Tuesday, November 9, 2010

Bawa Hati

Bermula jumaat ini hingga ahad aku di minta untuk ke negeri pantai timur.aku sebenarnya tidak jelas kenapa aku di minta untuk ke sana.sama ada tugas khas atau mungkin kursus aku sendiri tidak pasti.aku cuba hubungi kawan-kawan yang terlibat,tapi tiada jawapan.kata taqwa,malam tadi dia cuba hubungi aku untuk bertanyakan tentang hal ini tapi tiada jawapan.mungkin tika itu aku sudah tidur memandangkan agak keletihan selepas pulang dari tempat latihan.jadi,taqwa terus saja beri nama aku kepada penganjur tanpa izin aku.tapi tak mengapa aku tidak marahkan taqwa,mungkin itu adalah salah satu dari cara untuk aku lari dari I lari dari N.
.
dan itu adalah alasan paling baik untuk terus mengelakkan diri dari bertemu meraka.kehadiran I di sini buatkan aku rasa tidak mahu pulang ke rumah keluarga kerana aku khuatiri akan terserempak dengan I.aku pergi dengan membawa hati ingin merawat hati memujuk hati.aku ingin ke pantai mahu memandang luasnya langit yang tinggi.aku mahu memandang tepat ke arah terbenamnya matahari dan di situ akan aku campakkan segala rasa resah yang mengganggu.
.
.

2 comments:

Miss ... said...

nak ikut g pantai bley ?? hehe

seroja jingga said...

bawalah hati kamu sejauh mana kamu mampu

aku tidak bisa kemana mana lagi..kerana hati aku telah lama mati