Tuesday, August 2, 2011

Susah Hidup





Hujung bulan adalah yang paling di nanti bagi sesetengah orang yang hidup bergantung pada kerja semata-mata,seperti aku.sebelum ke gudang harta wajib aku senaraikan ke semua perkara yang menjadi keperluan pada setiap bulanan.di hadapan mesin ATM aku kaku untuk beberapa saat sebelum berkira-kira berapakah jumlah yang harus aku keluarkan dari perut mesin harta tersebut.setelah di tolak tambah dengan imbuhan kelebihan yang di beri oleh majikan kerana jasa kecil aku tempoh hari,aku merasakan yang bulan ini mungkin aku dapat bernafas dengan lapang.

pulangnya aku terus mencatat dan mengasingkan semua jumlah keperluan wajib yang telah di bahagikan.dan hasilnya hanya tinggal sekeping not hijau berangka 50 untuk aku beli keperluan lainnya.di tolak bahagi untuk bahagian keluarga dan untuk hutang-hutang ansuran yang perlu aku langsaikan untuk beberapa bulan yang mendatang.nyata rezeki lebih dari majikan masih belum mencukupi untuk aku punya lebihan wang untuk di simpan.entah bila semuanya akan selesai.dan ini bermakna aku masih perlu meneruskan hidup separa normal dan mengabaikan keperluan nutrisi harian.







biskut,roti dan maggi
sudah menjadi sebahagian
daripada makanan ruji aku.

13 comments:

ghost writer said...

bertahan jer.

orang yang biasa survival,pasti ini cuma ujian yang kecil jer.

Wanz Mejuez said...

apa kata ang beli saja emas dan simpan dalam bank ar rahnu.. hehehehe perlaburan masa depan...

skandaLdariLangit said...

semua jumlah keperluan wajib yang telah di bahagiakan?

maggi. usah. usah. sedapnye. hehe

Asrul "iLham" Sany said...

megi tetap ada dalam senarai walaupun dah mampu beli makanan ruji yang lain kannn :D

(the naked writer) said...

kau mengingatkan aku kembali pd zaman survival aku tanpa makanan selama 3 hari...hanya air watercooler dan rokok berkotak2...

Bukan Cinderella said...

sabar. pasti ada hikmah utk kamu

^baju kurung^ said...

korek tabung!

JIJI YU said...

hamboi depan mesin baghu nak kira2.

Mutiara Bernilai said...

^_______^

senyum neh kamu.
moga berguguran dosa2 di setiap kali perut pedih menahan lapar..

*just, maggi tu jgn makan selalu neh.

Mutiara Bernilai said...

eh. terlupa tadi. Tuhan dah amanahkan kepada saya untuk sampaikan pada awak titipan ni,,




Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)

insyaAllah, nanti ada Suprise dr DIA

missSenget said...

asal bole hidup tanpa bergantung pada orang lain..

itu sudah cukup membanggakn bagi aku..

~Cahaya Hati~ said...

susah memang perit...
lalui saja dengan redha~

nurniyusoff said...

rezeki halal.