Saturday, February 8, 2014

Simpan




1.Hari tu,buat chek up lagi.Doktor bagi ubat lain,sebab ubat hari tu kurang berkesan.Tangan dengan kaki aku dah mula rasa sakit,selalu bergetar macam orang parkinson.Kata doktor saraf aku semakin bermasalah,jadi dia bagi ubat baru tunggu dan lihat untuk tempoh beberapa bulan lagi.Kalau masih tak pulih atau semakin teruk,aku di sarankan untuk membuat terapi mengikut jadual.

:: Bagus,aku bakal menghabiskan sisa hidup aku yang luaran nampak hidup tapi sebenarnya aku dah mati.

2.Dulu,aku selalu berharap andai aku punya kuasa perkara pertama yang aku nak buat adalah membuang semua memori yang ada dalam kepala otak.Aku nak lupakan semua memori yang pernah aku lalui dan mulakan dengan memori yang baru.Tapi bila kenyataan itu hampir berlaku,aku jadi takut...sebab hakikat sebenarnya aku tak nak kehilangan memori tentang Dia akhirnya.

:: Sebenarnya aku memang seorang yang penakut,tak cukup kuat nak hadap semua benda.

3.Tinggal lagi 2bulan lebih je Dia bakal bernikah dengan tunang Dia...Aku cemburu aku sedih aku kecewa walaupun aku tahu semua perasaan tu tak ada maknanya lagi untuk aku zahirkan.Dan dia juga masih menyimpan harap kalau satu masa nanti Jodoh itu ada untuk aku dan Dia.

:: Aku tak mampu berhenti dari terus memikirkan tentang masa itu.

4.Kehidupan yang aku lalui untuk tempoh beberapa bulan ni hanya sekadar biasa-biasa.Biarpun sedaya mampu aku cuba untuk melakukan sesuatu yang mungkin boleh meninggalkan rasa dan makna pada Dia.Tapi seringkali aku berkecil hati dan bersedih bila kewujudan aku kadang-kadang seperti tidak penting pada dia.Aku cuba dan terus mencuba tapi perhatian tu tidak selalunya ada untuk aku.Tinggal bersama tapi masih tetap sepi sendiri.....

:: Kata orang,masalah rumahtangga jangan di ceritakan pada orang.Jadi,aku akan simpan sendiri sampai reput,puashati semua orang.

5.Sebenarnya aku dah penat nak berpura-pura jadi kuat.Jadi tulang belakang jadi tongkat untuk orang lain menumpang sokongan.Nampak macam aku ni superhero penyelamat untuk hati-hati mereka yang rapuh,sedangkan aku sendiri sibuk menampal serpihan hati yang ranap.

:: Follow the flow...Takdir masih boleh berubah tetap masih ada keajaiban yang akan berlaku.Kalau tidak,usaha dan tawakkal pasti tak kan pernah wujud.






Aku harap ada keajaiban
dalam hidup yang boleh buat
aku tersenyum walau untuk seketika.....





8 comments:

aamalinaazman said...

Begitu komplikasi sekali hidup manusia itu kan?

Sebab itulah kita manusia , dan bukan haiwan itu menjadi manusia..

adakalanya sanggup telan duri untuk senyum selebar matahari..

manakan ada manis kalau tidak telan pahit dahulu..

aku agak bola membaca keprihalan kehdupan mu..aku tahu kau kuat. Doa selalu menjadi kekuatan kau.

Bertabah kawan. Moga Dia selalu melindungi mu.
InshaAllah :)

~* chirpy_chummy *~ said...

Kawan, bersabar dan bersolatlah. Dia sentiasa ada utk kita - susah mahupun senang.

Semoga kau di limpahi kebahagiaan dgn kehadiran insan baru nanti. Inshaallah.

P/s: baby sihat?

~SaL IjOu~ said...

Aku percaya dengan keajaiban & keajaiban itu dtg dlm pelbagai keadaan..aku cuba berlapang dada dengan setiap ujian yg dtg..walopun peritnya x dpt digambarkan..aku harap ko pun begitu,kawan~

++++++++++++++++++++++++++++++++++

"An arrow can only be shot by pulling it backward..When life is dragging you back with difficulties, just imagine that it's going to launch you into something great~"

++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s : yep..agak lama aku ambil masa utk tenangkan diri.. & aku masih ada setahun lagi~

Ya-Wau-Ya-Wau-Nun said...

Hidup ini sebenarnya tiada apa²... akal dan fahaman kitalah yang membuatkan kita rasa tertekan dan terseksa..Tuhan tidak menzalimi diri kamu, bahkan kamulah yang menzalimi diri sendiri..maka, kita kena cari dan 'kenal' diri kita..

mijahRamlan said...

kau boleh. sebab tu Allah bagi. rapuh tu cuma di mulut, tapi kuat tu dari hati kawan. Allah merahmati insyaAllah..

BERMASALAH said...

Percaya. Tuhan selalu punya rahsia.-Faisal Tehrani-

kau orang beriman. layaklah diuji. senyum selalu, temanku.

maisarah sarah said...

saya sentiasa doakan awak kuat.semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat.amin

Faarihin said...

Sebagai manusia. Kadang-kadang kita rasa ujian yang diberi itu macam nak musnahkan hidup kita. Tapi kita sering aje terlupa yang ujian itu sebenarnya tanda kasih dari Tuhan yang menciptakan kita.

Kuatlah sahabat. Ketahuilah bahawa Tuhan itu lebih meyayangimu.