Monday, October 25, 2010

Suara Cinta Pertama

Awal pagi semalam,satu panggilan masuk dari nombor yang tidak di kenali.aku menjawab seperti biasa dan kedengaran satu suara yang buatkan aku kaku tiba-tiba.suara yang aku pernah rindu satu masa dulu,suara yang selalu beri kata semanagt pada aku,suara yang pernah ucapkan kasih dan sayang pada aku suara yang pernah beri harapan dan impian pada aku dulu.tapi itu semua dulu 7tahun yang lalu dan bahagia yang hanya kekal untuk 5tahun yang terkubur.kubur tanpa nisan.
.
I tiba-tiba menghubungi aku dengan bersebab hanya mahu tahu jalan untuk ke Pejabat Ukur Tanah ditempat aku.dan 20minit yang selebihnya banyak bertanyakan tentang khabar diri aku yang terkini.segalanya dia mahu tahu,bermula dari pekerjaan,tempat tinggal terkini dan juga status aku.status aku selepas dia meninggalkan aku.aku sengaja mahu memancing reaksi I dengan mengaku solo.aku mahu lihat apa respondnya dan seperti yang aku jangka,I tidak pernah percayakan aku.
.
aku perasankan sesuatu,setiap kali aku membuat pengakuan yang status aku "solo" I gelabah semacam.seakan-akan ada sesuatu yang menjadi ancaman pada dia seperti ada sedikit resah,entah kenapa.tapi itu juga yang dia mahu tahu dengan bersungguh.kenapa agaknya ya?
.
.
.
.
..
satu panggilan itu
sudah cukup untuk buatkan
aku rasa begitu sayu
mungkinkah ada rindu
di sebalik sendu?
.
.

6 comments:

lumut said...
This comment has been removed by the author.
lumut said...

dan aku juga pernah merasakan rindu dalam sakitnya..rindu dalam pedihnya pengkhianatan dia...

kau telah meninggalkan kisah cinta 5 tahun itu selama 7 tahun?begitu??

dan aku.....baru melangkah sejauh 1 tahun untuk aku meninggalkan kenangan cinta 7 tahun itu..dan aku tak rasa 1 tahun langkah aku utk pergi jauh tgglkan semua kenangan itu terhasil..krn aku rasdakan aku seolah2 tidak berganjak...

kenangan itu seringkali memburu aku..dan aku juga mennagis dalam diam..mungkin seperti kau cakapkan,....

ada rindu disebalik sendu...

tapi aku selalu ingatkan diri aku..yang dia dah mati.....mati.

Panah Beracun said...

yang jelasnya belum sampai 7tahun lagi.dia dah tinggalkan aku sejak tahun 2006 dulu.

dan dalam tempoh itu aku masih tak dapat lupakan dia dan kenangan dia,biarpun aku pernah cuba untuk bina hubungan baru yang tak ada satu pun berjaya akhirnya.

memori lalu masih mengganggu.aku tak dapat nak ikhlas dengan sesiapa lepas tu.masih teringat.kalaula ada kuasa nak hilangkan memori ni...

Lumut said...

same goes to me here...=(

Panah Beracun said...

ye aku berharap dapat hilangkan semua memori tu tapi tak mampu.

FarahPingu said...

Patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang tumbuh, yang di ganti cuma di terima separuh hati. kenapa?