Tuesday, January 17, 2012

19 Angkanya


17 Januari 2012 :
Dalam kesibukkan melewati waktu yang berlalu
tanpa sedar banyak yang telah di tinggalkan
jauh beribu batu.....

Masa,hari,tahun
masing-masing berlari berlumba
untuk terus maju tinggalkan yang lalu...


SEIKO :
Buat pertama kalinya aku membeli jam tangan
dengan harga yang tidak pernah aku fikir
harap dia terima dengan gembira
karena selama ini aku lihat dia hanya
memakai dan membeli jam tangan
di pasar malam saja.




Buat Mulia :

SELAMAT HARI LAHIR
MOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....







sekejap saja masa itu pantas berputar
kini si teruna tunggal satu satunya
semakin dewasa sudah layak menjadi
wali bagi saudara sedarah perempuannya...



19 comments:

maisarah sarah said...

mesti besday adik or abg kan.hehe.suka tgk blog ni walaupun gelap je.rasa mcm baca mengenai kisah seorang yg sgt misteri

Amalina said...

aku takde jam dan mengharapkan seseorang membelikan aku jam untuk hari jadi yang akan mendatang.

mungkin tak.

ada satu jam yang aku harap aku beli sendiri.

dill said...

selamat hari lahir untuk die :)

dill.

Titisan Hujan said...

semoga dia dipanjangkan umur dalam menegakkan agama

Bidadari Syurga said...

bertuahnya.....

ghost writer said...

paling koman pun RM400 - RM600 nih.aku tak sure.tapi seiko leh tahan.

apalah nak dikisahkan kalau nak dibandingkan dengan rasa kasih sayang.penghargaan yang tak ternilai.

missSenget said...

selamat hari lahir Mulia..

kene jadi lebih dewasa..!

Ayu Azuri said...

Semoga dia terus ada di sisi kamu di waktu kamu sangat-sangat memerlukannya . . .


:)

clarky said...

selamat hari lahir untuk dia juga.

si ngokngek said...

jam aku pun dah retak takda daya,nnti beli kt aku pulak yer..HAHA

selamat hari lahir buat si dia..:))

delarocha said...

seiko, mahal tu


sekali sekala apa salahnya kan

Teenager Housemaid said...

selamat hari lahir mulia..:)

monologtinism said...

sekali sekala berbelanja.
alah membeli menang memakai ye

semoga Allah memberkati dan meredhai

si para para said...

selamat hari lahir..
moga menjadi hamba yang bertakwa..


cantik jam tu..

:)

LadyBird said...

selamat hari lahir kepada dia... smg dia bergembira menerima hadiah itu :D

Asrul "iLham" Sany said...

memberi lebih baik dari menerima bukan? :D

..Wardah Biru.. said...

selamat hari lahir buat dia..
siapa namanya, rahsia..^^
Moga dia menjadi hambaNya yang taat beribadah..
dan moga dia sentiasa meghargai masa yang berharga...

*simbol pemberian jam tangan...nice..

CassiaSiamea said...

jauh..
dan xkan mungkin dpt kembali...

puteri said...

utk ank ke adik...????

hehehe

bestnyaaaaaaaaa

*selalu beli kat pasar malam
adehh sekali terkena..
kekekekkee