Wednesday, September 29, 2010

Kasanova Sejati

Awak,seorang kasanova punya satu hati tapi mencari banyak hati sebagai penghibur diri.satu tak cukup awak cari lagi.dua tak cukup awak cari lagi dan tiga juga masih tidak cukup awak cari lagi.dan akhirnya awak sudah punya empat hati dan awak berhenti.berhenti bukan bererti awak sudah puas tapi awak penat.penat sebab terpaksa mencipta banyak identiti.
.
dalam dunia realiti awak bagaikan pelakon terhebat hebat memainkan setiap watak bijak dalam menyusun setiap bait kata indah.dan awak juga sangat peka dan pandai dalam bermain dengan emosi.tidak ada sesiapa yang tahu rahsia diri awak yang sebenar semua tersimpan rapi dalam lipatan hati.mereka sangka merekalah satu-satunya pujaan hati awak,hakikat sebenarnya mereka awak auta bulat-bulat.
.
mereka kata sayang dan awak juga membalas sayang tapi bila mereka kata cinta,awak diam membisu.nyatanya hati awak langsung tidak pernah terdetik untuk mencintai mereka.alasan awak menerima mereka kerana apa? hanya kerana kasihan dan memberi peluang kepada mereka untuk merasa bahagia.sedangkan hati awak tidak merasa begitu.adakah ini di katakan pengorbanan?
.


awak beri mereka rasa sayang
awak beri mereka rasa kasih
awak beri mereka rasa bahagia
.


dan akhirnya bila awak bertemu dengan seseorang yang boleh menggetarkan hati awak,tindakkan awak yang seterusnya adalah melukakan kesemua mereka dengan hanya satu lafaz "kita putus".
.
.

3 comments:

Anonymous said...

dan andai dia mula dengan hajat untuk ada hujungnya, dia sendiri takkan pernah simpan hati dan perit untuk sebut 'putus'; melainkan ada bunga hati yang bertaut tanpa sedar.

argh.
itu cuma mungkin.
dan selalu nya, tidak mungkin.

jadi?
ada dua.

satu.
hari ini mungkin orang lain, tapi, esok lusa, dia pun pasti kena sendiri.

satu lagi.
timbang tara itu, takkan silap kira kan?
dan hidup SANA lagi panjang bukan.

Miss Aidan said...

Orang itu adalah orang yang mementingkan diri sendiri dengan berpaksikan sebuah propaganda mengatakan ingin melihat orang lain bahagia.

Itu hipokrit namanya, Berbohong pada diri sendiri adalah jenayah paling kejam di dunia.

Kenapa lah wujud manusia sebegini?

lumut said...

kuang aja.