Monday, April 11, 2011

Rintihan Sang Pengemis



Ke sana ke mari
tanpa penat tanpa jemu
kau merayu sujud dikaki-kaki angkuh
memandang dengan penuh harap
minta di belaskan.

Tapi malang yang kau dapat
sepak terajang di lemparkan
rintihan kau didengar jelik
sayu mata kau dibalas jegil
yang penuh dengan kebencian.



Sayangnya si anak kucing masih dalam gantungan ibu dibuang tanpa perasaan.masih kecil tidak tahu akan kekejaman dunia.rayunya hanya minta di belaskan diberi seteguk susu dibelai melepas rindu pada si ibu.mengiau sayu dan terus merayu memanggil si ibu.entah manusia durjana mana berhati sial.sedangkan anak sendiri dibunuh buang tanpa kasihan inikan pula si anak kucing tanpa dosa.wahai manusia durjana,sedangkan kita disuruh untuk kasihkan binatang,tetapi kenapa pula harus kau yang berhati binatang?





Tak guna betul!
entah kerja siapa mencampak
anak kucing kecil di depan rumah
masih menyusu pada ibu tapi
sudah dipisahkan.
tak mengapa sayang
aku tetap cuba untuk bela kau.


2 comments:

ghost writer said...

mesti manusia2 yang tidak kenal antara anak kucing dengan anak babi...

Ayu Azuri said...

anak.
anugerah terindah.
rezeki kurniaan Tuhan.
Kalau anak dibuan, samalah membuang rezeki kurniaan Tuhan..
Tak gitu?