Thursday, October 20, 2011

Mainan Psikologi



Telefon tangan berbunyi bernada dering putriku sayang - hijjaz.capai telefon tangan lihat skrin nombor mak.hello assalamualaikum...bla..bla..bla.... sampai setengah jam.telefon di matikan,dan mengeluh panjang.....kenapa jadi macam ni,teruk sangat ke? payah,bukan aku tak mahu bantu,cumanya masa kerja aku terlalu panjang.Mulia cakap mahu berhenti belajar katanya tak sanggup nak hadap subjek-subjek yang terlalu asing padanya.mak mula runsing kalau boleh mahu dia teruskan hingga habis.tapi kata mulia dia mula tertekan dan sangat penat.

mak minta aku bercakap dengan mulia,mak harap pada aku untuk nasihatkan mulia.hanya aku yang lebih memahami mulia dan mulia lebih mendengar kata aku.aku tak mau janjikan apa-apa pada mak,cukup sekadar aku mencuba selam hatinya apa yang terkurang apa yang tertinggal.dan malam itu kesempatan berduaan aku guna untuk bicara hati ke hati sama mulia.habis semua mulia luahkan pada aku malam itu tentang keinginannya dan cita-citanya.sungguh jurusan ini bukan pilihannya dan dia tak mampu untuk mengejarnya,sedangkan hatinya lebih mencintai bidang lain.

apa nak dikata,aku cuba untuk meyakinkan dia untuk terus bertahan dalam bidang ini kerana mak dan ayah.tapi hatinya bagaimana? aku tak mahu mulia jadi seperti aku melupakan cita-cita kerana mahu menjaga hati orang.untuk masa ini,aku pujuk mulia untuk terus bertahan hingga peperiksaan pertamanya nanti.dan selepas keluar keputusannya nanti,baru di fikirkan jalan lain untuk menukar bidang yang di cintainya.







mulia hanya mahu mendengar kata aku
tapi selagi aku masih ada di sini
tapi bagaimanan pula andainya aku tiada nanti?

18 comments:

JIJI YU said...

kekadang pengorbanan itu berbaloi bukan

lieynanilaz said...

susah nak buat keputusan nih!!...kena pk masak2 supaya tidak akan ada hati yang terasa...:)

Titisan Hujan said...

jgn pernah bhenti bdoa
ade hikmah disebaliknya
apa yg penting teruslah tabah

missSenget said...

best kan lagu puteri ku syg..!


nanti kalau mulia tekad nk ubah jurusan, mesti kau jugak main peranan pujuk mak..

ko orang tengah yg kene kuat..

~* chirpy_chummy *~ said...

nmpk ko seorang yg memahami dgn adik kau. tp kalau aku pn,aku ckp camtu kt dia. tgok dl result 1st cane. then br fikir kemudian.

Faaein Talip Roy said...

pesan pada mulia.. minta petunjuk pada-Nya.. pasti ada jawapan yang terbaik dari DIA..


*kalau kau rajin selongkar entri lama aku.. dulu aku pernah kongsi koleksi hlovate yang aku ada.. kau cari pada kategori novel.. tapi tak apa.. untuk kau.. nanti aku kongsikan lagi sekali.. tunggu ya..

monologtinism said...

betul,
sebab sudah separuh jalan.
terus bagi semangat.
usaha disamping doa agar dipermudahkan urusan

dochi said...

sekarang sementara kau ada, kau kena ingatkan mulia yg kau takkan selamanya bersama mulia. kau tolong dia tapi kau kena ajar jugak dia sendiri.

Nadia said...

Tuhan Maha Adil:)

book seller said...

cari apa yang hati perlu, tapi korban perasaan bakal menuntut lebih..ayah-bonda, kadang menuntut terlalu..tapi begitulah hasrat selalunya...

cuba duduk, bawa berbincang dengan ayah-bonda, insyaallah..tuhan kekal tunjuk jalan. kita manusianya selalu khilaf dalam menuntut / memberi perhatian...dan jangan cuba menyalahkan, sebolehnya...

harap, mulia diberi peluang untuk apa yang dia mahu buat masa depannya, dengan restu ayah-bonda tentunya...

sama berdoa, saya... insyaallah...

Faaein Talip Roy said...

PTB.. aku ada listkan karya Hlovate yang aku ada.. nanti tengok lah.. [^^,]

HEROICzero said...

aku sedang harungi bidang yang aku tak pernah minat . sudah 6 semester .

aku harap dia baik2 saja . decide segera atau tiada jalan keluar nanti .


=)

unknown said...

kadang2 yang kita rasa terbaik untuk kita sebenarnya bukan yang terbaik and vice versa.

ada sebab kenapa kita berada di mana kita berada sekarang.

DIA lebih tahu dan DIA sentiasa berikan yang terbaik untuk kita.

just go with the flow.

*peringatan untuk kau, mulia dan jgak diri sendiri.

Ayu Azuri said...

berdirilah selagi kau mampu
bertahanlah selagi terdaya
memintalah hanya pada yang Kuasa . . .
:)

Ayu Azuri said...

bertahanlah selagi kau mampu
berdirilah selagi terdaya
meminta hanya pada yang Kuasa . . .

:)

ghost writer said...

banyak impian yang dikuburkan untuk sebuah pengorbanan.banyak orang bilang kalau suatu yang kita hadapi sekarang lebih bagus dari apa yang kita inginkan.aku tak tau di mana benarnya.

Bidadari Syurga said...

untuk tahap sekarang... akak rasa pilihan mak n baba akak adalah terbaik...

p/s: pilihan telah dibuat... dan senyum ajalah... pengorbanan tu berbaloi untuk tempoh yg akan dtg... insyallah

.: Si BungaKopi : . said...

aku rsa nak menangis dgr lagu putriku sayang. waktu tu aku skolah agama slalu dgr lagu tu..tp aku memberontak nak blaja skolah biasa..last2 jadi la mcm yg skarang ni. kalau aku stay skolah agama mesti aku jadi ustazah skarang ni. huhuhh