Tak sampai sebulan aku meninggalkan laman ini dan aku kembali lagi.nyata cubaan untuk berhenti blogging gagal.sengaja aku sibukkan diri dengan banyak perkara,semata-mata untuk melupakan perkara yang lain.Disember muncul untuk mengakhiri perjalanan masa 2011.ini bermakna saatnya sudah semakin hampir,dan aku sendiri rasa terlalu berat hati untuk mengakhiri semuanya.ya,ada tunas-tunas yang baru mula nak bercambah,tapi terpaksa di cabut keluar tanpa rela.
*sakit
Ada rasa asing yang membahagiakan tapi akan jadi pahit.segalanya tidak menjadi hak milik kekal.saatnya rasa itu mula nak memekar,ia jadi layu bila cahaya mentari di tarik balik kehangatannya.perasaan yang diharapkan akan berkekalan terpaksa di lupus musnahkan lantaran beberapa halangan yang tidak dapat di elakkan.kini saatnya semakin hampir,dan aku di sini hanya mampu membilang hari-hari yang berlalu dengan berlagu sendu.

sudah terlalu penat
berlari untuk hidup ini.....
berlari untuk hidup ini.....