Friday, November 16, 2012

Melepaskan





Satu pesanan panjang di hantar pada telefon tangan ketua...

"Assalamualaikum...
aku dengan ini,mahu melepaskan jawatan sebagai setiausaha yang telah aku pegang
selama hampir dua tahun dengan rela hati,dan sanggup menerima sesiapa sahaja yang
akan menggantikan aku seterusnya.Aku akui aku ini tidak layak untuk jawatan ini karena
selama tempoh ini aku gagal memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas-tugas yang
di amanahkan kepada aku.Dan juga aku seringkali tidak turut serta dalam sebarang aktiviti
dan program yang telah di jalankan.Aku pun sudah banyak susahkan kau kerena terpaksa
membuat semua kerja-kerja aku.Cukup sampai di sini sahaja khidmat aku dan tak perlu
tunggu hingga tamat kontrak."


sms send   [V] ~


Pejam mata,tarik nafas dan lepas...aku harap ini benar keputusan akhir yang mana tak akan sesekali aku berpaling lagi.Memang ini terlalu berat,bukan karena aku mahukan jawatan ini.Tapi aku risau memikirkan siapa bakal pengganti aku nanti.Mampukah dia menjalankan tugasan ini dengan sebaiknya? Selama aku memegang jawatan ini,semua organisasi terlalu mengharapkan aku percayakan aku.Tapi aku sudah penat,inilah masa untuk aku berehat sepenuhnya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting.


1 sms receive  ~ [V]


"waalaikumusalam...
Tak boleh! cubalah bertahan hingga habis kontrak,dah tak lama lagi.Aku juga sama macam 
kau tak sabar mahu melepaskan jawatan ini.Kau tahu kan jawatan ketua ini sungguh membebankan 
aku.Harap kau dapat bersabar sikit masa lagi,tolong..."








Bagaimana harus aku bertahan lagi
karena aku sendiri sudah terlalu penat
untuk terus berada di dalam tugasan ini lagi.....






1 comment:

Unknown said...

tepuk dada tanya hati.