Friday, October 22, 2010

Harapan Kekasih Lama

Beberapa hari lalu awak datang sini cari saya awak minta saya temankan awak ke sekolah untuk ambil sijil dan awak juga minta saya temankan awak ke kedai hp mahu beli nombor baru.dan awak suruh saya simpan nombor baru awak tu entah apa motif.
.
bila pulang awak hantar saya dan dalam perjalanan pulang itu awak mula buka bicara.kisah kita kisah dan kenangan lama kita.saya seboleh-bolehnya ingin melupakan kerana itu kisah lalu yang saya kira tak perlu di ingat lagi.lagi pula saya yang tinggalkan awak dulu tak kan awak sudah lupa itu?dari mata awak bicara awak,saya dapat tangkap sesuatu...ada harapan di setiap bait kata-kata awak.tapi maaf,saya tidak akan berpaling untuk kali kedua.kisah kita telah lama berakhir.saya bukan lagi untuk awak saya hanya sejarah lalu awak.dan kita masih boleh berkawan baik kan?
.
.
.

4 comments:

lumut said...

nape kau tinggalkan die??

teruskan lah berkawan....tapi ingat..kawan sekadar berkawan..kalau kau mahupon dia sudah berpunya....
tetapkan hati kau...
dia hanya kawan....

namun jika kau dan dia masih saling memerlukan dan masih tiada siapa yang memiliki...apa salahnya?

jangan jadi egois nnt sakit.makan diri.

namun jika ada satu kisah yang menghalang kau dan dia utk bersama...itu sgt aku faham.....

aku rindu dia yang pernah memegang nama kekasih....

Panah Beracun said...

lumut...
aku tinggalkan dia bersebab,aku tak rasa kami punya keserasian.

dan sehingga kini kami masih berkawan seperti biasa,tapi setiap kali dalam perbualan dia mesti akan selitkan sekali tentang kenangan yang lalu tu.

lumut said...

paling tidak kau masih punya dia disisi kau sebagai kawan....

paling tidak kau tinggalkan dia atas sebab keserasian...paling tidak antara kalian tiada luka yang parah....

teruskan berkawan...

sbb dia pernah menjadi seseorang yg pernah ukirkan senyuman diwajah dan dihati kau suatu ketika dulu.

jgn jadik mcm aku,.

jiwa aku mati...
take care.

Panah Beracun said...

lumut...
ye aku harap kami dapat terus berkawan.walaupun aku tahu dia pernah terluka dengan aku masa tu,tapi alhamdulillah dia dapat terima.tapi aku tahu masih ada lagi cebis-cebis harapan tu untuk aku.

dia bukan orang pertama sebenarnya,dan aku juga pernah terluka seperti kau.dan mungkin sebab itu hubungan baru tak pernah berjaya untuk aku.