Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Selamat Tinggal



Esok.....
Tiada lagi banjaran titiwangsa,
Tiada lagi tasik embayu,
Tiada lagi bukit chagkat asa,
Tiada lagi kenangan di situ...

Esok.....
Tak perlu lagi kunci jam bangun awal pagi,
Tak perlu gerakkan teman sebilik lagi,
Tak perlu menguruskan rutin harian lagi,
Tak perlu menoleh kenangan di sini lagi...




Sungguh aku rindukan semua yang ada di sini,semua yang pernah menyentuh hidup aku selama hampir lima tahun di sini.Aku rindu semua tentang hidup yang aku pernah belajar di sini.Rindukan semua yang pernah menjadi kesayangan aku di sini.Dan aku paling rindukan semua kenangan tentang dia dan aku yang pernah wujud di sini......




Meneruskan hidup dengan harapan,
memang telah tiada,
Tapi aku tetap bertahan kerana,
keyakinan yang ada.....






Friday, July 26, 2013

Tamat : Surat




Petugas
................................................
................................................
SELANGOR DARUL EHSAN.


Majikan
..............................................
..............................................
.............................................
PERAK.                                                                                                 1 JULAI 2013

Tuan,

Per : Notis Berhenti Kerja

Merujuk perkara di atas, saya............................... I/C  No:  ......................., ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya  akan berhenti kerja dan meletak jawatan sebagai .................  di ...........Tuan.

2.            Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja, adalah kerana saya sudah berkahwin dan jarak di antara tempat kerja yang jauh dari rumah.Memandangkan suami saya yang kini menetap di..........,saya harus mengikutnya ke sana.

3.            Oleh yang demikian disini saya memberikan notis selama 30 hari bermula 01 julai 2013 hingga 30 julai 2013.Diharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kejasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih

Yang Benar,
…………………………………..
(...................................)

I/C NO : ............................





hampir 5 tahun aku disini
dan aku belajar semuanya disini
juga kenangan aku dan dia disini
selamat tinggal daerah kesedihan.....





Wednesday, February 20, 2013

Bebas




Akhirnya aku sudah bebas dari bebanan yang selama ini aku tanggung.Ya,awal januari lalu dengan rasminya jawatan yang aku sandang hampir 2 tahun lebih itu akhirnya di serahkan kepada ahli yang baru.Aku sudah berfikir masak-masak,pada mulanya aku di landa kerisauan takut nanti jika mereka yang memegang jawatan itu tidak mampu melakukan kerja yang terbaik malah lebih baik lagi dari aku.Tapi jika terlalu di ikutkan,aku sendiri tidak akan ke mana-mana,bah kan ia sebenarnya langsung tidak punya kepentingan pun pada aku selama 2 tahun aku bersama jawatan ini.

Dalam beberapa tahun ini,aku membuat pemerhatian dan penilaian setiap budi dari ahli.Banyak yang mengguris hati dari kegembiraan yang aku harapkan seperti ahli-ahli terdahulu.Apa yang aku lihat hanya mereka berlumba-lumba untuk mendapat perhatian dan kedudukkan tinggi tanpa memikirkan ahli junior yang lain.Memang wajar satu persatu dari ahli terdahulu mengundur diri hanya kerana (seseorang).Dan kini aku juga mengikut jejak langkah mereka yang lain dengan mengundur diri secara baik.2 tahun penantian,akhirnya peletak jawatan aku di terima...syukur

Misi seterusnya adalah kerja,ya harus aku fokuskan pada kerja dan mencari pelapis baru.Aku sudah mula membuat perancangan baru untuk berhijrah ke daerah lain untuk memulakan cita-cita yang tertangguh sejak dulu.Ini adalah hikmah yang Tuhan bagi pada aku untuk takdir yang langsung tidak pernah aku fikirkan.Ya jalan hidup yang tidak pernah aku harapkan dan yang pernah aku ragukan satu masa dulu.Tapi kini aku yakin dengan pilihan meskipun aku terpaksa melukai hati seseorang.Aku tahu rezeki,jodoh,ajal dan maut itu telah di tentukan.Tuhan tidak beri apa yang aku minta,sebaliknya Dia beri aku sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang aku minta.





