Monday, July 22, 2013

Rasa Benci Yang Gagal





Dia lain mengikut situasi dan keadaan,macam sesumpah yang akan berubah mengikut keadaan keliling.Dalam talian penuh dengan perasaan Ego,Angkuh,Benci dan Marah.Tapi bila berhadapan dengan jasad yang nyata,dia tak kan mampu menipu memanipulasikan mata yang melihat.Aku lihat dia dan dia renung aku sama-sama mahu berlagak kuat seperti tiada apa-apa berlaku.Mahu tunjuk siapa kuat seperti sudah pasrah dengan hakikat.Tapi kenyataannya masing-masing sedang menahan rasa berat.

Aku benci tiap kali dia bilang aku lemah dan rapuh.Dia marah tiap kali aku bilang dia hipokrit dan berpura-pura.Siapa mahu tipu siapa? dan siapa mahu benci siapa? hanya satu perkara saja yang aku dan dia tahu hati masih tetap ada rasa "sayang".Sedaya mungkin dia cuba mencipta rasa benci aku pada dia.Tapi setiap dari kata-kata yang menghiris itu langsung tidak memberi kesan yang mendalam terhadap aku.Ya,kerana aku lebih tahu apa yang ada dalam hati dia dan dia juga tahu apa yang tersirat dalam hati aku.






Ada jernih yang di ganggu kocak
Dalam keruh sembunyi tiada yang nampak...








11 comments:

dora said...

kau.... masih di situ bersama dia?

~SaL IjOu~ said...

rasa yang sebati..saling mengerti~

p/s:aku pun dah lama x ke sini..
semakin lama aku menyepi..semakin ramai yg pergi..namun kau antara yg sgt aku hargai..blog sepi aku tetap kau kunjungi~

Faarihin Talip said...

Semoga kau kuat PTB. Ya, lama juga aku tidak singgah ke sini.

Salam Ramadan. Perbanyakkan berdoa kepada-Nya. Insha-Allah, moga keruh itu akan dijernihkan semula..

catherine- said...
This comment has been removed by the author.
catherine- said...

ok. mati2 ingtkan blog lelaki. kamu... jaga diri tahu!!!

:) <3

Seroja Jingga said...

ini mungkin rindu.
rindu yg tak terucap. indah kadang2
tapi
sakit!


stay strong!
sihat ke dik?

the malay male said...

kalau dah sayang

missShila Nget said...

sedih dgr lagu latar blog ni..

T_T

kau dgn tunangan macam mana..?

Anonymous said...

hurmmm.. aku kira semua berjalan lancar selepas aku pegi.. tenyata dalam tenang kau terima ia masih tampak kesan goyahnya... go on... adakalanya rentak kamu harus mengalah....

#rindunya aku pada kenangan berbual begini dgn kamu... insyaallah aku akan dtg lagi. terima kasih masih ingat aku. aku sihat adanya... cuma nak mencari tenang didalam kocak tsunami... huhuhuhu...

~Bidadari Syurga~

Anonymous said...

ya... semoga kamu tabah~redha... senyuman di hati kamu semakin tenang aku kira... cubaan itu paling bagus... salam ramadan sahabat

~BS~

Adinda Juwita said...

Kau tak tahu apa yang ada dalam hati dia,kalau kau tahu,kau tak akan sebegini...
Dan kau tak perlu pura2 kuat,sebab kau memang lemah tapi kau perlu kuat,supaya kau benar2 kuat...