Wednesday, July 24, 2013

Main Tarik Tali - 2 -







15 julay 2013

"U kalau u ada email yang disimpan dalam draft...hantar je...
biar email itu adalah email terakhir u yang u sampaikan pada I..."


"Kata akhir yang I tak sanggup nak cakap tapi terpaksa juga...

U jaga diri u baik-baik...jaga diri,jaga makan minum,jaga solat,jaga peribadi,jaga ibu bapa,jaga hubungan yang terbina...lupakan I,tinggalkan I,bencikan I.Anggap ini suratan takdir yang perlu dilepaskan kerana semuanya tiada apa-apa makna lagi,I rasa yang sama macam u juga bagai tak adil hidup ni...tapi hidup perlu diteruskan.

selamat tinggal u,bekas kekasihku....."




Minggu lepas,menerima email yang menghiris hati daripada dia.Masih mahu bertegas dan mendesak aku supaya terus melupakan dia.Memadamkan segala kenangan dan kisah yang pernah tercipta satu masa dulu.Tapi hari ini aku menerima email yang seakan memujuk seakan mengharapkan sesuatu sama seperti yang aku harapkan selalu.Aku tahu dia tak akan pernah mahu tinggalkan aku.Insan yang sedang menggantikan tempat aku itu hanya sekadar di jadikan sandaran mahu menutup segala rasa rindunya pada aku.....




23 julai 2013

"u tengah tunggu reply i ke selalu?
hmmm.....entah la u...
u tulis la banyak-banyak sikit..i nak baca."






Kita tidak akan pernah putus
hanya sekadar berpisah untuk sementara cuma
nantikan satu masa nanti kau dan aku
akan bersama akhirnya.....






10 comments:

reenapple said...

jgn pernah terima dia kembali. Kalau betul dia suka kau, dia tak akan pernah tinggalkan kau dan hulurkan kata yang menghiris hati kau.

penaberkala said...

wow, setia betul ye kamu

~Sal Ismail~ said...

aku pernah berada dlm situasi ini..main tarik tali..rasanya,ya Rabbi..DIA saja yg tau~

aku harap ko terus..terus..& terus kuat..malahan tanpa sedar..sebenarnya ko lebih kuat dari apa yg ko sangka..~

smoga ada jalan keluar utk ko..dari rasa yg membelenggu~

Heartbeat said...

sebab maen tarik tali mcm ni lah aku penat . sehingga aku buat keputusan takan berpaling lagi

Heartbeat said...

tumpang tanya , gmana mau follow blog nie ? ke mata aku yang tak nampak button follow ?

~* chirpy_chummy *~ said...

aku pernah selama setahun bermain tarik tali, dan akhirnya aku keletihan.

Aku berlari ke depan dan enggan berpatah balik. Cukuplah.Syukur untuk apa yg aku ada kini.

Untuk kau, aku rasa kau patut tahu apa yg kau mahu. Pilihan di tangan kau.

Pondok Usang said...

segalanya diatur ditakluki, kau pilihlah yang mana hakikat terpatri..

shafiqahkay said...

kalau tali tu perlu ditarik - tariklah sekuat mungkin supaya jadi kekal hak milik.

kalau tak perlu - lepaskan - biar lepas bebas - supaya boleh kendiri.

hidup bukan layang-layang.

kan....

dwatyKNY said...

aku sekarang ni macam main tarik tali... entahla... rasa macam perlu dan ingin lepaskan tapi kadang rasa cam perlu plak... kena minta petunjuk...

Hujan Merah said...

Tali akan putus,kau akan rebah,saat kau parah,syurga kau akan bantu kau tegap semula,dan kau masih mahu menarik tali lagi?sampai bila?