Terima kasih Tuhan,
kerana mendengar aku.
Terima kasih,
untuk hadiah bernialai ini...


Thursday, January 3, 2013

Haluan





Setelah sekian lama berperang dengan perasaan sendiri,dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar haluan.Mungkin jalan ini aku akan punya banyak peluang untuk lebih ke hadapan.Dan ya,ia lebih dekat dengan apa yang aku cita-citakan sekian lama.Tahun lalu terlalu banyak perlaburan yang aku buat hingga ketahap aku terpaksa mengikat perut lantaran mengalami kerugian yang sangat banyak.Aku jadi terlalu kecewa tika itu,tapi tetap juga bertabah untuk terus bertahan walaupun aku sendiri nampak ia tak mungkin akan jadi milik aku.

Selagi ada peluang,aku rebutkan tidak mahu ketinggalan.Memang aku mata duitan meterialistik dan gila kerja.Apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah wang.Dan aku sanggup kerja tanpa cuti kerana mahukan pulangan yang lebih.Jika ada yang bilang wang tidak mampu beli segalanya,tapi buat aku,ia satu "kepentingan" dunia hari ini adalah meterialistik.Tanpa wang,kau tidak boleh berbuat apa-apa hatta mahu majukan diri sekalipun,kau tetap perlukan wang sebagai titik permulaan....






Dengan ini,
aku  berharap segalanya akan jadi
lebih mudah dari yang pernah aku
lalui setu tika dulu....

Tuhan,
aku perlukanMu...

Thursday, May 3, 2012

Kerana RM50

Kelmarin,aku menyemak baki simpanan gaji bulanan dan mengeluarkan separuh lebih daripadanya.Suku lagi aku biarkan di dalam akaun untuk tolakkan hutang bank serta kegunaan di masa sesak nanti.Mula membuat kira-kira untuk di agihkan kepada banyak bahagian mengikut senarai perkara yang paling penting.Setelah di tolak bahagi,dan jumlah yang tinggal untuk aku survive jimat hingga hujung bulan nanti hanya ada RM50.Termenung seketika,dan kembali membuat congakkan semula.Dan hasilnya tetap sama masih RM50,survive untuk sebulan.Mungkin seminggu RM10 teguk plain water banyak-banyak dan makan biskut.Paling mewah,mungkin roti atau kuih sebesar tapak tangan baby baru lahir satu hari.

Hidup aku semakin susah semakin sempit,setiap kali gaji hujung bulan pasti ada saja hala tuju nak di guna pakai sebelum sempat aku memanfaatkannya terlebih dulu.Aku juga sudah jarang bercuti dan pulang ke rumah.Lebih banyak mengambil peluang untuk mendapatkan kerja lebih masa terutama ketika hari cuti umum.Aku sudah tidak peduli jika ada yang mengata aku gila kerja,kerana paling penting bagi aku adalah hasil di hujung-hujung nanti mampu buatkan aku bernafas dengan aman.Dan mungkin juga aku terpaksa menggunakan wang dari hasil perniagaan sampingan yang telah bermula sejak enam bulan lalu.Itu juga sudah semakin susut sejak aku mengalami kerugian.Dan aku tak punya waktu untuk mencari pembeli baru.

