Wednesday, June 15, 2011

Terlalu Mudah?


Tak kenal maka tak cinta
lihat kali pertama sudah suka
cari peluang untuk menyapa
bila bersambut kau mula rencana
kau kata kau jatuh cinta.

pelik semudah itu?
tidak pernah kenal apalagi bertemu
aku ragu dengan jujurmu
bisakah aku percaya
sedangkan aku tak tahu?

aku tidak beri harapan
cukup sekadar aku letakkan batasan
kerana aku nak kau tahu
hati dan perasaan bukan mainan
tapi kau tetap mahu simpan angan.

Buka mukabuku seseorang aku tak kenali muncul di kotak chat.
chek mutual friendnya semua dari kalangan kerabat sendiri.mungkin
salah seorang dari antara mereka.di siasat rupanya betul kenalan
salah seorang dari mereka.dia termalu sendiri bila dapat tahu kebenarannya.
tapi tetap tega mahu mencuba.sedangkan terang terangan aku menolaknya
secara halus.entah terlalu mudah meluahkan rasa sedangkan belum betul
kenal hati budi.tak tahu apa yang dilihatnya apa yang di nilainya,hati muda
baru mahu kenal dunia.tak pernah merasa sakit cinta.





terlalu mudahkan?
kau kata suka sedangkan kau sendiri
belum pernah bersua muka dengannya.
maaf aku bukan seorang yang mudah
terima cinta.mungkin kau salah kata
aku harap begitu.


8 comments:

ghost writer said...

kenapa tak follow sajer apa yang dia kata.lihat sejauh mana kebenarannya..mana tau ada kesal di kendian hari kerna gagal melunaskan keinginannya.

intan.maisarah said...

tak mudah untuk memberi cinta jika cinta sebelum ini terlalu sakit
pelik juga ya
mudah saja mereka menyebut kata cinta

JIJI YU said...

bahaya woo cinta alam maya

Kisah Hati said...

aku pernah merasa itu... cinta itu sapa tanpa diduga... lantas pertemuan panjang ke alam nyata... sehampir hari ikatan sehidup semati... dia pergi mengadap Ilahi...

skandaLdariLangit said...

bila pernah sakit ska cuba bermain, mencari dimana seronoknya bermain tapi akhirnya terhenti kerana, setia itu sudah aku. selari tiada galak mahu begitu.

CassiaSiamea said...

dlm dunia yg hipokrit
susah menilai kejujuran..

Mawar Berduri said...

cinta dunia maya ke dunia nyata, aku tengah dalam ujiannya. aku tidak mampu bagi sebarang alasan mahupun nasihat kerana kegagalan itu belum lagi sampai untuk aku dan dia. semoga kegagalan itu bukannya untuk kami.

..Wardah Biru.. said...

nilai kejujuran hanya dapat dirasa..
tidak dapat dilihat dengan mata..
memang benar cinta alam maya tidak mudah..kerana saya turut pernah merasa...!_!

*pengakuan..huhuhu