Friday, January 3, 2014

Nyawa - Hadiah Tahun Baru





Sebenarnya...
Bila hilang satu nyawa,Tuhan akan gantikan dengan nyawa yang baru.Tapi bila sampai ke giliran aku,ini yang menjadi tanda tanya.Adakah perjanjian aku dengan Tuhan dulu,sudah sampai ke titik akhirnya? Mungkin sudah sampai masa,sudah sampai giliran aku untuk pergi? mungkinkah? Semua menjadi pertanyaan tanpa jawapan.




"Serangan terlalu kerap ini serius,awak tak boleh kontrol"

"Saya akan rujuk awak pada doktor pakar dan doktor perubatan"

"saya akan tukar ubat lain,tapi ada sideeffect ringan tak merbahaya cuma sementara.simptom biasa awak akan rasa mengantuk untuk membantu awak berehat.mungkin akan mengalami masalah buang air,rambut gugur lebih banyak dari biasa.memori awak mungkin akan sedikit terganggu.jika perlu,saya akan adakah sesi kaunseling dengan pasangan awak,supaya dia lebih memahami keadaaan awak dan lebih bersedia."




Nak kata apalagi,doktor bukan Tuhan yang boleh meramal berapa panjang usia seseorang.Belum pulih sakit hati,datang pula sakit yang lain.Aku dah penat nak berjuang lagi badan tak kuat kudrat pun terhad,Mungkin ini hikmah kenapa aku tidak "dijodohkan dengan Dia" dulu.Supaya dia tak sedih kehilangan aku dengan cara "kematian" hingga buntu nak mencari ganti dan membuat pilihan....







Rambut makin menipis
sampaikan aku rasa takut
nak menyentuhnya lagi.....

8 comments:

missShila Nget said...

moga kuat..

kuat demi dia..dia..dia.. dan dia..

n said...

tolong , 'lari dari surga' . .

untuk dia .

maisarah sarah said...

semoga tabah selalu.dan saya harap awak sembuh seperti awak yang dulu.amin

~SaL IjOu~ said...

smoga terungkai segala hikmah di sebalik apa yg pernah berlaku..& bakal berlaku..Allah bersama kamu..Allah bersama kita semua~

Anonymous said...

Pembunuh Tanpa Bayang,

Sakit itu ujian.
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah.

Kuatkan Semangatmu.

Wardahbiru/ suarahatiberbicara.blogspot.com

mega senja said...

Apa lagi yang boleh aku katakan, kita melalui lorong yang sama..aku menunggu masa munculnya pembunuh senyap yang akan membunuhku bila-bila masa saja, kini yang aku mampu ialah mengambil tiga biji pil setiap hari dan sesekali seperti diterjah malaikat maut yang berlegar-legar sekitar aku, ketakutan itu sudah hilang, kesakitan itu juga sudah hilang..derita yang lama membuatkan aku sudah semakin mengerti, usia semakin singkat, justeru aku mahu nikmati hidup dengan sepuas-puasnya dan memaknakan sebaik mungkin untuk orang yang aku sayang, orang yang sayang aku..

Anonymous said...

Kau sakit?semuga lebih sejahtera...
Tuhan saja mahu uji cinta kau dan suami..cinta suami pada kau..
Bila Al-Fatihah yang benar2 Al-Fatihah, Yassin yang sebenar2 Yassin, kau pasti lebih kuat!!


Run lady!!! Run!!! Selagi kau boleh! Selagi kau mampu..jadilah isteri yang pilih solehah...kita tak tahu...larilah lah ke syurga... Suami syurga kau...

Lupakan dia..kau sudah ada pemilik...untuk itu larilah pada syurga yang telah kau miliki...

aamalinaazman said...

Sahabat ,

Aku merasa engkau sgt kuat melalui ini
aku harap engkau terus senyum
senyum itu lah merah dlm hati
membawa tubuh ini
terus berjalan dgn izin Dia

kuat ya!