Aku merahsiakan keadaan ini dari mak dan ayah,tak mahu mereka risaukan aku.Tunang cuba membantu,tapi aku tolak lebih baik aku selesaikan sendiri masalah aku.Lagi pula,ini mungkin silap aku sendiri kerana jarang sekali mengemaskini laporan keluar masuk barang setiap bulan.Di tambah dengan kesibukkan tugasan baru yang di beri oleh majikan,buatkan aku tak punya waktu untuk membuat semakkan.Biarpun ini hanya perniagaan kecil-kecilan,aku tetap perlukan seorang pembantu untuk membuat pemantauan kala aku kesibukkan.Selama ini,aku hanya lakukannya seorang diri saja tanpa bantuan sesiapa.Aku hanya boleh berharap yang segalanya akan selesai dengan segera.










Sudah masanya aku melepaskan
segala yang pernah aku kejarkan
dan kini adalah masa untuk aku
lebih fokus pada matlamat.....




Sunday, April 29, 2012

Rasa Salah



Hampir sebulan.....ya sejak polis F mula menghantar satu isyarat yang aku fikir salah,terus saja aku menyepikan diri tanpa membalas semua pesanan ringkas dan panggilan telefon dari dia.Mungkin dia sendiri rasa penat bila aku seakan mula menjauhkan diri daripada dia.Dan sejak itulah tiada lagi ucapan selamat pagi yang aku terima di telefon tangan seperti selalunya.Ya,aku kira polis F masih belum lagi mengetahui status terbaru aku sebagai "tunangan orang".Dan aku sendiri masih belum lagi memaklumkan perkara itu kepada dia.Setelah mendiamkan diri beberapa waktu,hari ini aku terima satu pesanan ringkas di telefon tangan dari polis F.


"Assalamualaikum awak,sorry ganggu.Tak mahu kawan
dengan saya dah? mesej saya pun dah tak ada.Barang awak
ada pada saya.Jangan risau barang saya pulangkan selepas
habis kursus nanti"


Aku rasa bersalah,hilang tiba-tiba tanpa beritahu perihal yang sebenar kepada dia.Sedangkan hakikat sebenarnya aku sendiri bosan untuk punya sebarang urusan dengan dia.Mengapa? karena aku merasakan dia hanya banyak buang waktu aku dengan janji yang tidak tentu.Bagi aku,antara aku dan dia hanya punya urusan "perniagaan" dan selain dari itu aku tidak berminat.Sedangkan dia menggunakan alasan itu untuk terus datang mendekat pada aku,berjanji akan bantu aku.Pada hakikatnya dia langsung tidak membantu,malah terus-terus saja membuatkan aku bosan dengan pesanan ringkas yang di hantarnya setiap hari hinggakan aku sendiri tidak tahu harus bicara apa lagi dengan dia.







Aku semakin bosan dengan
orang yang hanya suka berjanji
dan beri harapan tapi kosong
sedangkan aku sendiri bersusah payah
untuk memajukan perniagaan sendiri.


Sunday, September 4, 2011

Persoalan Kerjaya



Perkara yang amat menjengkelkan kala berkumpul dengan sanak saudara yang tidak memahami,adalah bila ada diantara mereka mempersoalkan tentang kerjaya aku sekarang.sepertinya aku berbuat dosa besar hinggakan ada yang memandang kerjaya halal itu adalah kesalahan terbesar buat aku.malah ada yang beranggapan aku ini seperti manusia bodoh yang masih tetap bertahan dengan kerjaya rendah seperti itu.sedangkan aku merasakan itu sudah cukup selesa buat aku asal saja ia mampu memberi aku ganjaran yang benar dan cukup untuk aku salur sedikit buat bantu keluarga aku di sana.



"kau kerja mana sekarang?"

"masih di tempat lama,tempat asal dulu"

"tapi,bukankah dulu kau belajar dalam bidang lain?"

"benar.tapi itu yang aku rasa terbaik."

"kau tak mahu cuba keluar dari sini?"

"kau fikir aku mahu ke mana?"

"di luar sana di mana menawarkan lebih ganjaran dari yang ada sekarang?"

