Tuesday, July 23, 2013

Main Tarik Tali




Aku tahu ini salah.Dan pada masa yang sama dia juga sedar ini satu kesalahan besar,malah seperti sengaja menambah dosa yang sedia ada.Berapa kali pun dia mahu bertegas supaya aku melupakan dia singkirkan semua kenangan tentang dia.Membentak meletakkan semua salah itu di bahu aku menunding semua punca itu pada aku.Tapi dalam hatinya masih tersimpan lagi rasa kasih yang sebenarnya tidak pernah cuba di lupuskan.

Aku nampak sedaya mungkin dia cuba mahu wujudkan rasa benci dalam hati aku buat dia.Sengaja mahu buat aku merasa kesal kenali dia.Cuba berlagak tenang mempamerkan bahagia palsu supaya aku mengalah,sedangkan aku sendiri dapat rasakan yang dia sering menyeru nama aku dari kejauhan.Entah berapa lama harus begini saling menipu diri sendiri.Dia yang buat keputusan seperti itu,dan pada masa yang sama seakan menyesal.

Dan aku yang memilih jalan ini teruskan perjalanan tanpa harapan cuma berbekalkan keyakinan.Hanya itu saja pegangan yang aku ada "keyakinan" harapan yang dulu telah lama musnah.Dengan keyakinan ini aku perlu bangkit dan terima moga segala kepahitan yang aku telan,tetap akan ada nikmat dan kemanisannya pada hujung-hujung hari nanti.





Bagaimana mahu melupakan
sedangkan kau di sana masih lagi
menyeru-nyeru nama aku.....









7 comments:

~SaL IjOu~ said...

melupakan itu tidak mudah..malahan teramat payah~

kau pun sama..jaga diri~

reenapple said...

Kita dalam situasi sama. :3

lumut said...

salam Ramadhan awak...=)


masih lagi sudi dtg ke esoksemalam yg dah berkurun lama tiada penghuni..hehe

awak,
untuk melupakan kita kene slow pergi..jgn buang sekaligus..but bila buang sikit2 tu please jgn berpatah balik...nnt hati perempuan ni mmg senang je nak rasa kesian or memaafkan.

i know.

felt the same situation before...

x salh kite bersedih. tp jgn smp kita x syg kan diri kite...

terharu ade org komen lagi esoksemalam..hehe

Waqheh said...

dengan namaMU aku berseru...

mijahRamlan said...

situasi dia macam situasi aku. sigh

tenku butang said...

bersabarlah wahai hati..

Dahlia bukan lagi Qaseh said...

kadang-kadang hidup dengan hanya membawa satu keyakinan lebih besar ertinya dan besar impaknya.

jangan lepaskan keyakinan. semat dan kunci untuk derap langkah yang mendatang.