Wednesday, November 14, 2012

Harapan Musnah





Apa rasanya hati bila tugu yang kau bina selama bertahun-tahun hancur dan ranap di serang garuda kejam? Bertahun-tahun kau merasa sakit perih demi untuk menyiapkan tugu kebanggaan,tapi dalam sekelip mata saja sang garuda datang menghancurkan.Kecewa dan hampa segalanya bagaikan sudah tamat.Tiada lagi kesinambungan kisah dongeng seorang pahlawan yang berjuang untuk kebahagiaan.Sinar itu semakin malap dan tenggelam kedasar lautan.

Melupakan cita-cita demi sebuah kehidupan baru yang langsung tidak pernah aku fikirkan.Aku menangis,merayu merendahkan ego yang selama ini aku pertahankan.Tapi langsung tiada belas kasihan yang di berikan.Di paksa meninggalkan cita-cita dan impian tapi di tawarkan sebuah kehidupan yang langsung tidak pernah aku bayangkan.Aku makan hati sendiri...semua orang pun mahu berlaku kejam! mengapa tidak seorang pun membela aku masa ini?

Dapat aku bayangkan dari kata-kata dia waktu itu,sepertinya dia sudah merencana mahu menggunakan kuasa yang ada sepenuhnya untuk mengawal aku.Sebelum aku terperangkap dan menyesal sepanjang hayat,adalah lebih baik jika di buat satu surat perjanjian,atau mungkin batalkan saja perjanjian yang sedia ada.Kerana sedangkan janji yang ada pun bisa saja dia mungkiri,apalagi di masa akan datang.Aku tidak mahu menghabiskan hayat hidup aku di dalam sangkar emas yang serba mewah,tapi hati dan jiwa aku mati untuk menikmatinya.







Saat aku merasakan yang hidup aku
akan berakhir dengan penyesalan.....





6 comments:

HAdira Kifly said...

Kalau engkau rasakan dengan memutuskan tali pertunangan antara kau dan dia itu mampu membuat engkau lebih berbahagia di hujung jalan nanti, teruskan. Biarkan saja apa di dada dunia akan berkata, hati engkau. Hanya engkau yang bisa menyelaminya dan engkau juga yang mampu merawatnya biar ada penawar di hadapan mata.

Solat istikharah banyak-banyak, kawan. Minta petunjuk dari-Nya.

p/s: Maafkan aku jika telahan aku jauh tersasar dari dunia realiti.

dania said...

*HUG*

the malay male said...

jatuh yg sukar bangun semula

Ami Manaf said...

sungguh aku tak tahu yang sebenar-benar.
tapi harap ini dapat membantu kamu untuk berfikir dan membuat keputusan tepat...
be strong ok!
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

ghost writer said...

tiba-tiba aku teringat akan cerita Khalil Gibran "Sayap-Sayap Patah".

~* chirpy_chummy *~ said...

tiada kata yg mampu di kata.



aku doakan semua akan baik baik untuk kau.amin.