Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Simpan




1.Hari tu,buat chek up lagi.Doktor bagi ubat lain,sebab ubat hari tu kurang berkesan.Tangan dengan kaki aku dah mula rasa sakit,selalu bergetar macam orang parkinson.Kata doktor saraf aku semakin bermasalah,jadi dia bagi ubat baru tunggu dan lihat untuk tempoh beberapa bulan lagi.Kalau masih tak pulih atau semakin teruk,aku di sarankan untuk membuat terapi mengikut jadual.

:: Bagus,aku bakal menghabiskan sisa hidup aku yang luaran nampak hidup tapi sebenarnya aku dah mati.

2.Dulu,aku selalu berharap andai aku punya kuasa perkara pertama yang aku nak buat adalah membuang semua memori yang ada dalam kepala otak.Aku nak lupakan semua memori yang pernah aku lalui dan mulakan dengan memori yang baru.Tapi bila kenyataan itu hampir berlaku,aku jadi takut...sebab hakikat sebenarnya aku tak nak kehilangan memori tentang Dia akhirnya.

:: Sebenarnya aku memang seorang yang penakut,tak cukup kuat nak hadap semua benda.

3.Tinggal lagi 2bulan lebih je Dia bakal bernikah dengan tunang Dia...Aku cemburu aku sedih aku kecewa walaupun aku tahu semua perasaan tu tak ada maknanya lagi untuk aku zahirkan.Dan dia juga masih menyimpan harap kalau satu masa nanti Jodoh itu ada untuk aku dan Dia.

:: Aku tak mampu berhenti dari terus memikirkan tentang masa itu.

4.Kehidupan yang aku lalui untuk tempoh beberapa bulan ni hanya sekadar biasa-biasa.Biarpun sedaya mampu aku cuba untuk melakukan sesuatu yang mungkin boleh meninggalkan rasa dan makna pada Dia.Tapi seringkali aku berkecil hati dan bersedih bila kewujudan aku kadang-kadang seperti tidak penting pada dia.Aku cuba dan terus mencuba tapi perhatian tu tidak selalunya ada untuk aku.Tinggal bersama tapi masih tetap sepi sendiri.....

:: Kata orang,masalah rumahtangga jangan di ceritakan pada orang.Jadi,aku akan simpan sendiri sampai reput,puashati semua orang.

5.Sebenarnya aku dah penat nak berpura-pura jadi kuat.Jadi tulang belakang jadi tongkat untuk orang lain menumpang sokongan.Nampak macam aku ni superhero penyelamat untuk hati-hati mereka yang rapuh,sedangkan aku sendiri sibuk menampal serpihan hati yang ranap.

:: Follow the flow...Takdir masih boleh berubah tetap masih ada keajaiban yang akan berlaku.Kalau tidak,usaha dan tawakkal pasti tak kan pernah wujud.






Aku harap ada keajaiban
dalam hidup yang boleh buat
aku tersenyum walau untuk seketika.....





Friday, March 1, 2013

Teman Pengganti



Berat mata penuh air mata
Berat hati penuh dengan luka
Aku tinggal dia Aku kecewakan dia
Mungkin ini bukan jodoh Aku dan Dia......

Aku tak berniat mahu melukakan hati dia apa lagi mahu meninggalkan dia.Hati aku sendiri rasa pedih seperti dihiris.Apalagi harapan yang bisa aku berikan jika semuanya sudah di takdirkan.Segalanya telah aku usahakan,sakit semua aku telankan.Apalagi yang aku harapkan jika semuanya punah tidak tinggalkan kesan.Kisah cinta ini tidak akan bersambung ke episod minggu hadapan.Inilah yang terakhir inilah penamat semuanya akan berhenti di sini.

Kenangan mengusik hati masih berbaki cinta di hati.Aku dan dia tak mungkin akan di satukan majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi akan menamatkan segala yang pernah tersimpan di dalam hati.Bunga cinta yang di semai bersama akan layu dan mati.Aku tinggal dia Aku kecewakan dia hati aku sakit terpaksa di tahankan.Menangis tak akan mengubah segala yang telah tersurat.Dia bukan jodoh aku dan dia bukan untuk aku.Apalagi jalan yang ada untuk aku mengubah semua yang telah di rancangkan?

Cuba untuk senyum cari kekuatan di sebalik hiburan.Dia pujuk hati aku untuk terima semua yang di tetapkan.Dia doakan yang terbaik untuk aku dia redhakan apa yang berlaku.Aku kaku menatap wajah tenang di hadapan yang di dalam hatinya berperang dengan macam-macam perasaan.Rasa sayang masih ada tapi tak bisa di suburkan lagi.Cinta ini harus di hentikan,ini satu kesalahan kau cari hidup kau dan aku akan cari hidup aku.Andai takdir itu masih menyebelahi kita,satu masa nanti kita pasti akan bersama,insyaallah.....





Adakalanya jodoh,
Mendahului cinta sejati.....



Saturday, May 7, 2011

Dua Darjat


N masih mengejar aku tidak pernah berputus harap jauh sekali untuk merasa jemu.demi hati dan cinta yang ikhlas katanya.tapi bagi aku semua itu tidak akan lama biar sesukar mana pun ujian yang perlu di tempuhnya.sudah nyata ayah N memang tidak sukakan aku sejak pertemuan pertama itu lagi.aku dapat tafsir dan juga menghuraikannya ayah N memang tidak akan pernah sukakan aku.tapi N masih berkeras mahukan aku bersamanya,sedangkan N sendiri sedar yang ayah nya sudah punya pilihan lain buat N.

Ya.memang nyata aku sememang sengaja mencipta jurang antara N dan aku.memang sengaja aku cari pasal ada kalanya.aku memang sengaja mahu menyakiti hati N mahu N merasakan yang aku ini sememangnya tidak pantas buat N.antara aku dan N terlalu jauh bezanya.cara hidup dan pergaulan juga tidak sama seperti keluarga N.aku ini hanya sekadar insan biasa yang tidak punya apa-apa.sedangkan N punya pelajaran dan kerja yang baik jka di bandingkan dengan aku.dan aku juga tidak berupa paras level menawan hati jika nak berdiri di sebelah N.

semakin hari N semakin sayang pada aku sedangkan aku sedang cuba untuk lari dari N.aku mahu terus pergi menjauh hingga N melupakan aku tapi itu bukan sesuatu yang mudah.aku bukan manusia kejam yang sanggup membunuh hati-hati yang tidak bersalah.tapi keadaan seakan mendesak.aku mahu N sedar antara aku dan N tak akan punya kisah yang indah di akhirnya nanti.aku harus pulangkan N ke dunia nyatanya semula.di mana permulaanya N tidak pernah mengenali seseorang seperti aku dulu...






sudah tertulis dalam buku takdir
mengapa mahu dinafikan juga?
cinta tak semestinya bersatu
suka tak semestinya akan jadi milikmu.
jika yang dicipta bukan saiz rusukmu
mana mungkin bisa di sambungkan.