Wednesday, September 7, 2011

Kesal



Beberapa bulan lalu.....
sampul putih berlogo kolej aku renung seketika
di koyakkan dengan teliti dan beberapa helaian
kertas putih bersaiz A4 aku keluarkan


"sukacita di maklumkan bahawa anda telah
di tawarkan untuk menyambung pelajaran
ke peringkat bla...bla...bla..."

*senyum bangga
tak sia-sia usaha aku selama ini
borang kosong untuk mengisi maklumat diri
juga tertera kos pengajian untuk setahun
senyum bangga tadi hilang berganti kecewa


"mana aku nak cari duit sebanyak ini?
kerja beberapa tahun disini pun masih
belum cukup untuk menampung pengajian
tarikh tutup ada lagi sebulan"


beberapa bulan selepas.....
aku masih disini tetap setia berkhidmat
untuk majikan aku tetap bertabah lagi
untuk teruskan hidup aku

dan hari ini kesalan itu timbul semula
kesal kerana menolak tawaran itu
kesal kerana aku tak mampu
redha? untuk berapa lama lagi?







redha...
jauh di sudut hati,masih lagi
menyimpan kunci angan-angan lalu.

22 comments:

missSenget said...

:)

belajar, bila-bila pun bole..

asal ada kemahuan dan minat...

venus said...

aku juga, simpan hasrat begitu.
kumpul duit buat bagi cukup dahulu.
sama-sama kita usaha :)

delarocha said...

PTPTN kan ada

PENCONTENG said...

buat pinjaman la bro.

insyaAllah Allah mudahkan jalan si penuntut ilmu.

aku doakan yg terbaik utk kau :))

~* chirpy_chummy *~ said...

uitm adalah yg termurah bayarannya. apakata apply d uitm?

Amalina said...

:)

monologtinism said...

aku rasa sayang sangat.

betul. apply lagi. semoga Allah memudahkan urusan dalam menuntut ilmuNya

Wanz Mejuez said...

kau kena tabah wehhh.. berdoa banyak banyak.. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. mungkin ada pngajaran yg perlu kau pelajari...

^baju kurung^ said...

rugila.. buatla separuh ms. at d same time bleh keje.apply mne yg suit.
but above all, perancangan Allah adlh sebaik-baik perancangan, ask Him.
chill! :)

Fiq Vertigo said...

waahh.. menyeget nyeget kepala aku baca taipan kau.


hei. semoga berjaya!

hanaahmad said...

belum tiba rezeki kamu. yang penting jangan berputus asa. belajar tidak mengira usia. :)

(the naked writer) said...

aku terpakse pinjam je...takde pilihan lain...

ORLANDO AHMAD said...

belajar ni tak semestinyer ade sijil...

Silent said...

kesal.
pasti ada lagi cahaya di depan

YuYun@HanleeYun a.k.a KuLaT_NaKaL said...

jgn kesal!! di sebalik apa yg berlaku, pasti ada hikmah yg kau sendiri tak perasan!!

~Kenanga Suchi~ said...

impian pasti kan tercapai.
teruskan usaha.
insyaAllah.

Nadia said...

dari kehidupan pun kita belajar. :D sabarlah. Allah syg org yg sabar :)

vampire's lovex said...

ada rezeki nanti...ada la... sabar :))

Titisan Hujan said...

tiap yg blaku ada hikmah nya.

Allah dh tetapkan yg terbaik buat kamu.hadapi dgn senyuman ea ^^,




*kita sama2 kehilangan =(
al-fatihah

venus said...

eh, aku tak komen lagi? rasa macam dah. hmm, takpe. ada hikmahnya. mungkin di lain masa, angan-angan akan jadi nyata. #ayat klise

bighagenjo said...

sambungla belaja

suara jahat + usang said...

kau jangan sesali TUHAN sedang uji kau,pilihan kau tidak pernah salah,cuma mungkin masa kau belum tiba untuk mencari imu yang kau ingat dengan cara itu saja,sedangkan bekerja juga kau boleh cari ilmu dengan pelbagai cara