Thursday, February 2, 2012

Tulus Dari Hati : Surat

Assalamualaikum...
Buat awak yang diingati disana...Saya buntu untuk memulakan mukadimah surat ini.Harus bagaimana memulakannya sedangkan hati saya masih sakit.Maaf...saya sudah cuba sedaya yang mampu tetapi tidak berhasil.Saya sudah mula putus harapan dan saya juga pernah cuba untuk menyatakannya secara berhadapan dengan awak.Tapi saya tak mampu saya penakut tak ada keberanian untuk jujur dengan awak.Setiap kali saya lihat senyum awak kebaikkan awak,saya jadi tidak sampai hati untuk membunuh semua perasaan senang dalam hati awak.

Maaf saya ini sangat mengecewakan awak.Secara jujurnya saya benar sayang pada awak,tapi awak sendiri tahu keluarga saya tidak senang dengan awak mereka langsung tidak membuka ruang untuk menerima awak.Saya sudah penat untuk pertahankan semua ni.Saya jadi serba salah untuk berada di pihak awak atau keluarga saya.Pilihan ini sangat berat buat saya dan saya tidak mampu nak berada di pihak awak,kerana mereka lebih berhak ke atas saya.

Maaf...saya tak berniat nak lukakan hati awak,saya juga rasa sakit bertahan untuk semua ini.Saya masih sayangkan awak tapi semua ini langsung tidak berpihak pada kita.Harus apa lagi yang saya perlu buat untuk mengubah semua ni? saya tak mampu semakin hari semakin sesak saya dah terlalu penat memendam rasa.Tolong jangan bencikan saya,simpan atau lupakan saja semua kenangan kita jika ianya menyakitkan awak.

Saya fikir saya cukup kuat untuk terus bertahan,tapi tak sangka hari ini saya mengalah juga saya menangis juga akhirnya.Semua ini tak seperti yang saya inginkan,saya terfikir andai Tuhan temukan saya dan awak lebih awal,mungkinkah akan ada happy ending untuk kisah kita? Masih adakah harapan untuk saya ubah keadaannya? Kalaulah masa boleh di putar kebelakang,saya harap saya boleh ubah semua mengikut kehendak saya.










Awak,
tolong jaga diri,hidup baik baik
saya doakan kebahagiaan untuk
awak satu masa nanti.
pasti!

daripada : seseorang yang menyayangi awak