"zaman sekarang bukan mudah untuk mencari pekerjaan"

"tapi kau punya pengalaman di tempat lama,aku kira mudah jika kau memohon dalam bidang yang sama"

"kau tak faham.aku memang punya pengalaman tapi lulusannya tidak.mereka memerlukan bukti...pengalaman saja tidak mencukupi bagi mereka"

"berapa lama kau mahu terus di sini?"

"seberapa lama yang aku mampu,lagi pun gaji aku dah naik,kenapa perlunya aku berhijrah ke tempat lain yang menawarkan gaji basic.sedangkan aku sudah stabil di sini"

"banyak sangat gaji kau,ada rm_____?"

"ada.juga aku ada imbuhan lain yang di beri oleh majikan mengikut cara kerja aku"







kau mahu aku bilang berapa kali?
setiap tahun setiap kali jumpa
hanya ini soalan yang kau ada untuk aku?
kau tahu,aku bosan?
kurang-kurang aku tidak seperti kau
menukar kerja bagaikan menukar baju
tidak pernah tetap satu-satu tempat
tapi kayanya tidak juga...


Tuesday, August 2, 2011

Susah Hidup





Hujung bulan adalah yang paling di nanti bagi sesetengah orang yang hidup bergantung pada kerja semata-mata,seperti aku.sebelum ke gudang harta wajib aku senaraikan ke semua perkara yang menjadi keperluan pada setiap bulanan.di hadapan mesin ATM aku kaku untuk beberapa saat sebelum berkira-kira berapakah jumlah yang harus aku keluarkan dari perut mesin harta tersebut.setelah di tolak tambah dengan imbuhan kelebihan yang di beri oleh majikan kerana jasa kecil aku tempoh hari,aku merasakan yang bulan ini mungkin aku dapat bernafas dengan lapang.

pulangnya aku terus mencatat dan mengasingkan semua jumlah keperluan wajib yang telah di bahagikan.dan hasilnya hanya tinggal sekeping not hijau berangka 50 untuk aku beli keperluan lainnya.di tolak bahagi untuk bahagian keluarga dan untuk hutang-hutang ansuran yang perlu aku langsaikan untuk beberapa bulan yang mendatang.nyata rezeki lebih dari majikan masih belum mencukupi untuk aku punya lebihan wang untuk di simpan.entah bila semuanya akan selesai.dan ini bermakna aku masih perlu meneruskan hidup separa normal dan mengabaikan keperluan nutrisi harian.







biskut,roti dan maggi
sudah menjadi sebahagian
daripada makanan ruji aku.

Monday, July 25, 2011

Dungukah?



datangnya tidak pernah awal
semakin lewat tak kira waktu
nak kata rumah jauh berbatu
lagi jauh rumah aku

aku sudah mulai bosan untuk terus bekerjasama dengan golongan yang sering meletakkan beban berat ke bahu aku seorang.hei,kita kerja satu tempat gaji bulanan sama banyak dapat,tapi mengapa aku yang melebih penat bersusah payah untuk syarikat? seawal pagi semua kerja aku yang buat aku yang selesaikan.dan kau datang lewat muka tak bersalah mula buat-buat sibuk.sedangkan semua kerja-kerja yang kau patut buat,aku dah selesaikan.

sialan kau perempuan! masih mahu berlagak pandai sedangkan banyak benda yang kau belum khatam lagi.mari sini aku ajar kau tengok sini tepat-tepat apa yang di katakan teliti apa makna kualiti.bengap! masih tak faham masuk telinga kanan keluar telinga kiri tengok angguk konon faham.dan esoknya kau ulang lagi kesilapan yang sama.kau tahu tak,kau ini bego tak layak sama sekali untuk terus di sini.berambuslah!





sesekali tidak mengapa
tapi kalau hari-hari
rosak reputasi.
terpaksa menebal muka aku juga!


Sunday, June 12, 2011

Hilang Semangat


3 minggu berlalu
masih terkenang-kenang lagi
tapi apa daya semua telah berakhir
dan mesej terakhir itu merupakan
peluang terakhir juga bagi aku.

