Friday, October 29, 2010

Ayah

Lupakan tentang aku sejenak mahu cerita tentang ayah.ayah yang aku kagumi yang banyak berkorban untuk kami selama ni.sanggup bersusah untuk kami berlapar kerana kami bersengkang mata untuk penuhi kehendak kami...eh,kehendak adik-adik.

.

ayah lahir pada 23 julai 1956 layah lahir lebih dulu sebelum malaysia merdeka.sedar tak sedar usia ayah semakin meningkat dan tahun depan ayah akan tamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.sebenarnya ayah punya peluang lagi 1tahun untuk sambung kerja tu,tapi kudrat ayah semakin kecil ayah tak mampu.lebih-lebih lagi tugas yang di berikan pada tahun depan lebih berat lagi.tak faham aku,ayah yang setua ini di berikan kerja yang berat sangat tak bertimbangrasa!

.

kata ayah selepas ni dia nak usahakan tanah terbiar kat dusun mahu bercucuk tanam katanya.kesian ayah,adik-adik semua masih belajar sudah tentu agak sukar kehidupan kami selepas ini.dan sedah tentu khidmat aku akan lebih diperlukan untuk membantu.ayah tak sekuat dulu aku tahu ayah sakit sebenarnya tapi ayah berdegil tidak mahu membuat rawatan.beberapa tahun yang lalu,ayah mengadu sakit pada bahagian perut kerana tidak tahan ayah memandu sendiri ke klinik.mak suruh minta bantuan untuk jiran hantarkan,tapi ayah berkeras mahu memandu sendiri tak mahu susahkan jiran pada lewat malam itu.

.

doktor suspek ayah ada batu karang dan minta ayah dapatkan rawatan susulan di hospital,tapi ayah tak pernah ke hospital.katanya sudah tidak sakit lagi...aku risau sangat.harapnya tuhan sembuhkan penyakit ayah aku takut sangat kalau apa-apa terjadi pada ayah.

.

aku bukanlah seorang yang rapat dengan ayah,tapi aku boleh membaca hati ayah dan memahami ayah,sungguh ini bukan riak.dalam adik beradik,aku memang tidak rapat dengan ayah berbanding taqwa dan cerdik.aku jarang bercakap dengan ayah apalagi bergurau senda.aku hanya bercakap dengan ayah bila perlu hanya perkara-perkara penting saja.lagi pula aku jarang dapat berjumpa dengan ayah.ayah jarang balik rumah sebab kerja dan aku hanya dapat jumpa ayah pada hari minggu saja itu pun jika aku pulang ke rumah kerana cuti.

.

ayah jenis selalu berlembut hati tidak pula terlalu garang pada kami dan teramat jarang mahu marah.seingat aku,kali terakhir ayah memegang rotan adalah tika umur aku 10tahun.dan aku adalah anak yang sering mendapat hadiah dari rotan ayah.pukulan ayah tak kuat,langsung tidak pernah tinggalkan kesan birat.seakan tidak memukul,hanya sekadar menyentuh maksud aku lebih kepada gertak,tapi tetap terkesan kat hati aku.aku tahu ayah tidak mahu menyakiti apalagi mencederakan dan itu adalah cara ayah mengajar.kata mak,ayah sangat sayangkan anak-anaknya dan selalu melebihkan keperluan anak-anak berbanding diri sendiri.mahu memukul tidak sampai hati.

.

ayah rajin ke masjid bila ada kesempatan dan selalu pula mengaji Al-quran.dalam kereta ayah,tak pernah aku dengar ayah memasang radio.yang ada hanyalah dendangan ayat-ayat suci al-quran.itu yang menjadi peneman di kala ayah memandu,tak kisah seberapa jauh pun perjalanan hanya ayat Al-Quran yang akan kedengaran di dalam kereta.dirumah sewa,ayah jarang berada di rumah ayah akan ke masjid setiap hari bila habis waktu kerja.ayah belajar mengaji,bukan bermakna ayah tidak tahu mengaji.tapi kata ayah,mahu mendalami ilmu agama,harus punya banyak guru dan rujukkan.memang benarlah iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.sungguhpun ayah orang masjid,tapi tidak aku.aku ada kalanya lalai juga ibadah pun masih banyak yang perlu di perbaiki.

.

ayah aku ayah terbaik pada hati aku,bertanggungjawab dan penyayang.ayah boleh memasak dan selalu memasak nasi goreng belacan kegemaran mulia.paling sedap sambal goreng belacan ayah.tak mengapa tak ada lauk lain,sambal goreng tu pun dah cukup buatkan kami tambah nasi berkali-kali.kuih ketayap buatan ayah lemak manis dan cantik rupa,sampaikan cikgu sekolah tadika tu selalu tempah sampai beratus biji untuk majlis.ayah rajin tolong mak kat dapur,sungguhpun ayah bekerja di luar ayah tetap rajin tolong mak kat dapur.ayah suka bekebun,kat belakang rumah macam-macam jenis pokok di tanam ayah.dan selalunya pokok yang ayah tanam memang menjadi dan jarang sekali ada yang mati.

.

ayah tak pernah mahu mengongkong hidup kami ayah berikan kebebasan kepada kami secara mutlak.ayah beri kebebasan untuk kami memilih hidup asalkan tidak menyusahkan diri.sebab itu aku berasa agak senang dapat melakukan apa saja pekara yang aku sukai terutama berkaitan dengan sekolah.kata mak,semasa zaman sekolah ayah,hidupnya terbatas oleh nenek segala aktiviti di pantau.nenek tidak suka ayah aktif dalam olahraga dan badan berunifrom,sampaikan soal kerja dan jodoh pun nenek yang mahu tentukan.ayah pernah rasa begitu dan ayah tidak mahu anak-anaknya rasa sama seperti ayah dulu.ayah hanya mahu lihat kami gembira dan senang hati.

.

aku sangat hargai jasa ayah tapi aku sedih setiap kali pandang wajah tua ayah.ayah semakin tua dan kudratnya semakin berkurangan.dan aku sebagai anak yang tak berguna ni,apalah ada untuk membalas.pelajaran tak tinggi kerja pula ala kadar langsung tidak dapat senangkan mak ayah tidak dapat mewahkan mak ayah.sedih sangat ayah dan mak bersusah besarkan aku tapi apa yang dapat aku balas? wang bulanan yang aku beri pada mak tu pun sebenarnya tidak mencukupi...

.

.

.

.

Tuhan,berilah kemudahan
dalam urusan seharian ku
kuatkan hati ku,tetapkan hatiku
sesungguhnya aku lemah tanpamu

.

.

.

No comments: