Tuesday, November 2, 2010

Terluka

I sejak saya berjumpa dengan awak tempoh hari,saya merasakan ada sesuatu yang tidak senang wujud dalam diri saya.saya tahu,tindakkan saya berjumpa dengan awak tempoh hari adalah tindakkan yang paling bodoh saya rasa.sungguh saya buat pengakuan ini seperti ada cebisan-cebisan rindu.tapi saya tahu semua itu tak mungkin,kerana semasa mata kita bertentangan saya sudah tidak nampak lagi diri saya dalam mata awak seperti dulu.renungan awak tidak bersinar seperti tahun dulu di mana saya lihat,saya ada di situ.tapi kini yang ada hanyalah pandangan angkuh dan ego seorang lelaki yang merasakan dirinya adalah betul semua.

.

pertemuan itu betul-betul buatkan hati saya sakit I.kisah kita dah mati,tapi kenapa awak cuba nak ungkit semula? pertemuan kita,surat-surat kita kenangan kita...saya sedaya upaya cuba untuk menerima bahawa yang berada di depan saya tika itu adalah orang lain,bukan awak bukan I saya yang dulu bukan! awak tahu rasa sakit tu bagaimana? bagaikan seperti hati luka yang awak rendamkan di dalam bekas berisi cuka cukup pedih kan? saya terasa mahu menangis tapi saya cuba tahankan hebatkan saya.tapi makin tahan makin sakit.saya cuba untuk menangis tapi tiada airmata yang mampu keluar kenapa?

.

saya bertekad pertemuan kelmarin adalah pertemuan pertama dan terakhir selepas beberapa tahun awak tinggalkan saya.I saya mahu melupakan awak saya mahu cernakan semua memori tentang awak.dan saya berharap awak jangan cari saya lagi jangan hubungi saya lagi.I tolonglah pergi dari kehidupan saya tolonglah tinggalkan tempat ini selamanya saya tidak mahu tengok awak lagi I sungguh saya sakit hati.Awak dah lukakan hati saya I awak tak berhati perut awak angkuh ego.awak tinggalkan saya tanpa sebab tanpa saya tahu apa salah saya awak berlalu pergi tanpa perasaan,bahkan awak hina saya lagi awak caci saya lagi kerana perempuan itu.perempuan yang baru awak kenal tak sampai setahun pun awak kenal,sedangkan saya yang dah bertahun kenal awak,ditinggalkan....

.

.

.

.

.

.

Ya ALLAH...

sakitnya hati di lukai cinta sesama insan

pujuklah hati ku dengan cinta abadi mu ya ALLAH.

1 comment:

RazKazat said...

terasa aku lah I yg dimaksudkan......