Wednesday, October 26, 2011

Lupa

11 Oktober 2011
aku terlupa pada tarikh ini
aku terlupa pada hari ini
dan aku terlupa segala yang
berkaitan dengan hari ini

telefon tangan aku pandang sepi
laman sosial mukabuku aku buka
dan aku lihat statusnya
dia mengharap aku orang pertama
mengucapkan kata selamat itu




"selamat hari jadi.moga panjang umur,
murah rezeki,dan hidup lebih diberkati ALLAH
hendaknya...ameen"



pesanan ringkas ini aku hantar
dia membalas seakan kecewa
tapi tetap menerima dan menanti aku
saban hari saban waktu
tanpa jemu

teratak sana
buka dan update seringkas boleh
hanya sekadar untuk menyedapkan
hati dia saja
sedangkan aku langsung lupa






semakin jauh dan jauh
banyak hal tentang dia yang aku lupa
dan sejak beberapa waktu ini
aku lebih mengenangkan
"dia" dan bukannya "dia"


15 comments:

missSenget said...

nnt tarikh lahir aku jgn lupa..!

JIJI YU said...

aku lupa

maisarah sarah said...

rasa mcm misteri je blog ni.hehehe tapi suka baca =)

~* chirpy_chummy *~ said...

terlalu setia dan menunggu adalah sesuatu yg amat menyakitkan. tp susah utk di leraikan bilamana ianya wujud dlm diri.

Faaein Talip Roy said...

manusia itu insan..
insan itu pelupa..
tak apalah..
dia pasti maafkan..

Asrul "iLham" Sany said...

'lupa' itu biase...

:D

Ayu Azuri said...

lupa tak apa , jangan tak ingat . . . hehe

ghost writer said...

pada edisi akan datang,aku rasa ia bukan lagi untuk dia.

Bidadari Syurga said...

hurmmm? siapa?

~butterfly~ said...

tanya dalam hati...sedalam-dalamnya..
yang terukir itu...

"dia" atau "dia"?

monologtinism said...

aku ada juga rasa terkilan dengan dia.
tapi, lekas-lekas aku lupakan dan buangkan rasa. rasa yang leka
tak mahu layan

HEROICzero said...

terpulang sekarang mahu terus lupa atau apa . =)

Bella Bell said...

aku juga terkenangkan si dia.. ya.. dia.. kisah bersamanya :)

cimOt said...

hmmmmmm..

ch!natsu said...

sesungguhnya walaupun ada 'dia', 'dia' tetap dlm ingtan.. dan terkadang trlebih.. dan terasa sgguh tidak adil buat 'dia'..

yg pntg Dia jgn kita lupakan.. :)