Bila ada peluang besar di depan mata peluang keemasan yang terbentang luas laksana padang berharga.peluang yang bakal merubah segala.peluang yang akan merealisasikan segala cita-cita menjadi kenyataan impian menjadi hakikat.tapi di saat tangan cuba untuk meraih,pegangan tak kuat maka ia terlerai lalu jatuh terhempas.maka berkecailah ia.saat itu apa yang mahu kau tangiskan lagi? tiada apa melainkan teruskan memeluk erat apa yang masih bersisa.

Entah apa yang bersarang dalam tubuh lemah ini,aku sudah tidak kuat lagi melainkan berserah saja pada ilahi.peluang yang datang aku lepaskan saja berlalu kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu.sedangkan yang datang itu adalah cita-cita aku.mungkin juga Tuhan tidak mengkehendakkannya buat aku.maka semua itu diambilnya kembali mungkin ada sesuatu yang tidak baik buat aku.siapa tahu,itu kan rahsia Tuhan.





masih meneruskan perjalanan
yang terhenti seketika dulu
masih berada dilorong yang sama
takala lorong di sebelah lain
menutup jalannya buat aku...


Thursday, April 28, 2011

Dilema



Minggu yang sangat sibuk hingga aku terlupa banyak perkara.
dalam minda hanya fokus pada kerja dan tugas khas yang telah diamanahkan.
dan dalam pada masa yang sama juga aku diuji...
diuji untuk membuat pilihan untuk masa depan
berhari-hari aku memikirkannya
dan buntu.....
aku suka dengan kerja ini walau bukan bidang aku
tapi sejak akhir-akhir ini aku sudah mulai bosan dan jemu
ada kala aku merasa sedikit tekanan bila ada gagguan dari rakan sekerja
selain kerja ini aku juga punya komitmen pada tugas khas yang lain
memegang jawatan dalam sesuatu organisasi bukan pekara mudah
aku cuba menolak tapi mereka percaya aku boleh.
komitmen kerja dan tugas khas aku semakin penat
kertas kerja dan surat-surat rasmi masih terbengkalai tak bersentuh
aku sudah malas banyak pekara yang aku kena fikir sampai buntu
terlintas juga untuk berhenti tapi aku rasa berat nak lepaskan
rasa nak nangis tapi entah kenapa hati eggo untuk dizahirkan
aku dapat tawaran kerja lain kerja yang selama ini aku nantikan
tapi aku tak pasti apakah jaminan untuk aku ditempat baru akan lebih baik?
sedangkan di tempat lama aku sudah mulai stabil dan ini yang aku mahukan
perlu ke aku berhenti dan terima tawaran itu atau teruskan saja di tempat lama?
kerja yang aku suka belum tentu akan tawarkan aku dengan gaji yang tinggi
tapi di tempat lama gaji aku lebih lumayan lagi.
teringat pesanan dari tok ketua
jangan tamak dan buatlah pilihan bijak







aku perlu sara keluarga
aku perlukan lebih lagi pendapatan
tapi aku juga punya cita-cita
perlu korban lagi untuk kebahagiaan keluarga
atau ikut saja kehendak hati?


