Sunday, April 24, 2011

Aku Bukan Anjing

berkali-kali diingatkan
tapi kau masih beri aku alasan
aku beri kau masa dan peluang
tapi kau jadikan aku penunggu tanpa
jawapan.
kau fikir diri kau tuan?
aku bukan pengemis hina
yang kau pandang jijik
aku juga bukan anjing belaan
yang boleh kau arah.
kau fikir darjat kau tinggi?
aku sabar dan tunggu
aku marah tapi aku diam
aku lihat dan perhatikan
tidak bermakna aku rela
diri kau pijak-pijakkan.
kau fikir diri kau hebat?
sabar aku tanda tidak bermusuh
diam aku tanda sedang merencana
jangan kau buat main dengan aku
selembut-lembut hati
tetap ada kerasnya.




aku takkan cantas kepala kau
itu terlalu mudah
dan kau takkan merasa sakit

tapi aku akan suntik racun
dalam darah kau

supaya kau siksa perlahan-lahan

dan mati dengan penuh kesakitan!

3 comments:

skandaLdariLangit said...

cekal keras cuma perlu tahan amarah..

jangan jadi seperti ska..

diam, bersabar awalnya.

tapi kerana terlalu menyimpan, kian lama kian bernanah~

ghost said...

sadisnya cara menghukum akibat amarah yang berjela dan tertahan..sekali dilepaskan maka tiada bersisa belasnya...

jangan jadi seperti orang yang menganjingkan orang lain..

e. indah said...

wahhh dendam amarah ne...bawa bersabar ok...
jika dianjingkan,cuba melawan dengan belaian ...mcm yin yang, utk naturalkan perlu ada 2 kombinasi aura yang berbeza ...jika kamu simbahkan minyak pada api menyala, nescaya maraknya lebih nyata ...


*tapi kalo tak bulih sabarrr, makanya kita bakooorrr jer dia ... ; p


...