Monday, October 3, 2011

Ancaman



Oh,hai readers!!!
oke ini memang buang tabiat bilamana saya "tuan punya blog" tidak pernah bertegur sapa dengan kalian di sini selama setahun saya blogging.dan untuk hari ini mari kita berkenal kenalan beramah mesra sesama kita,sebelum saya menamatkan riwayat blog ini untuk kali yang ke beberapa kalinya."beberapa kali" perlu di beratkan sikit perkataan ini,itu tanda penekanan bahawasanya sebelum ini saya punya banyak blog.dan tabiat saya ialah bila setiap kali jejak saya berjaya di kesan oleh orang-orang tertentu,saya akan mula lari lara ke sana sini untuk bersembunyi.

saya kira ini ancaman buat saya bila ada yang memberi "pembayang" seperti pernah melintas ke sini.awak-awak ni kurang bijak kadang kala kalau nak intai saya pun janganlah di hebah ke sana sini buat saya mahu lari lagi jauh.kan ke kita-kita dah janji dulu,ini tempat untuk saya bersembunyi rahsia kita-kita je.saya fikir dengan menumpang teduh di rumah "Pisau Belati" bisa buat keliru orang-orang di sana untuk tidak mengesan saya di dunia maya ini lagi.dan bila semua sudah terbongkar,saya terpaksa mengambil keputusan mendadak ini untuk berhijrah ke tempat lain pula.

buat awak-awak yang nak berikan pendapat dan nasihat,sila tinggalkan komen anda untuk di nilai semula oleh saya.mana tahu,andai komen-komen anda berjaya mengubah pemikiran saya untuk tidak lari lagi buat sekian kalinya....mungkin? terima kasih juga buat awak-awak yang selama ini banyak beri kekuatan pada saya yang loser dan annoying setiap kalinya.komen-komen awak-awak semua amat saya hargai thanks sangat-sangat.dan tidak lupa buat anda si pengintip,awas ya identiti anda telah berjaya di kesan jangan nak menafikan apa yang benar.dan terima kasih juga buat anda kerana berjaya mentongsampahkan saya selama ini.








kan dah cakap jangan ganggu aku lagi
kau cabar aku lagi kan?
kali ini kau betul-betul tak akan
pernah jumpa aku lagi.

18 comments:

JIJI YU said...

sampai bila lu mahu lari..dari menerima realiti..sampai mahu jadi sekdar bayangan ..sedangan kan blog lu..lu la tuan..cuba pinta pinjamkan sedikit kekuatan para kekasih tuha tika kita ditimpa ujian..

missSenget said...

sampai ati awk nk tinggalkan kite..

tak syg kt kite ke?? T___T

Bidadari Syurga said...

nak dengar satu kisah...

ada seorang perempuan yang jatuh cinta dengan seorang lelaki... siapa tahu nasib sekali lagi tidak menyebelahi dia.. dah lelaki itu menikahi perempuan lain... lantas perempuan yang ditinggalkan itu trauma dan sering lari dari majlis perkahwinan sahabat baik... sepupu malahan semuanya... setiap kali melintas perempuan itu akan menanggis kenangkan nasibnya... pejam celik.... 6 tahun perempuan itu lari dan lari...

p/s: awak tahu... perempuan tu tak dpt tempuhi mcm2 peristiwa... bukan kerana takut... tetapi kerana tidak mahu hati dia terluka lagi... bak kata pepatah 'mencegah lebih baik dari mengubati'... ada kalanya betul... ada kalanya bila ia melibatkan sedarah saudara kita kita... ia adalah satu kerugian...

saya cuma tak mahu awak jadi seperti perempuan tu... lari untuk tidak mahu terluka. mungkin kisah ini tak sama... tetapi sedikit sebanyak... ianya punya sinonim... perjalanan hidup manusia tidak akan pernah sama... melainkan kita ubah biar diri dan cara dugaan kita jadi panduan untuk mereka yang mahu melihatnya dari sudut yan berbeza....

Bidadari Syurga said...

ya Mutakabbir adalah minuman paling enak untuk jirim... dalam apa jua keadaan... agar HAQ duduknya di hati paling dalam... dapat menutup yang BATIL sedang cuba mengali akal dan hati pada masa yg sama...

p/s: kitakan manusia... ada kalanya mengalah tidak semestinya DIA declarekan kamu pengalah... see...? semoga kamu sentiasa indah dalam hati...

Faaein Talip Roy said...

PTB.. kalau kau hilang.. aku nak cari kat mana? sedih lah macam ni.. kau hilang.. aku pun mahu hilang jugaklah..

biarkan ajelah 'dia' tu.. anggap saja kau tak perasan kehadiran dia.. dia cari kau bermakna dia sayang kau tu.. hurmm..

ghost writer said...

gunakan kelebihan pisau belati itu untuk menikamnya kembali.

dalam dunia nih,kalau mau kekal,harus pandai melawan semula.kalau asyik lari,ia satu kerja yang memenatkan dan mengelirukan.

penjajah minda said...

penat dah aku lari dulu.skunk aku nak lepak chill.pedulikan dengan mata2,mulut2 mereka.memang mata tue dicipta untuk memerhati.dan mulut untuk bercakap.cuma baik ngan tak je.

Amalina said...

:) teruskan saja, kau akan jadi lebih berani.

Nadia said...

andai berlari tu boleh merembeskan lagi cinta dalam hati, silakan :) tapi andai larian awak tu sekadar utk awak BERLARI dari menghadap sesuatu, lupakan :D

mcm mne pn jd, nadia ada kat sini. meminjamkan seluruh kekuatan yg ada, peace!

ch!natsu said...

kenapa nak lari? utk apa? kerana sumone or sumthg yg xmendatangkan faedah? hmm.. be strong.. kalau lari pun xkan kemana.. jgn letihkan diri.. jgn tunjukkan yg diri kamu tue lemah walaupun hakikatnya mungkin kamu xsekuat mn.. tp berusahala jadi kuat.. ok? berharap nie kamu xlari coz kita baru berkenalan.. sayang nak putuskan ukhwah yg baru terbina..~

hanaahmad said...

kenapa bersembunyi? jelas menunjukkan kau lari dari kenyataan dunia.

(the naked writer) said...

kalau kau tiada, tiada lagilah blog yang kehitaman yang kelihatan seram kononnya tapi penuh dengan emosi berwarna warni dalamnya...damn!

HEROICzero said...

tiada apa yang dapat aku kata . apa saja keputusan , hak kau .

mahu lagak menang , atau sembunyi tewas .


terserah . =)

lieynanilaz said...

x penat ke awak nak berlari dan bersembunyi!!

^baju kurung^ said...

hey,, jgn lari...
juz be urself oke :)

Mutiara Bernilai said...

hu.

tak terbaca post ni ritu

awak ni..

nape nak lari..

dah tu saya mcm ne? :P

Ayu Azuri said...

nah, kalau kau rasa kau mahu berlari , teruskan berlari . larilah sejauh yang munkin . Ah, redah tak redah . lari tak lari . biar sampai mati .

sebab aku juga sedang berlari . . berlari dari bayang - bayang sendiri . . .berlari dengan mata separa terbuka, tapi bersama wajah separa terkatup .adeh, dah macam kura - kura katup pulak... ehehee

~Kenanga Suchi~ said...

aku faham rasa kamu.
kerna aku juga hampir2 berlari kembali.
mereka yang menjatuhkan aku dulu, kini kembali merobek jiwa yang semakin pulih.
tapi hingga tika ini. aku rasa. masih perlu di sini. dan usah pedulikan mereka.