Friday, December 10, 2010

Perkara Bodoh

Memang betullah kata Pisau Belati,melakukan kesilapan yang sama berulang merupakan perkara yang bodoh.tahniah buat diri sendiri kerana berjaya memperbodohkan diri sendiri.lepas tu baru nak tersedar,eh kenapa aku ulang lagi benda bodoh ni? lepas tu abaikan malas nak ingat balik mulanya berniat macam nak insaf.tapi terlupa dan terus bodohkan diri untuk ulang lagi pekara bodoh macam tu.bangun pagi teruskan rutin seperti biasa seperti tidak bersalah,padahal nanti bila satu masa kau sepi sendiri,barulah nak terkenangkan dosa-dosa silam yang pernah kau buat dulu.aniaya diri sendiri barangkali...
.
oh,berita baik semalam aku sudah tidak berairmata lagi walaupun rasa down masih lagi membalut diri degil tak nak lepaskan aku.nak juga memeluk erat sampai aku sendiri lemas dan sesak nafas.memang sengaja nak buat diri aku merana berkurun-kurun...............*ayat tergantung tak tahu nak sambung apa.
.
aku terkejut tadi langsung pucat satu badan masa tengah tulis blog ni tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat stor.habis semua memori hilang tak berjejak aku beranikan diri cuba intai di sebalik pintu,rupanya ada seekor kucing panjat atas almari dan menjatuhkan sebuah kotak kosong.dan sebab itu juga ayat di perenggan kedua diatas tergantung begitu saja.tak apa ini hanya sekadar monolog dalaman orang tak tahu.kalau tahu syhh...kita diam-diam saja rahsia sampai bila-bila nanti riuh rendah kat sini kecoh satu kampung aku tak suka itu.kecoh kat sana tak apa tapi kat sini jangan sesekali nanti aku kerat lidah sorang-sorang.
.
esok raya aidil adha...eh betul ke? entah aku sendiri terlupa mungkin sebab aku hanya cuti untuk satu hari.raya sehari dan esoknya kerja seperti biasa tak rasa macam hari raya pun.tapi bagus juga tak perlu aku terlalu lama bercuti di kampung.ada juga alasan untuk aku melarikan diri dari sanak saudara yang ramai tu.eh,tiba-tiba rasa sebak...teringat pada gambar perkahwinan W hari tu.yelah rumah aku dan W tak jauh nak masuk ke taman perumahan aku,perlu melalui kawasan rumah W.aku berharap sangat aku tidak terserempak dengan W nanti.kasih masih bersisa? keliru...selepas berpisah dengan I selama beberapa tahun,aku cuba menyemai cinta bersama W.tapi bertahan untuk 1tahun saja kerana bayang I selalu datang mengganggu macam hantu.

.

.

.

.

.

2010 aku banyak buat perkara bodoh
jadi aku berharap sangat dapat mati
dengan tenang jika sudah sampai ajal nanti
eh,kenapa aku rasa macam tak ada kaitan?

Wednesday, October 27, 2010

Saya Sekaki Payung

Saya sekaki payung ye dengan bangganya sedia berkhidmat untuk masyarakat.diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi di jamin tak akan basah bila berhujan.dapat melindungkan diri dari terik kepanasan,waranty sepanjang hayat.berkeinginan untuk dapatkan saya,sila beratur dan ketuklah pintu rumah saya dengan lafas salam yang sopan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

IKLAN INI IKHLAS DARI HATI TIDAK ADA PENAJA

.
.
.
.
.
.
hari ini kerja dengan separuh hati dan separuh hati lagi aku simpan buat perkasam untuk makan malam nanti.tapi masih boleh maintain senyum-senyum lagi depan majikan dan rakan sekerja.ha.ha.ha.ha plastik sungguh!

.

bodohla aku kalau masalah pun nak bawa ke tempat kerja masalah peribadi tak ada kena mengena dengan kerja kau.sila ambil masalah tu dan bungkus baik-baik dalam plastik dan simpan di tempat yang gelap dan kedap udara supaya tak basi nanti.orang selalu kata.....

.

"berat mata memandang,berat lagi bahu memikul"

.

hey,mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul.mata just dapat pandang je apa yang dia rasa dengan melihat? just tengok je tanpa perasaan dan kau sure tak akan rasa apa-apa lepas tu.lainlah kalau kau sendiri yang pikul beban berat tu.berat sangat nak patah dah tulang bahu aku ni.kawan-kawan cakap teringin mahu jadi seperti aku muka tenang tiada masalah hari-hari boleh gelak ketawa sambil buat joke macam badut sarkas kat funfair tu.dalam hati aku menjawab,matilah kau nak jadi macam aku hidup tak tentu arah masalah bertimpa-timpa kau sanggup?

