Wednesday, April 6, 2011

Parasit

Kau memang tak boleh nak dibuat baik
sudah la kau menumpang
dan kau hisap pula zatnya
lalu lepas dia mulai lemah
kau pijak dia sampai lumat
dasar manusia keji!
Kau jenis bermulut manis senyum pun manis
apa yang terpamer pada diri kau semuanya manis
tidak ada yang pahit walau setitik
tapi dalam diam kau membunuh
terlalu manis sehingga menjadi racun dalam darah
lalu bila di sahkan diabetis kau potong kaki cacat sebelah
kau jenis manusia yang pelupa
lupa tentang jasa orang pada kau
lupa tentang kesusahan orang untuk kau
kau susah sanggup datang melutut rayu
tapi bila kau sudah disuap tatang
dia pula kau tendang tanpa belas.




kau tahu tak yang kau ni parasit!

3 comments:

K2r~90 said...

wow... guw byk jumpe spisis manusie ginie weh ase macam nak sekeh jer

suara jahat + usang said...

dia tidak tahu
sebb itu dia memamah hingga habis
tapi masih kau tidak sedar
atau mungkin bila kau sedar sudah terlambat
maka
hapus kan parasit sebelum ia menghancurkan kau

lagipun ia pelupa
maka bila kau hapuskan dia,dia pasti akan terlupa juga


p/s: kau misteri tapi bahasa kau cantik buat aku kagumi

e. indah said...

parasit menumpang tapi membunuh dalam diam ...

persetankan parasit parasit itu ...