Monday, May 23, 2011

Hanyut


Resah semakin mencengkam jiwa
sebaris kata berbentuk amaran itu
benar-benar buat jiwa kau terkurung
kaki kau dipasung kaku di situ


Dia sayang kau dia cinta kau dia sanggup lepaskan segalanya demi kau.segala kemahuan dan kehendak kau diturutinya tanpa berfikir panjang.itu sebagai tanda dia benar sayang pada kau.tapi hati kau bagaimana? hati kau tidak pernah rela menerima kehadiran dia dalam hidup kau.pernah kau cuba untuk lari,kau hampir berjaya tinggalkan dia sejauhnya.tapi tak sampai beberapa detik,kau datang kembali meratap rayu pada dia.apakah maknanya semua ini?

sekali lagi kau masuk ke perangkap buatan sendiri.di mana target kau dulu segala skrip lakonan kau sudah hilang wataknya.kau sendiri tahu ini tanda kau sedang menempah susah sedang mengacu pisau di dada sendiri.kau itu bodoh.tahu!

bila kau semakin jauh hanyut dalam arus itu kau semakin lupa di mana permulaannya.lalai dan lupa dalam keasyikkan hingga tak sedar yang ada juram sedang menanti untuk membunuh kau di sana.kau tahu,semakin jauh kau hanyut,semakin sukar untuk kau berpatah balik ke tempat asal.maka semakin banyak kau menambah beban.

kau fikir dia bodoh kau fikir dia mudah di tundukkan dengan kuasa yang kau ada.turut dia bukan bermakna dia leka.kau tak sedar yang dia juga punya agenda untuk memusnahkan kau.sebaik mana kau punya perisai mampukah kau melawan seseorang yang punya lebih banyak senjata?



kau tak akan selamat
melainkan kau lari lebih awal.
larilah lari seberapa jauh yang boleh
dan bila tiba waktunya
kau hilangkan diri dan jejak
jangan tinggal sebarang sisa
itu bahaya!

7 comments:

Faaein Talip Roy said...

pasti dia terbaik untuk kau..

penaberkala said...

sgt kagum baca komen di entri terbaru blog
thanks sudi berkongsi pendapat dan pandangan

teruja baca entri kat blog ni
sangat tersirat
nice writing
keep it up

dotblogspotdotkom said...

penuh kiasan bhsnye...huhuhu

Seroja Jingga said...

kau juga punye senjata tajam dan kuat. tapi mungkin kau itu tidak perasan dimana senjata itu sndiri. harus terus bangkit melawan!!!

cik azeya said...

best. kalau tak nak dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. hahaha.

aku faham. sebaik2nye hargailah dia yang sentiasa ada untuk kite sebab sekali dia disakiti, jangan harap dia ada untuk kembali.

sakit kot. huhu

Sca Ndx said...

lari - lari jangan sampai terjatuh dan tak bangun lagi

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

kata orang, bila arus sudah laju dan kencang, harus kuatkan imbangan badan dan kuatkan otot2 tangan..

moga berjaya menerobos watak yg seharusnya kamu jadi.

aku di sini sedia utk mendengari..

^__^