.

kita buat ujikaji untuk satu hari nak? hari ni aku jadi kau dan kau jadi aku kita tengok sejauh mana kau mampu bertahan untuk hidup seorang aku.aku berani bertaruh la separuh hari pun dah cukup untuk kau datang balik pada aku dan cakap begini...aku mengaku kalah sepanjang hayat...

.

aku bagitahu kau ini,jangan kau pandang dan nilai seseorang tu dari luaran yang kau nampak.dan jangan cuba nak jadi pakar motivasi untuk aku.tak perlu kau nak tunjuk ajar aku ini atau nak tunjuk pandai berlagak yang kau pakar dalam menyelesaikan semua masalah hati dan sakit jiwa macam aku ni.kau bukan aku dan kau tak pernah rasa hidup seorang aku semua orang ada cara nak menage life sendiri dan semua orang ada kekuatan mereka sendiri.terpulang pada kau pandai-pandai nak cari kat mana letaknya kekuatan kau sendiri.hey,aku ni dah beribu kali jatuh dan bangun tahu?

.

.

.

.

.

Tuhan...
aku selalu berharap kau
ada bila masa saja aku perlu
temani aku waktu sepi itu
pujuk hati waktu rajuk aku

Monday, August 30, 2010

Gua Bukan Benci Lu

Kerja.kerja.kerja hari-hari gua kerja tapi tak kaya.apakan daya gua dulu belajar kurang berjaya jadi di sinilah gua menapak hidup.
.
.
.
Gua penat kerja hari ni kerja berdua dengan lu.ini bukan firstime gua kerja berdua.sebelum-sebelum ni gua banyak kali kerja berdua dengan member lain.tapi gua rasa lancar jerk tak ada masalah dalaman.tapi bila tiap kali kerja berdua dengan lu,gua dapat sakit banyak,sakit hati sakit otak sakit kaki semua gua rasa sakit.gua faham lu budak baru tapi baru-baru lu pun dah nak masuk 4bulan lu kerja sini.bagi gua,alasan "pekerja baru" tu dah basi gua dulu pun pernah jadi budak baru macam lu.masuk kerja kosong tak ada pengalaman apa lagi minat.tapi sebab dah tak ada kerja lain,gua layankan je.
.
Gua tak naklah kata gua ni hebat gua pun taklah bagus sangat tapi gua harap sangat lu jangan la slow sangat.lu blur sampai melibatkan gua tak pasal-pasal gua pun blur sebab virus blur lu dah berjangkit dengan gua.lu banyangkan ada 3 tugas tapi gua terpaksa hendle semua padahal kerja boleh bahagi-bahagi.tapi blur lu punya pasal rosak reputasi gua kat sini ish menjatuhkan kerjaya gua betul.muka lu blur lu lambat pickup lu kerja slow haduh matilah hari-hari kerja macam ni.costumer dah beratur panjang macam keretapi cuba lu kerja laju sikit boleh tak?
.
gua hampir-hampir nak tengking lu tadik tapi gua fikir-fikir nanti lu benci gua pulak.terpaksa juga gua tahan sabar je walaupun dalam hati memang dah terbakar habis dah.kalau lu kerja lambat-lambat dan teliti gua tak de hal punya.tapi lu kerja slow gila dan banyak salah melambak kerja-kerja pending sebab lu slow sangat.nak tak nak terpaksa juga gua buat kerja lu.gua harap sangat pengajaran hari ni lu tak akan ulang lagi kesilapan yang sama lagi.gua pandang muka costumer semua macam tak puashati je.next time jangan berlaku lagi gua tak sanggup nak terus kerja dengan lu kalau lu masih tak berubah.