Wednesday, July 31, 2013

Selamat Tinggal



Esok.....
Tiada lagi banjaran titiwangsa,
Tiada lagi tasik embayu,
Tiada lagi bukit chagkat asa,
Tiada lagi kenangan di situ...

Esok.....
Tak perlu lagi kunci jam bangun awal pagi,
Tak perlu gerakkan teman sebilik lagi,
Tak perlu menguruskan rutin harian lagi,
Tak perlu menoleh kenangan di sini lagi...




Sungguh aku rindukan semua yang ada di sini,semua yang pernah menyentuh hidup aku selama hampir lima tahun di sini.Aku rindu semua tentang hidup yang aku pernah belajar di sini.Rindukan semua yang pernah menjadi kesayangan aku di sini.Dan aku paling rindukan semua kenangan tentang dia dan aku yang pernah wujud di sini......




Meneruskan hidup dengan harapan,
memang telah tiada,
Tapi aku tetap bertahan kerana,
keyakinan yang ada.....






15 comments:

Lelaki said...

kenangan yg mana ni...hehe

Selamber Rock said...

hidup mesti terus sampai mati...

syafiqakarim said...

kenapa.
harap teruskan. segala.semua

Dahlia bukan lagi Qaseh said...

tekadkan keyakinan kau
bulatkan suara hati kau

ingat

jangan tinggalkan apa yang kau percaya

kelak di penghujung ada cahaya-nya.



fasha said...

suka penulisan macam ni,,
anyway sukanyeeeeee lagu kat blog ni...

salam perkenalan =D
follow you

.FH. said...

Mohon kau terus yakin dengan sikap kau yang tak perlu menoleh kenangan di situ lagi.Teruskan selagi mampu walau harapan itu dah tiada.

t.a.t.a said...

chin up, and move forward.

reenapple said...

Apa-apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. :)

Anonymous said...

masuk je blog ni, mood terus jadi sayu. teringat semula segala kenangan dari kisah yang telah lalu.

harap kau terus kuat hadapi hidup.

life is never easy. hidup takkan indah tanpa dihiasi dugaan dan cabaran.

good luck dengan kehidupan baru di tempat yang baru.

~SaL IjOu~ said...

kita tau perjalanan ini masih panjang..
juga masih byk ranjau n rintangan..
sekurang2nya kita masih punya keyakinan..
kerana keyakinan itu yg akan terus menolak kita ke hadapan~

mega senja said...

terima kasih jenguk blog aku yang sentiasa 'berdarah' hatinya...

Miss Volvo said...

nak tanya! nak tanya! *angkat tangan*

awak ni lelaki ke perempuan?

t.a.t.a said...

*angkat tangan juga*
meh saya tolong jawab kan..


errr.... errr.... eh susahnya soalan ini..
arrgghhh sakit kepala!!!



arrghhhhh.......


boni kacak said...

dah nak habis belajar ke?

Ami Manaf said...

bertabahlah...
dan jangan pernah putus dengan tembakan doa...
moga semuanya baik-baik saja...
mendoakan yang terbaik untuk kamu...
:)