Thursday, July 18, 2013

MAKI







1.Setelah beberapa waktu yang di rasakan perlunya untuk aku sembunyi dari semua kenyataan yang menyakitkan ini,dan aku akhirnya kembali lagi ke sini.Kembali untuk tidak memperlihatkan realiti aku di depan umum.Lari sembunyi dari khalayak yang menjadi saksi bertapa aku ini sudah menjadi manusia paling sadis apabila membuat keputusan untuk menerima segala yang di ataurkan.Aku memang penakut.....Takut untuk mempertahankan hati sendiri dan terlalu sibuk dalam menjaga hati yang lain.

2.Sungguh kau akan rasa betul-betul terasing bila kau pendam semua yang kau rasa.Tahu tak macam mana kau rasa bila tercekik sesak tak boleh bernafas,terasa macam ada orang hentak-hentak dada kau dengan batu bata sampai diri kau jadi lemah.Terasa seperti ada beban seberat 5 guni berat atas kepala kau,yang terpaksa kau pikul sampai hilang daya.Sampai kau rasa lebih baik Tuhan ambil nyawa kau tika ini dengan harapan agar semuanya hilang.

3.Kau ni memang lembik macam nasi baby kena blender.Baru kena uji sikit dah sentap merajuk hati sampai nak larikan diri masuk gaung.Tuhan baru jentik kau sikit je tak banyak,tapi kenapa kau lemah sampai tak boleh nak hidup lagi? Patut pun kalau orang sekeliling malas nak layan kau malas nak ambil tahu pasal kau sebab kau ni lembik buat orang rasa annoying macamlah kau sedang alami masalah negara sampai nak bebankan diri macam ni.







Hei,kau ni meroyan marah kat siapa sebenarnya?
aku...marahkan diri sendiri sebenarnya.....











2 comments:

dania said...

*hug

missShila Nget said...

kau paling tabah..

kalau tak,
pasti dah terjun bangunan..