Wednesday, October 31, 2012

Mangsa Korban





Dalam beberapa bulan aku menyepikan diri dari ruang sempit ini,ada banyak perkara yang aku simpan pendam sendiri-sendiri.Konflik dan dilema datang silih berganti buatkan aku rasa sangat tertekan dan penat nak teruskan kehidupan yang seterusnya.Apa pilihan yang aku ada? menjadi derhaka semata mahu menggembirakan hati sendiri atau memilih senyuman mak demi untuk mendapat keberkatan dalam hidup?

Aku watak utama dalam cerita ini,mangsa korban paling tragis paling menyedihkan! Aku tidak tahu berapa banyak dosa yang telah malaikat Atid rekodkan buat aku setiap kali aku membantah kata-kata mak.Dan paling aku cuba elakkan ialah bila membuat perbincangan dengan tunang.Karena setiap kalinya pasti akan terjadinya perbalahan,dan akan berakhir dengan keegoan masing-masing yang di pertahankan.Biasanya,aku yang akan tamatkan panggilan dengan menekan butang merah pada telefon tangan tanpa sebarang kata-kata terakhir.



1.Korban Wang
Demi cita-cita,aku sanggup bersusah payah siang malam hinggakan waktu cuti Am pun aku sanggup kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan pada hujung bulan.Di saat rakan-rakan sebaya sudah pun tamat belajar,tapi aku masih lagi di tahap bertatih.Jangan kata segulung kertas diploma,sijil tahap terakhir pun masih belum sempat aku tamatkan.Takdir aku tidak sama seperti sesetengah orang lain,aku memilih untuk menanggung sendiri kehidupan dan pelajaran aku.Dan aku hanya akan kembali menyambung pengajian sebaik saja wang sudah mencukupi.

2.Korban Masa
Banyak masa yang aku buang untuk perkara-perkara yang tidak di sukai aku sendiri.Aku tak punya waktu untuk diri sendiri dan kadang kala aku sendiri tidak sedar dan tidak mengingati masa dan hari-hari yang telah aku lalui.Ini kerana aku merasakan yang setiap hari adalah sama,rutin dan tempat yang sama.Pemandangan aku terhad hanya di tempat kerja atau mungkin di rumah.

3.Korban Hati
Memilih untuk menghancurkan hati sendiri demi senyuman orang lain.Ini benar-benar sakit hingga sampai ke satu tahap aku mengalami kemurungan.Rasa sengsara dan menderita sampaikan aku sendiri seperti sudah putus harapan.Tak ada sesiapa yang mahu memahami apa lagi menghargai setiap perkara yang aku lakukan untuk kepentingan mereka.Aku terfikir,kalau aku mampu mahu saja aku lari dari daerah ini pergi jauh tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan hati.Apa lagi nak di kenangkan jika semuanya hanya akan terus buatkan aku sakit sendiri?




Di paksa memilih antara dua  persimpangan
tapi harus bagaimana,jika kedua duanya hanya
akan membuatkan aku mati?







9 comments:

HAdira Kifly said...

Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Aku ada kalau kau perlukan pertolongan. Kau tahu mana bole cari aku bukan? Aku doa yang terbaik untuk kau, kawan.

Selamat hari raya aidiladha. Kukira masih tidak terlambat untuk aku mngucapkannya.

hanaahmad said...

bertabahlah kawan. doa pada Tuhan, agar dipermudahkan segala. :)

dania said...

jangan sampai terkorban kawan..

the malay male said...

Bersusah susah dahulu

Arai Lekir said...

terus angkat senjata sampai perang tamat ...semoga berjaya

ghost writer said...

korban apa yang termampu

dochi said...

good luck, nak cakap banyak pun tak tahu sebab bukan kat tempat kau.

محمد رازيق said...

berkorban, kerana satu yang baik menanti di hujung sana

Anonymous said...

aku nak kau kuat! jangan mengalah. jangan putus asa. aku doa unutk kau dari jauh.

-inibintang-