Saturday, November 10, 2012

Kutu Di Sebalik Rambut - 2 -




Benar apa yang aku ramalkan kalau Tuan B itu sememangnya punya niat yang tersirat.Urusan perniagaan antara aku dan Tuan B sebenarnya hanyalah alasan untuk menutup niat sebenar Tuan B pada aku.Masakan tidak,barangan yang di belinya dari aku mahu di ambilnya sendiri.Sedangkan adalah lebih mudah jika aku menghantarnya melalui pos.Jika kos pos yang di kisahkan oleh Tuan B,adalah tidak masuk akal sama sekali.Karena aku sendiri berbaik hati mahu menanggungnya dengan alasan "kawan lama" atau lebih tepat lagi sebenarnya aku memang tidak mahu bersua muka dengan Tuan B.

Buktinya,Tuan B sanggup menunggu selama 2 bulan sehingga dia sendiri punya masa untuk datang sendiri mengambil barangnya dari aku.Dan bukan saja alasan itu,di kesempatan yang sama Tuan B mengajak aku untuk keluar makan bersamanya.Dan cadangan bodoh aku adalah membawa dia ke gerai makan mamak paling ringkas.Tidak habis dia memuji mee goreng mamak itu enak,sedangkan bagi aku ia biasa-biasa saja.Dan pesanan ringkas yang di hantarnya pada lewat malam tadi...


"awak..mee goreng tadi sedap la.
bila boleh pergi makan lagi?"





Kan aku pernah bilang
status aku kini sudah di tukar ganti
jika aku di tuduh mahu ambil kesempatan
tentu sudah lama teruk poket seluarnya aku rabakkan....





4 comments:

HAdira Kifly said...

cukup-cukup sudah...
cukup sampai di sini saja...


:P

blog-tips-kurus said...

kalau dah sukaaaaaaaaaaaa.... :)

Waqheh said...

nak puji tak sedap kata sedap..haha..tp ok la gua suka gerai mamak ringkas tepi jln..itu sedap dari yg hebat2..

ghost said...

next, kau kena bawa ke tempat yang lebih expensive.. haha. dan dia akan text kau nanti.

"ini adalah pertemuan terakhir kita yang akan aku kenang sampai bila2, thanks!"