langsung tidak dapat senangkan mak ayah tidak dapat mewahkan mak ayah.sedih sangat ayah dan mak bersusah besarkan aku tapi apa yang dapat aku balas? wang bulanan yang aku beri pada mak tu pun sebenarnya tidak mencukupi...

.

.

.

.

Tuhan,berilah kemudahan
dalam urusan seharian ku
kuatkan hati ku,tetapkan hatiku
sesungguhnya aku lemah tanpamu

.

.

.

Wednesday, September 8, 2010

Aku Ibarat Sampah

Lebaran semakin menghampairi lagi beberapa hari dan aku masih resah.aku bukan kisahkan persiapan untuk diri apa yang penting adalah keluarga.tentang aku tak perlu di kisahkan sangat yang lama-lama masih elok untuk di guna pakai semula.aidil fitri apa yang istimewanya aidilfitri semakin lama hari sepatutnya menjadi hari gembira,menjadi hari yang sangat sadis.terutama apabila aku terpaksa berhadapan dengan keluarga di sebelah ayah.kekuatan mental perlu di persiapkan segala jawapan untuk soalan cepumas yang bakal di lontarkan perlu aku sediakan dengan serapinya.jawapan haruslah penuh dengan keyakinan tanpa sedikit kegagapan.itu yang sedang aku peningkan sejak beberapa hari ini.aku perlu kuat untuk menghadapi segala bentuk cemuhan dan sindiran tajam.setiap kali tibanya musim perayaan pekara yang paling tidak aku sukai adalah bila terpaksa melawat ke rumah di sebelah ayah.kediaman yang menjadi tempat berkumpul semstinya rumah nenek.
.
sudah menjadi graduan? diploma atau ijazah? sudah kerja,berapa ribu gaji sebulan? ah,soalan yang sama setiap tahun dan jawapan aku masih sama,begitu.benci bila di sindir bagitu nampak sangat aku bakal di pinggirkan sejauh berbatu.mengaku saudara di depan orang hanya akan memalukan status mereka sebagai "cucu arwah cikgu haji" kadang kala aku berasa kesal di lahirkan di dalam keluarga berstatus begini.ke mana aku pergi apa yang aku buat seakan menjadi perhatian hanya kerana aku dari keturunan "arwah cigku haji".kadang-kadang bila orang bertanya aku selalu saja nafikannya aku tidak mahu di kenali oleh sesiapa.cukuplah mereka kenal aku sebagai orang biasa.
.
lebih sedih agi aku seakan di pinggirkan kerana tak berpelajaran tinggi seperti mereka.kerja hanya makan gaji dengan pendapatan ala kadar.berharta jauh sekali kerana ayah bukanlah bergaji besar.taraf ekonomi keluarga hanya setakat sederhana cukup-cukup untuk menampung kami semua.dan adakalanya masih tidak cukup dan itu membuatkan aku tambah tekad untuk melupakan hasrat untuk terus belajar.aku kesian tengok mak turut sama kerja untuk bantu ayah tambahkan pendapatan keluarga.nampak sangat aku macam seorang anak yang langsung tidak berguna.langsung tidak menjana apa-apa untuk mak dan ayah kalau aku tak wujud,mesti mak dan ayah tak terbeban begini.
.
mak ayah,maafkan orang sebab tak dapat realisasikan impian mak dan ayah.tak dapat menjadi kebanggaan mak dan ayah orang langsung tak dapat senangkan mak ayah tak dapat bahagiakan mak ayah macam orang lain.maaf tak dapat balas jasa mak ayah dengan sebaiknya orang gagal jadi contoh tauladan pada adik-adik.orang memang selalu gagal sejak dari sekolah lagi.kesian mak ayah selalu je terpaksa dengar cemuhan dri N.terpaksa tahan telinga kena marah selalu dengan N kerana orang tak dapat bagi apa-apa untuk mak ayah.sedih bila tiap kali berkumpul di rumah nenek aku akan pandang wajah mak dan ayah.aku curiga setiap kali N berbual dengan mak dan ayah.aku curiga kalau-kalau N marahkan mak dan ayah lagi maki hina mak ayah lagi.aku jadi sayu hati kalau N caci mak ayah lagi mak ayah tak bersalah apa-apa pun.
aku memang anak yang teruk tak berguna gagal kadang-kadang aku benci diri sendiri i hate mayself!
.
Ya ALLAH kenapa aku menangis lagi ni berat sangat...

Wednesday, September 1, 2010

Dugaan

.
Semalam chek angka di ATM,berpaling dan sedikit mengeluh berat nafas bagaikan tersekat.hasil bulanan semakin berkurangan rasa sangat tertekan.pagi tadi dapat panggilan...
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalam...
.
sibuk ke?
.
tak lah dah rest time pun.
.
ada duit tak?
.
ada
.
berapa?
.
dalam rm....
.
boleh bagi pinjam?
.
nak berapa?
.
rm....minta tolong tukar duit baru di bank
.
ok,nak tukar berapa?
.
rm10 & rm1....nanti ayah bayar balik
.
ok jap lagi orang pergi
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalm...
.
.
.
itulah duit terakhir yang aku cuba pertahankan untuk sampai hujung bulan ini.belum tolak bagi mak dan adik2.tapi ayah sudah minta bantuan tak akan aku nak mengelak dan aku terpaksa tipu ayah dengan mengatakan yang aku masih punya baki duit dari hasil lain.rasa nak menangis je...masa keluarkan hasil dari perut ATM mata terasa panas dan sedikit bergenang.lagi-lagi masa beratur tunggu giliran untuk tukar duit tu.tapi bila aku fikir balik,ada baiknya aku tangguhkan pengajian aku.kalaulah time ni aku masih berada di kolej sudah tentu ayah rasa terhimpit sangat.ada aku bekerja sekurang-kurangnya dapat ringankan beban ayah.
.
aku kesian tengok ayah kerja siang malam duduk jauh-jauh makan minum tak terjaga tinggal pula kat bilik kecil.rasa sedih sangat mengenangkan ayah bila tiap kali ayah balik rumah hujung-hujung minggu,aku dapat tengok wajah ayah yang kepenatan bekerja cari rezeki.lebih lagi nak raya ni lagi sesak poket ayah.aku tak suka hari raya sebab aku nampak ayah susah sangat setiap kali tiba hari raya.ayah terpaksa spend duit raya untuk anak-anak buahnya kalau setakat rm1 seorang tak apa.tapi lebih daripada duit belanja harian aku masa sekolah dulu.
.
aku pernah tanya mak kenapa nilai duit raya untuk anak buah mak dan ayah berlainan.anak-anak buah ayah perlu bagi lebih walaupaun sudah bekerja,sedangkan anak-anak buah mak bagi sikit dan tak perlu bagi kepada mereka yang sudah bekerja.mak jawab bahagian anak-anak buah mak tak perlu di kisahkan sangat.tapi bahagian anak-anak buah ayah perlu lebih sedikit kerana taraf.mak tak mahu nanti ayah di kata belakang-belakang oleh saudara mara.aku sedih dengar mak jawab begitu kenpa mereka tak boleh nak faham keadaan ayah bagi aku mereka punya segalanya dan tak perlu nilai duit dari ayah.kenapa langsung tak ada yang punya hati bertimbang rasa walau sedikit pun pada ayah?
.
Ya Allah kenapa aku menangis ni..........