Wednesday, November 28, 2012

Fasa Kebahagiaan





Ada satu-satu waktu yang terluang sengaja aku penuhkan dengan berfikir.Ya hanya berfikir tanpa melakukan apa-apa selain dari terperuk di dalam bilik dan tidur.Mengingatkan dari kata-kata dia tempoh hari yang buat aku terkedu seketika...

"Nampak macam awak belum bersedia lagi,kan?"


Untuk beberapa saat aku terdiam sambil menghela nafas yang amat berat.Saat itu juga ingatan aku kembali berputar ke beberapa hari lepas.Jika di fikirkan semula,ada benarnya kata-kata dia tempoh hari.Entah kadang kalanya aku seperti keliru dalam membuat keputusan tentang hidup.Apa yang aku cari? apa yang aku mahu? Sepertinya ada sesuatu yang terlalu berat untuk aku lepaskan...mungkin ada sesetengah dari kehendak yang masih belum dapat di puaskan.

Dalam hayat selama aku bernafas,banyak hal yang aku pelajari tentang hidup.Berjalan dan memerhati setiap perkara yang ada di sekeliling.Ya...TAKDIR HIDUP setiap insan itu tidak akan sama.Setiap dari mereka itu melalui proses pembelajaran tentang hidup itu mengikut tahap dan peringkat yang berlainan.Mungkin saja sesetengah dari mereka hanya melalui proses yang singkat untuk mendapat bahagia.Dan ada sesetengah darinye terpaksa melalui pelbagai kesakitan dan mengambil masa yang begitu panjang untuk merasa kebahagiaan itu.





Dan aku adalah orang yang di takdirkan
hidup untuk melalui proses yang panjang
demi mendapat bahagia.









7 comments:

Hadira Kifly said...

Sekali bahagaia itu datang, jangan pula engkau lepaskan bahagia itu pergi...

Hadira Kifly said...
This comment has been removed by the author.
the malay male said...

Istikharah

Teenager Housemaid said...

mungkin aku juga antara orang yang di takdirkan hidup untuk melalui proses yang panjang demi mendapat bahagia...

*pandang langit*

Anonymous said...

arghhh! banyak kisah kau yg aku tertinggal.

inibintang

~SaL IjOu~ said...

aku juga..punya perjalanan berliku penuh duka~~

Anonymous said...

xtaw..selak2 jumpe blog ni...aku suke isi didalam nya..aku juga spt ko,suatu masa dulu,aku kecundang disbkan kurang matang tp skrg setelah diberi kematangan dan pengalaman yg besar,aku bangkit meneruskan idop..aku tolak tepi segala apa kata2 jahat org lain,yg pasti dlm hati aku,aku nak terusberjaya dlm idop aku..