Sunday, September 4, 2011

Persoalan Kerjaya



Perkara yang amat menjengkelkan kala berkumpul dengan sanak saudara yang tidak memahami,adalah bila ada diantara mereka mempersoalkan tentang kerjaya aku sekarang.sepertinya aku berbuat dosa besar hinggakan ada yang memandang kerjaya halal itu adalah kesalahan terbesar buat aku.malah ada yang beranggapan aku ini seperti manusia bodoh yang masih tetap bertahan dengan kerjaya rendah seperti itu.sedangkan aku merasakan itu sudah cukup selesa buat aku asal saja ia mampu memberi aku ganjaran yang benar dan cukup untuk aku salur sedikit buat bantu keluarga aku di sana.



"kau kerja mana sekarang?"

"masih di tempat lama,tempat asal dulu"

"tapi,bukankah dulu kau belajar dalam bidang lain?"

"benar.tapi itu yang aku rasa terbaik."

"kau tak mahu cuba keluar dari sini?"

"kau fikir aku mahu ke mana?"

"di luar sana di mana menawarkan lebih ganjaran dari yang ada sekarang?"

"zaman sekarang bukan mudah untuk mencari pekerjaan"

"tapi kau punya pengalaman di tempat lama,aku kira mudah jika kau memohon dalam bidang yang sama"

"kau tak faham.aku memang punya pengalaman tapi lulusannya tidak.mereka memerlukan bukti...pengalaman saja tidak mencukupi bagi mereka"

"berapa lama kau mahu terus di sini?"

"seberapa lama yang aku mampu,lagi pun gaji aku dah naik,kenapa perlunya aku berhijrah ke tempat lain yang menawarkan gaji basic.sedangkan aku sudah stabil di sini"

"banyak sangat gaji kau,ada rm_____?"

"ada.juga aku ada imbuhan lain yang di beri oleh majikan mengikut cara kerja aku"







kau mahu aku bilang berapa kali?
setiap tahun setiap kali jumpa
hanya ini soalan yang kau ada untuk aku?
kau tahu,aku bosan?
kurang-kurang aku tidak seperti kau
menukar kerja bagaikan menukar baju
tidak pernah tetap satu-satu tempat
tapi kayanya tidak juga...


15 comments:

JIJI YU said...

selagi tak dipenuhi kehendak jawapan mereka

Wanz Mejuez said...

Aku pun lebih kurang macam ni jgk.. bila pi mana2 pun ada saja orang nak tanya2 pasal kerja aku.. lebih lebih lagi kerja kat mana n gaji berapa..

memang rimas wehhh bila di tanya macam2..

missSenget said...

keje je apa2..

janji tidak menyusahkan org lain..

jgn kerja hebat tp masih mintak duit pada fmily untuk tampung diri..

berbangga laa..

penjajah minda said...

selalunya aku jawab keja lama.gaji pak guard.lepas tue diorang akan buat muka pandang rendah.ah dah biasa.

lavender harum wangi said...

aku tanam anggur.

ORLANDO AHMAD said...

buang masa melayan cakap2 orang ni..

Faaein Talip Roy said...

lagi beruntung ada kerja dari tak ada kerja..

yang penting kerja itu halal.. dan kerja kerana Allah s.wt. dan mak kamu pun senang dengan kerja kamu.. InshaAllah keberkatan itu sentiasa aje ada..

biarkanlah mulut mereka berkicau.. mulut orang kita tak boleh nak tutup..

p/s: pergi sebentar demi masa depan..

delarocha said...

manusia kadangkala tak memahami

(the naked writer) said...

k-poh macam k-pop...slut doh!

Amalina said...

tu la yang aku mls nak jwb.aku memang pemalas nak bukak mulut dengan orang yang aku tak biase nak jumpe.

monologtinism said...

tak apa. biar biar.

aku lagi la tak pernah kerja

suara jahat + usang said...

betul....kayanya tidak juga...persetankan mereka.. :)

Encik Psychopath said...

gua steady kerja mcd. padahal gua ade diploma.

~Kenanga Suchi~ said...

rezeki ada di mana saja.
yang tidak memahami.
akan selalu bising.
Tuhan ada untuk beri kamu apa yg kamu perlu.
biarkan saja mulut yang membising itu.

~SaL IjOu~ said...

status & sesuatu yg kononnya hebat selalu dipuja manusia..asal saja kita tau kemampuan & hala tuju kita, pedulikan saja mereka..perlian mereka mungkin buat kita sedikit sebyk terasa, tp ia sekejap cuma..~ =)