Monday, November 1, 2010

Sedetik Itu

Semalam I call aku lagi katanya bosan bersendirian di rumah rehat itu.dan pada masa itu dia kelaparan kerana belum sempat bersarapan pagi.mahu keluar ke pekan,tapi katanya bosan makan seorang diri.aku dapat tangkap sesuatu dari kata-kata itu ayat I mahu memancing aku supaya keluar berjumpa dengannya.I mengadu yang kakinya cedera dan sakit selepas beberapa minit mendengar segala bicara I,dia pun mematikan telefonnya.selang beberapa saat kemudiannya I kembali menelefon aku, permintaannya berharap aku keluar menemaninya untuk makan tengahari itu.aku dah jangka memang itu yang akan berlaku,aku ragu-ragu mahu keluar atau tidak.dan akhirnya aku keluar berjumpa dengan I.
.
sampai saja berdebar hati bila melihat kelibat I yang berjalan ke arah aku.aku cuba berlagak tenang dan sebolehnya sembunyikan segala rasa pada waktu itu.daripada aku menemani dia makan hinggalah melayani segala bual dari I.sesekali mata kami bertemu I merenung tajam ke dalam mata aku dan aku resah lalu melarikan pandangan ke arah pengunjung yang sedang makan berhampiran meja kami.
.
banyak yang kami bual dan sesekali I menyentuh kisah-kisah antara aku dan dia dulu.bila hati mulai rasa sebak,aku akan pintas bicara I dengan memintanya berhenti dari terus bercerita tentang kisah itu.itu cerita luka aku dan aku tidak mahu mengenangkannya kembali.dan paling menyakitkan I menafikan kesalahannya sebagai penyebab hubungan kami retak.kata I,aku yang memutuskan hubungan itu bukan dia.dan I menyalahkan aku dalam segala yang terjadi ego sungguh I tika itu.aku mula panas hati dan membela diri dengan menunujukkan bukti kesalahan I.mudahnya dia melupakan semua itu? semua sms terakhir yang I pernah hantar dulu,aku hantarkan kembali kepadanya sebagai bukti.hanya sms itu adalah bukti kukuh yang I meninggalkan aku pada waktu itu.bertahun lamanya aku masih tetap menyimpan sms luka itu.
.
I sudah banyak berubah dan pertemuan petang semalam hanyalah menambah pedih di hati aku.adakah I sengaja mahu menyakiti hati aku semalam? adakah tujuan utama I mahu berjumpa aku adalah hanya sekadar mahu melukakan hati aku?I merendahkan aku I menuduh aku tak setia tak ada satu pun kata-kata aku yang I percaya.setiap kata yang aku ucapkan I anggap pembohongan semata-mata.aku benci I sungguh aku mulai membenci seseorang yang bernama I itu...
.
.
.
.
.
.
salah aku sendiri memperbodohkan diri
cuba untuk mengharapkan sesuatu yang
tidak pasti dan jauh sekali untuk aku capai

1 comment:

si blogger kerek said...

maybe I mcm da tesedar yg die slh,tp still ego.
maybe I tau yg ko slalu ade, so die smkin ego.

tp jgn benci sgt kat I.

bak kate rock band 'hate is a really strong word, but i really really really dont like u'